Pekena Asam Laksa Sedap Di Cawangan D'Laksa, MyTown Cheras



Bismillah,

Actually sebab aku nak cuba Asam Laksa kat D'Laksa MyTown Cheras sebab asal aku lalu kat depan booth dorang je mesti orang ramai beratur. Pelik la aku, best sangat ke Asam Laksa dia tu. So kelmarin aku ngan kengkawan aku plan nak cuba sendiri Asam Laksa kat D'Laksa MyTown Cheras tu. So kita tengok boleh pegi ke tidak dia punya Asam Laksa tu hoho.


D'Laksa sebenarnya ada banyak cawangan kat Malaysia ni. Aku agak dalam 8 ke 10 cawangan la macam tu. Asalnya ia dibuka di Johor Bahru. D'Laksa ni pun dah buka cawangan di Singapura dan Indonesia. Kira tahap nationwide la ni hoho. So hope so rasa dia pun boleh bawak aku pusing satu dunia gitu hahaha. Oh by the way menu-menu D'Laksa ni mendapat pengiktirafan halal JAKIM ye so makan lah tanpa rasa was-was ye hehe.


So berbalik kepada menu D'Laksa yang aku pesan. Menu-menu kat D'Laksa tak banyak mana pun. Ada 3 jenis menu je iaitu Asam Laksa, Asam Fishball dan Rojak Buah. Kenapa sikit je menunya? Sebab dorang nak fokus untuk berikan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggannya. Dorang nak pastikan kualiti setiap menu atau hidangan yang diterima oleh setiap pelanggannya sama di setiap cawangannya. Air pula ada 4 variasi yang boleh menjadi pilihan korang seperti Nestle Orange, Nestea Lemon Tea, Nestea Honey Green Tea dan juga Milo.


Harganya pula takde la mahal mana pun. Untuk semangkuk Asam Laksa harganya RM7, Asam Fishball RM5 dan Rojak Buah RM5. Bagi air pula, kesemua jenis air berharga RM3 kecuali Milo yang berharga RM4. Pada aku harga makanannya masih boleh diterima sebab portion dia pun banyak. Untuk aku, portion Asam Laksa dia boleh makan untuk dua orang. Untuk aku la, untuk korang mana aku tau haha. Kuah dia pekat, ada banyak ikan siap ada ketulan-ketulan ikan lagi. Rahsia kuah dia sesedap tu sebab menggunakan pes udang yang menjadi ramuan rahsia Asam Laksa.


Tapi kalau korang tak nak letak pes udang pun takpe, bagitau je la kat cashier D'Laksa tu. Takde masalah pun. Lagi satu kalau korang minat rasa yang lebih pedas, korang juga boleh request lada atau cili sebab kuah Asam Laksa tu tak berapa pedas sangat. Mungkin disebabkan pelanggan-pelanggan D'Laksa juga terdiri daripada mereka yang tak makan pedas dan juga kanak-kanak. Tapi bagi aku kalau letak cili baru ada 'kick' hoho. Menu Asam Fishball plak adalah fishball yang besar dan gemuk dengan kuah Asam Laksa. Rasa fishball biasa cuma saiznya lebih besar. Ada 5 ketul dalam satu mangkuk dan bagi menu Rojak Buah pulak, rasanya macam rojak buah yang biasa kita makan cuma kuahnya pekat. Sedap la kalau korang nak lepak santai-santai tak tak mahu menu yang berat-berat. Kalau korang nak tapau balik pun boleh tak ada masalah.


Hari tu aku pergi kat D'Laksa cawangan MyTown Jalan Cochrane Cheras. Tapi korang boleh gak pergi ke cawangan D'Laksa yang lain di seluruh Malaysia antaranya :

  1. AEON Mall Shah Alam 
  2. AEON Mid Valley Megamall 
  3. AEON IOI Mall Puchong 
  4. AEON Bukit Indah Johor Bahru 
  5. Dataran Pahlawan Melaka Megamall 
  6. AEON Taman Maluri Store 
  7. AEON Queensbay Mall Penang
  8. AEON 1 Utama Shopping Centre 
  9. KSL City Mall Johor Bahru 
  10. Sutera Mall Johor Bahru


Tapi korang juga boleh menikmati menu-menu D'Laksa ni di luar negara seperti Singapura dan Indonesia. Lokasi-lokasi cawangannya adalah seperti di bawah :

  1. Nagoya Hills Food Street, Indonesia 
  2. Compas One Sengkang Square, Singapura 


Untuk pertanyaan lanjut berkenaan menu, lokasi atau sebarang pertanyaan yang berkaitan D'Laksa, korang boleh lah rujuk maklumat yang dilampirkan di bawah ni ye

Pekena Asam Laksa @ D'Laksa MyTown

Semalam aku bagi teaser je, ni aku nak ajak korang pekena Asam Laksa di @dlaksa2012. Yang aku makan ni ada di cawangan D'Laksa MyTown. Ada banyak cawangan tau di Malaysia ni. #thebestassamlaksaintown #therealassamlaksa #akusukalaksa #dlaksamalaysia #laksa #asamlaksa

D Laksa (M) Sdn Bhd 
No. 9, Jalan Larkin Idaman 3 
Taman Larkin Idaman 
80350 Johor Bahru. 

Hotline : 170081963 




3 Comments

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Adoi menggugat iman btoi tgk tgh lapar ni 😂

    ReplyDelete
  3. Afzal ni kalau video makan memang kita rasa nak try jer lepas ni boleh belanja kita makan hehehehe...

    ReplyDelete