Apa Nak Pakai Raya Tahun Ni?


Bismillah,

Setiap kali menjelang bulan Ramadhan, ini adalah antara isu yang sering berbangkit selain nak balik beraya kampung belah mana tahun ni. Apa nak pakai Raya tahun ni hahaha. Setiap tahun aku kena fikirkan tema warna untuk kami seisi keluarga. Ye la bila dah berkeluarga ni, baju raya nak la sedondon. Baru cantik di dalam gambar kan?


Kebiasaannya puan isteri akan mencari sendiri baju untuknya dan anak sekali. Boleh je aku nak belikan tapi tau la kan baju perempuan ni renyah sikit. Dorang lagi puas hati kalau dorang dapat lihat dan cuba sendiri baju tu. Nak corak apa, trend yang macamana, so biarlah dorang yang decide sendiri. Aku pernah belikan baju puan isteri, sekali beli tak masuk plak ngan warna tudung. Satu kerja plak aku kena tukar balik. Kan naya tu haha.


So untuk aku plak, dua tiga tahun kebelakangan ni pemilihan baju raya aku mengikut trend semasa dan terkini. Sebelum ni aku beli kain dan tempah je di kedai. Tapi sekarang dah tak sempat. Kadang-kadang awal tahun pun kedai jahit dah tutup tempahan. Jadi nak tak nak aku kena cari baju siap je la tapi still memenuhi kehendak aku iaitu cutting baju fit (ikut badan), material kain yang selesa dan murah. Sekarang ni pun banyak kedai atau online shop yang ada menjual pakaian-pakaian atau baju raya moden. Nak tak nak korang kena bijak memilih je la.


Macam last 2 years before (2016) aku ada pergi ke Mood Republic untuk cari baju raya. Start dari situ aku dah berkenan ngan jenama daripada Butik Cirgaro Apparel sebab material dia selesa dipakai, sentuhan dan kualiti jahitan dia cantik dan harganya murah. Dah lah murah, time tu aku pergi dorang siap buat potongan harga lagi. Takkan la aku nak lepaskan peluang kan? So aku beli la Kurta Lelaki Moden. Kebiasaan sebelum-sebelum ni baju raya aku hanya akan dipakai pada ketika sembahyang Hari Raya dan sembahyang Jumaat sahaja. Tapi sekarang kemana-mana event atau majlis aku akan pakai baju dari Butik Cirgaro Apparel ni sebab sangat selesa.


So untuk tahun ni aku dah riki baju apa yang nak dipakai pada hari raya nanti. Last year aku dah beli kurta lelaki di Butik Cirgaro Apparel, so tahun ni aku decide nak pakai baju Melayu moden lah plak. Korang boleh tengok ada pelbagai design dan warna untuk Lebaran 2018 Collection di Butik Cirgaro Apparel. Kurta lelakinya pun dah ada beberapa jenis dan variasi seperti Kurta Uno, Kurta Teluk Belanga, Kurta King Luxe dan Kurta Bangsawan. Kalau korang tak nak kurta, korang boleh gak pilih baju Melayu yang stylo dan ada gak kemeja batik.


Cirgaro Lebaran 2018 Collection tak hanya tumpu pada pakaian lelaki sahaja tetapi ada gak baju kurung moden dan pelbagai dress kurung moden untuk wanita dan kanak-kanak. Tapi memula aku buka laman web Cirgaro tu, aku mesti akan check dulu pada bahagian sale. Mana la tau ada baju raya yang kena ngan tema aku tahun ni haha. Then baru aku akan cuci mata tengok design-design terkini. Oh ye setiap tahun Butik Cirgaro Apparel akan menampilkan design baju raya yang baru dan up to date tau. Maknanya design-design tahun ni takkan sama dengan tahun-tahun sebelumnya.


Tapi kalau korang takut nak beli secara online (mungkin nak tengok dulu kualiti fabrik dan nak cuba fitting), korang boleh datang ke Butik Cirgaro Apparel yang terletak di Plaza Masalam, Shah Alam. Segala details aku kongsikan kat bahagian bawah artikel ni ye kot-kot la korang nak cari persiapan raya untuk seisi keluarga kan?


Ok aku dah decide tahun ni aku nak pakai baju Melayu warna hitam dari Butik Cirgaro Apparel. Korang plak nak pakai apa raya tahun ni?

Butik Cirgaro Apparel
Lot F4A, First Floor Plaza Shah Alam
No. 2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E, Seksyen 9, 40100 Shah Alam,
Selangor

Contact No
017-6055338

Waktu Operasi
10 pagi - 10 malam



0 Comments