Pakej Perkahwinan Murah Dan Lengkap Di Djarilicious Catering, Kajang


Bismillah,

Baru-baru ni aku teman kawan aku pegi cari pakej perkahwinan yang murah dan lengkap area Kajang dan Bangi. Boleh tahan gak harganya. Nak yang betul-betul murah dan berbaloi tu tak jumpa lagi sebab kawan aku ni tak prepare apa-apa pun lagi. So dia memang harapkan pada satu event planner je untuk sediakan semuanya.


Pada mulanya kitorang ingat nak merayau di sekitar Cheras dan Bangi je tapi aku bagi cadangan untuk lihat di Kajang plak. Mana la tau kan kot-kot lah ada pakej perkahwinan murah dan lengkap di sekitar Kajang tu. Pusing punya pusing kitorang pun berhenti kat sebuah lokasi iaitu di Djarilicious Catering Kajang Perdana, Kajang. Time tu plak aku dapat tau yang wedding planner tu tengah buat open day. Hah sedang elok sangat dah tu kan.


Kitorang sampai-sampai pun team wedding planner Djarilicious Catering tengah setup lokasi dan menu makanan. Ada banyak makanan yang disediakan kepada pada tetamu yang datang. Memang sesuai la untuk mereka yang tangah recce menu kenduri kahwin. Banyak jugak la lauk-pauk yang ada. Bukan setakat lauk pauk malah hidangan sampingan dan pencuci mulut juga turut disediakan dalam pakej perkahwinan lengkap dan murah. Mana la tau kalau ada yang nak add on dalam menu kenduri kahwin nanti kan.


Aku dimaklumkan oleh Puan Shida yang Djarilicious Catering miliknya tu memang menyediakan pakej perkahwinan lengkap dan murah. Pakej tu termasuklah dekorasi dewan, wedding attire, make up artist, meja dan kerusi, catering untuk 1000 orang, tea corner, makan beradab, PA sistem dan emcee, photographer dan complimentary macam dome serving dan service staff. Wah menarik. So kitorang tanya plak berapa harganya. Yela kitorang pun budget tak la tinggi mana.


Djarilicious Catering ni ada sediakan beberapa pakej lengkap untuk majlis perkahwinan iaitu pakej dewan ataupun pakej kanopi. Kalau korang pilih pakej perkahwinan lengkap dan murah untuk dewan, Djarilicious Catering ada berikan beberapa pilihan bergantung pada budget dan lokasi yang korang mahukan. Puan Shida kata harga pakejnya around RM25K sahaja. Mak aih serius la??


Lagipun kawan aku ni pun nak buat biasa-biasa je. Aku rasa RM25K tu sangat berbaloi. By the way korang boleh booking slot kat Djarilicious Catering dengan siap dengan harga dewan skali pada harga RM25K. Mana lagi nak dapat harga tu siap dewan kenduri bagai. Last aku dengar anak pak cik aku punya kenduri dia habis RM50K!


So korang boleh tempah pakej perkahwinan murah dan lengkap Djarilicious Catering untuk tahun ni selagi slot masih ada. So kalau korang bercadang untuk mendirikan masjid dalam tahun ni, boleh lah shortlistkan Djarilicious Catering sebagai wedding planner yang menyediakan pakej perkahwinan murah dan lengkap.


Nah kat bawah ni list pakej perkahwinan murah dan lengkap yang ada disediakan di Djarilicious Catering. So mana satu pilihan korang? Hoho


  • Pakej Kanopi - RM22,900
  • Pakej Dewan - RM25,000
  • Pakej Dewan Ostia Bangi - RM25,500
  • Pakej Dewan Ar Raha, Shah Alam - RM25,500
  • Pakej Dewan Bukit Mewah, Kajang - RM25,500
*Min 1000 pax


Malah Djarilicious Catering tak hanya tertumpu pada pakej perkahwinan sahaja, mereka juga ada pakej untuk kenduri kecil-kecilan, birthday party, doa selamat, dan untuk majlis jamuan hari raya yang bakal tiba tak lama lagi. 


Kalau korang nak dapatkan info lebih lanjut tentang promosi ni atau berkenaan pakej yang disediakan di Djarilicious Catering ni boleh lah rujuk link di bawah.

Djarilicious Catering
No. 32-G, Blok B
Kajang Perdana 3/2
Taman Kajang Perdana
Selangor

Facebook | Instagram




0 Comments