Buffet Ramadhan Bajet Bawah RM100 Di Riverside Restaurant, PWTC


Bismillah,

Kepada warga Kuala Lumpur, aku nak suggest satu lagi lokasi buffet Ramadhan di sekitar KL yang mana harganya di bawah RM100 iaitu di Buffet Ramadhan Bajet Bawah RM100 Di Riverside Restaurant, PWTC . Boleh aku katakan Buffet Ramadhan Bajet Bawah RM100 Di Riverside Restaurant, PWTC ini tetap mengekalkan harga buffet di bawah RM100 sejak beberapa tahun lepas dan menjadikan ia salah satu lokasi tarikan pengunjung untuk menikmati hidangan buffet sewaktu ketibaan Ramadhan.


Bertemakan Selera Ramadhan, Buffet Ramadhan Bajet Bawah RM100 Di Riverside Restaurant, PWTC  kali ini berkonsepkan Pasar Malam di mana terdapat lebih kurang 24 buah gerai makanan akan disediakan disamping 300 juadah makanan yang akan dihidang secara buffet. Bukan itu sahaja malahan setiap hidangan akan silih berganti setiap hari agar pelanggan dapat merasai kelainan yang ditampilkan di Buffet Ramadhan Bajet Bawah RM100 Di Riverside Restaurant, PWTC  kali ini.


Menu-menu yang disajikan di 24 buah gerai kali ini tertumpu kepada menu kampung dan tempatan antaranya termasuklah Apam Balik, Char Kuey Teow, Putu Piring, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Burger, Roti John, aneka kuih muih Melayu, roti canai dan murtabak, pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, cucur udang, cucur pisang, sate, Yong Tau Fu, cakoi, tauhu bakar, rojak, air mata kucing dan air tebu.


Selain daripada itu, antara menu-menu utama yang menarik perhatian aku Buffet Ramadhan Bajet Bawah RM100 Di Riverside Restaurant, PWTC adalah seperti Daging Gulai Kawah, Ikan Patin Masak Tempoyak, Rendang Tok, Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, Udang Sambal Petai, Sotong Masak Kari Nenas, Sup Tulang Kambing, Kari Kepala Ikan, Sayur Pucuk Paku Goreng Belacan dan banyak lagi selain Kambing Golek yang pasti menjadi tumpuan utama sepanjang bulan Ramadhan nanti.


Harga yang ditawarkan cuma RM88 nett bagi dewasa, RM75 nett bagi warga emas (60 tahun ke atas) dan RM45 nett bagi kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun. Bagi kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah, mereka boleh menikmati hidangan secara PERCUMA. Selain daripada Buffet Ramadhan Bajet Bawah RM100 Di Riverside Restaurant, PWTC  mereka juga ada menawarkan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat di Dewan Bankuasi dengan harga RM98 nett seorang untuk tempahan 100 orang ke atas manakala RM115 nett bagi tempahan minima 50 orang.


Korang jangan risau kerana di sana juga ada disediakan ruangan solat bagi pengunjung-pengunjung yang ingin menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat Tarawih secara berjemaah. Segala kelengkapan seperti kain pelikat, telekung, sejadah dan kerusi bagi mereka yang kurang upaya turut disediakan. Ruangan parkir juga banyak dan kadar bayarana cuma RM5 untuk sekali masuk bermula dari pukul 6 petang setiap hari.


So kepada korang yang ingin membuat tempahana Buffet Ramadhan Bajet Bawah RM100 Di Riverside Restaurant, PWTC boleh lah terus ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC yang dibuka pada pukul 9 pagi hingga 5 petang atau hubungi Restoran Riverside di talian 03-26146701 / 03-26146262.

0 Comments