Promosi Buffet Ramadhan Murah Di On The Table Restaurant, TTDI


Bismillah,

Kepada mereka yang meminati menu hidangan kampung, aku nak syorkan korang salah satu lokasi buffet Ramadhan yang menyediakan menu masakan Melayu iaitu buffet Ramadhan On The Table RestaurantOn The Table Restaurant terletak di dalam Plaza TTDI, setentang dengan bangunan GLO Damansara.


Actually setiap hari On The Table Restaurant ni menyediakan menu makan tengahari kepada para pengunjungnya terutama pekerja-pekerja di kawasan sekitar. So tak hairanlah menu-menu buffet Ramadhan yang diperkenalkan kali ini di On The Table Restaurant  adalah menu masakan Melayu dan kampung yang mana memenuhi citarasa pengunjung-pengunjungnya.


Ada lebih 50 jenis hidangan yang ditampilkan dan menu akan di tukar ganti setiap hari bagi memberi kelainan. 50 menu je? Itu pun aku rasa dah banyak sebab ini adalah tahun pertama On The Table Restaurant membuat promosi buffet Ramadhan. Mereka nak pastikan makanan yang sediakan berkualiti, kekal sedap dan asli agar pengunjung berpuas hati. Lagipun pada masa yang sama dapat mengelakkan pembaziran.


Antara menu-menu yang disajikan di sepanjang bulan Ramadhan di On The Table Restaurant adalah seperti Patin Masak Lemak Tempoyak, Sambal Udang Petai, Kari Kambing, Rendang Ayam, Paru Masak Berlada, Pucuk Paku Masak Lemak, Sambal Tempe dan banyak lagi. Lagi best korang juga boleh menikmati hidangan Char Kuey Teow yang dimasak panas-panas dan hanya akan dihidang jika korang membuat pesanan.


Selain daripada lauk pauk masakan Melayu, turut disajikan juga di buffet Ramadhan On The Table Restaurant adalah menu-menu siap sedia seperti Mee Rebus, Mee Sup, juadah kuih muih dan banyak lagi. Air pula terdiri daripada minuman sejuk dan juga panas. Yang menariknya korang boleh request menu yang korang mahukan untuk berbuka nanti. Contohnya korang dah buat tempahan berbuka pada hari Ahad, so hari Sabtu tu korang boleh telefon On The Table Restaurant untuk request menu yang korang mahukan. Itupun bergantung, takut-takut dah ramai request menu masing-masing kan hehe.


Korang tak perlu risau, On The Table Restaurant cukup untuk memuatkan seramai 41 orang pengunjung dalam satu-satu masa. Jadi tempahan pukal seperti event syarikat, reunion, keluarga amatlah digalakkan. Lagipun lokasinya bersebelaham dengan kemudahan surau dan tandas. Walaupun petak parkirnya terhad di bahagian luar bangunan, korang boleh juga parkir kenderaan korang di lot parkir di bahagian bawah bangunan.


Harga yang ditawarkan sempena buffet Ramadhan 2018 di On The Table Restaurant  adalah seperti  dibawah :-

Tempahan Awal
Dewasa
  • RM33.90 nett - sebelum 15 April 2018
  • RM35.90 nett - antara 16 April - 5 Mei 2018
  • RM37.90 nett - antara 6 - 10 Mei 2018

Harga Walk In

  • RM39.90 net (Dewasa)
  • RM25.00 nett (Warga emas 60 tahun ke atas
  • RM25.00 net (Kanak-kanak 8 - 12 tahun)
  • Percuma untuk kanak-kanak bawah 7 tahun
Info mengenai tempahan:
  • Nombor tempahan akan diberikan. 
  • 50% bayaran pendahuluan diperlukan pada 1 Mei 2018.  
Hari-hari biasa On The Table Restaurant ini akan mula beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Manakala untuk Ramadhan ini yang bermula 20hb Mei – 11hb Jun 2018 akan bukan dari pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam.



So korang boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah ni sekiranya ingin membuat sebarang tempahan, pertanyaan berkenaan menu dan apa jua berkenaan On The Table Restaurant.


On The Table Restaurant
B-01-03 Plaza TTDI
Jalan Wan Kadir 3
6000 Taman Tun Dr Ismail
Kuala Lumpur

Contact Person
01126532128 (Jay)
0193852148 (Taufik)




1 Comments

  1. Sana sini restaurant start buat promosi..
    Semua hidangan nampak menyelerakan, terutama sekali masakan kampung..

    ReplyDelete