Tempat Makan Best Di Cheras : Blue Cafe


Bismillah,

Kepada peminat menu western, korang boleh singgah di sebuah cafe yang terletak di Bandar Mahkota Cheras iaitu Blue Cafe. Actually dahulu cafe ini dikenali sebagai Grey & Blue Cafe, tapi kini mereka rebranding balik kepada Blue Cafe. Dengan mengetengahkan menu-menu baru di Blue Cafe, mereka berhasrat untuk menarik minat lebih ramai pengunjung daripada pelbagai golongan termasuklah yang beragama Islam.

Mixed Grilled Platter RM36.90

Blue Cafe ni bersebelahan kedai cuci kereta. Cafe dua tingkat ni mengetengahkan menu-menu western, fusion dan pelbagai jenis kopi. Aku sampai situ pun dah rambang mata. Semua nampak menyelerakan. Aku pilih untuk duduk makan di tingkat atas. Kat tingkat atas Blue Cafe ni ada ruangan bersila, meja bersofa, meja biasa dan ruang terbuka untuk perokok. Blue Cafe ni berhawa dingin so kalau korang nak merokok mohon duduk di ruang terbuka la ye. Oh ye kerusi kanak-kanak pun banyak gak.


Antara menu-menu yang aku dan kawan-kawan order di Blue Cafe ni seperti Chicken Chop, Cheese Chicken Chop, Mix Grilled Platter, Lamb Shoulder Chop, Spaghetti Vongole, Seafood Cioppino dan Fish & Noodles. Untuk air plak ada banyak. Untuk soft drink kebanyakannya bergas tapi ada gak yang tak bergas. Ada Iced Caramel  Latte, Peach Mojito, Ribena Lemon, Blue Lagoon, Strawberry Soda, Rosie Special dan banyak lagi.

 Grilled Chicken Chop RM13.90
 Lamb Shoulder RM18.90
 Spaghetti Vongole RM18.90
Rendang Chicken Pizza RM18.90

Tapi untuk peminat-peminat hot drink, aku suggest Rosie Caffe Latte. Yang specialnya Rosie Caffe Latte di Blue Cafe ni, dia guna gula special. Gula dia berperisa ros. So bila campur ngan kopi latte tu jadi wangi. Bukan setakat perisa ros, malah ada perisa pisang, coklat, camomille dan banyak lagi. Very recommended!

 Rosie Cafe Latte RM10.80
Strawberry Soda RM6.80
Tiramisu RM10.80

Salah satu menu istimewa yang ada disediakan di Blue Cafe adalah menu Pizza Rendang. Perghh memang terbaik sebab kita boleh makan panas-panas baru keluar oven. Doh dia nipis, rendang penuh dan cheese banyak. Korang boleh agak kalau kena tarik tinggi ngan aku hoho. Satu lagi korang kena cuba Seafood Platter. Rupanya macam dulang western cuma menu-menu dalam dulang tu semuanya seafood based. Boleh makan untuk 3 ke 4 orang. Tapi kalau korang lapar, nak makan sorang pun boleh haha.

 Seafood Cioppino RM23.90
 Cheese Chicken Chop RM17.90
Oblong Beef Burger RM14.90
Fish & Noodles

So jangan lupa kalau korang singgah di area cheras atau di Bandar Mahkota Cheras khususnya, boleh lah singgah pekena menu western di Blue Cafe ye. Blue Cafe ini beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin dan dibuka bermula pukul 12 tengahari hingga 12 tengah malam. Bawa keluarga dan kawan-kawan sekali ye.


Menu Terbaik Western Di Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras

Dulu dikenali sebagai Grey N Blue Cafe, tapi kini telah rebranding baru ke Blue Cafe. . Kalau korang ke Bandar Mahkota Cheras, jangan lupa singgah ke Blue Cafe yang mengetengahkan menu western ni ye 😍😍😍


Blue Cafe 
No. 7, Jalan Temenggung 25/9 
Seksyen 9, Bandar Mahkota Cheras 
43200 Cheras, Selangor 


3 Comments

  1. Seronoknya Afzal, Semua makanan nampak sedap-sedap. Tempat pun selesa. Suka yang korean style tu.

    ReplyDelete
  2. ya allah mencabarnya tgk gambar2 makanan yg sedap2

    ReplyDelete