5 Tempat Menarik Wajib Dikunjungi Di Vietnam Untuk Traveller



Bismillah,

Lupakan sementara kerja di pejabat, kesesakan atas jalan atau pengangkutan awam. Semak kalendar sekarang sebab korang perlukan waktu untuk untuk diri sendiri. Backpacker? Tak juga sebab kali ini adalah masa untuk dihabiskan bersama keluarga. So kemana kita kali ni? Apa kata aku cadangkan korang ke Vietnam.


Kepada mereka yang punya keluarga dan anak-anak, aku cadangkan korang ke Vietnam kerana di Vietnam ada beberapa lokasi yang boleh korang kunjungi bersama keluarga. Untuk percutian kali ni, aku sangat syorkan agar korang ambil cuti dalam 3 hingga ke 5 hari. Ada beberapa lokasi dan tempat tumpuan pelancong yang boleh korang kunjungi di Vietnam lebih-lebih lagi bagi mereka yang punya keluarga yang besar.

#1 | Resort Pantai Hoi An @ Danang
Hai An atau Danang merupakan sebuah resort pantai yang sering menjadi tumpuan pengunjung di dalam dan luar negara. Hoi An @ Danang ini menjanjikan pemandangan pantai yang cantik dan bersih, restoran-restoran makanan tempatan dan juga beberapa aktiviti yang mampu menarik minat anak-anak kita. Dikatakan ada beberapa lagi pantai yang awesome terdapat di Hoi An @ Danang ni seperti pantai Cua Dai kerana pantai ini sering dijadikan hotspot tumpuan pelancong. Memang sangat sesuai jika korang nak buat sebarang aktiviti bersama keluarga.


Selain daripada pantai yang cantik, Hoi An juga ada beberapa destinasi yang boleh korang kunjungi antaranya pagoda Buddha yang berusia ratusan tahun, kuil-kuil, museum aneh dan deretan rumah kedai zaman kolonial yang ada menjual pelbagai jenis barangan dan cenderahati. Instead of terus berjalan bersama anak-anak kecil, why not korang sewa basikal kerana korang boleh pusing-pusing untuk melihat Hoi An dengan lebih dekat.



#2 | Kawasan Desa Di Pergunungan Sa Pa
Kalau korang minat aktiviti yang sedikit lasak tapi boleh dilakukan bersama keluarga dan anak-anak, korang boleh lah join jungle trekking di Pergunungan Sa Pa. Actually Sa Pa ni merupakan pergunungan yang terletak di garisan pembahagi antara negara Vietnam dan China iaitu berhampiran daerah Yunan. Korang boleh mula dari stesen Dalat yang terletak di bahagian selatan menuju ke dataran tinggi Sa Pa yang terletak di utara.


Di sepanjang laluan jungle trekking tu korang boleh lihat pemandangan yang indah pergunungan, beberapa lokasi air terjun yang mendamaikan dan juga penempatan-penempatan kaum etnik tempatan. So amacam? Best kan?

#3 | Bandar Ho Chi Minh
Haaa kalau korang dah sampai ke Vietnam ni la kan, tak sah la kalau korang tak pergi ke beberapa destinasi menarik yang ada di ibu negara Vietnam ni iaitu Ho Chi Minh. Ada beberapa hotspot yang nak aku cadangkan di sini. Antaranya adalah Suoi Tien Cultural Amusement Park yang terletak di District 1. Bertemakan ukiran Buddha, taman tema ini dihiasi dengan ukiran dan patung-patung makhluk mitos, serta bangunan dan kuil Buddha yang terletak di tengah-tengah taman tema air tersebut. Selain itu juga ada permainan rollercoaster, pawagam 4D dan juga akuarium.


Kalau dah sampai ke tempat orang ni, jangan lupa makan dan bergambar dengan menu-menu tempatan di Vietnam ni ye. Instead of makanan non-halal, korang juga boleh mendapatkan makanan halal di sini. Korang boleh tanyakan pada pemandu pelancong atau penduduk setempat. Korang boleh ke Nguyen Anh Nihn Street kerana di sana ada beberapa restoran makanan halal antaranya Amin Halal, Musa Kariem, Hajah Basiroh, Pho Muslim, The Daun Restaurant, Haji Man Sour dan banyak lagi. Kiranya tak de masalah lah kalau korang nak cari makan di bandar Ho Chi Minh ni. Semuanya restoran ni ada menyediakan menu makanan tempatan Vietnam tapu dimasak dengan bahan-bahan dan cara yang halal. Makanlah tanpa rasa was-was ye huhu.


#4 | Binh Tay Market
Haa kepada korang yang nak belikan keluarga cenderamata atau buah tangan, korang boleh dapatkan segala-galanya di Binh Tay Market ni. Ia merupakan bangunan pasar yang menjual perbagai jenis barangan. Kalau di Malaysia ni macam Pasar Siti Khadijah, Pasar Payang atau Downtown Danau Kota la kiranya. Bangunan Binh Tay Market ni actually telah dibina since 1880-an lagi. Nama lain bagi Binh Tay Market ni adalah Cholon Chinatown Market.


Pasar yang di dalam bangunan 2 tingkat ini ada menjual barang-barangan termasuklah sayur-sayuran, buah-buahan, makanan laut, dan juga pelbagai jenis cenderahati. Lebih banyak korang beli, semakin murah jugalah harganya. Tapi pastikan korang bawa duit lebih sebab korang pasti akan rambang mata bila tiba di sini. Binh Tay Market ini dibuka seawal 8 pagi sehingga 5 petang setiap hari.


#5 | Ho Chi Minh City Book Street
Ho Chi Minh City Book Street merupakan salah satu lokasi tumpuan pengunjung yang baru sahaja dibuka pada awal September 2016. Bagi ulat-ulat buku dan pengumpul bahan-bahan ilmiah, korang boleh temukan beratus-ratus malah puluh ribu buku dan bahan bacaan di sepanjang jalan ini. Jalan yang berjarak sekitar 100 meter ini merupakan jalan seumpamanya yang terpanjang dengan genre buku yang pelbagai dari serata pelusuk dunia.


Di sepanjang jalan ini korang boleh lihat banyak kiosk-kiosk yang didirikan bersebelahan antara satu sama lain yang terdiri daripada penerbit dan kedai buku yang berbeza-beza. Pada bahagian hujung jalan pula korang boleh lihat ada disediakan ruangan untuk bacaan yang selesa dengan kemudahan sofa dan kerusi bagi mereka yang ingin menghabiskan masa dengan membaca naskah-naskah fan buku-buku yang telah dibeli. Adakalanya di ruang yang sama itu jugalah akan diadakan persembahan dan pelbagai aktiviti kebudayaan yang melibatkan seni dan budaya oleh masyarakat setempat.


So amacam? Aku rasa beberapa lokasi yang aku cadangkan ni cukup la 3 ke 5 hari. Tu pun korang boleh jalan-jalan lagi ke tempat-tempat lain. Ada banyak lagi tempat yang boleh korang kunjungi di Vietnam ni. Sedang elok la cuti Raya yang akan datang ni kan boleh lah korang bawa keluarga bercuti di Vietnam. So kalau korang memang plan nak bawa keluarga bercuti ke luar negara pada cuti raya Aidilfitri tahun ni, korang boleh lah mula riki-riki laman web online untuk menempah penerbangan dan penginapan. Kalau nak tempah, kena tempah seawal hari ni sebab time cuti Hari Raya kot. Kompom tiket penerbangan cepat habis.

Kalau aku, aku tempah thru Traveloka je. Dari dulu kot apa-apa hal memang aku rujuk Traveloka. Sekarang lagi mudah sebab boleh buat tempahan melalui aplikasi Traveloka. Lagipun aku suka Traveloka sebab dorang suka bagi kod promosi. Aku rasa almost setiap kali tempahan kot aku guna kod promosi. Dorang banyak bagi kod promosi, kalau tak boleh yang tu.. cuba plak yang lain.


Kali ni sempena Kempen Raya Bersama Traveloka, dorang nak bagi kupon lagi kepada para pengguna aplikasi Traveloka. Korang akan dapat diskaun dan potongan harga sebanyak 10% untuk setiap kali tempahan yang dibuat. Caranya mudah je iaitu korang hanya perlu subscribe newsletter Traveloka sahaja. Sekiranya korang subscribe newsletter Traveloka sebelum 3 petang, 21 Mei 2018 korang akan dapat kod promo daripada Traveloka dalam tempoh 48 jam iaitu antara 21 dan 22 Mei 2018. Tapi sekiranya korang subscribe newsletter Traveloka sebelum 21 Mei 2018, korang akan dapat kod promo Traveloka pada pagi 21 Mei 2018.

Kalau korang still tak sempat, it's okay sebab Traveloka tetap bermurah hati akan berikan korang kod promosi. Janji korang subscribe newsletter Traveloka dari 23 hingga 29 Mei 2018. So kelebihannya kalau korang subscribe cepat-cepat, korang bolehlah buat tempahan penerbangan dan hotel lebih awal. Cuba kalau korang lambat, konfom nanti bersesak ngan user lain. Entah-entah takde lagi tiket untuk korang. Korang tak nak balik beraya ke kampung halaman ke? Just install aplikasi Traveloka pada peranti android atau IOS korang, subscribe newsletter Traveloka dan dapat kod promosi. Senangnya nak berjimat kan?

Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms

Korang kalau nak subscribe newsletter Traveloka sekarang pun boleh dah, boleh klik link Traveloka kat bawah ni. Jadilah mereka yang terawal yang mendapatkan dan menggunakan kod promosi Kempen Raya Bersama Traveloka tahun ni. Semoga korang dapat bercuti dan beraya bersama keluarga sama ada di kampung halaman ataupun di luar negara.




0 Comments