Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Ambassador Putrajaya


Bismillah,

Siapa sangka ada lagi lokasi yang menyajikan Buffet Ramadhan murah bawah RM100 ni kan? Kalau ikut-ikutkan tak banyak tempat bagi harga serendah ini. Kalau ada pun restoran atau cafe biasa yang terletak di pinggir-pinggir kota. Tapi kali ni aku nak ajak korang ke Buffet Ramadhan murah bawah RM100 Di Ambassador Putrajaya.


Terletak di Presint 15 Putrajaya, buat kali pertamanya Ambassador Putrajaya mengadakan buffet Ramadhan untuk tahun ini. Actually Ambassador Putrajaya mempunyai pengalaman lebih 10 tahun sebagai wedding planner yang merangkumi penyediaan dewan dan makanan untuk majlis. Jadi kelebihan itu digunakannya untuk membuat promosi buffet Ramadhan murah di sekitar Putrajaya. Yang lebih best harga yang ditawarkan serendah RM68 nett sahaja untuk dewasa dan RM38 nett sahaja untuk kanak-kanak.


Mengetengahkan tema Warisan Bonda, Buffet Ramadhan murah bawah RM100 Di Ambassador Putrajaya ini menyediakan menu-menu masakan kampung sebagai tarikan utamanya. Ada kira-kira lebih daripada 100 jenis hidangan yang akan dihidangkan di sepanjang promosi Buffet Ramadhan murah bawah RM100 Di Ambassador Putrajaya ini. Setiap hari menu-menunya akan bertukar ganti bagi memberi kelainan dan kepuasan kepada para pengunjungnya.


Tapi kalau korang ke Buffet Ramadhan murah bawah RM100 Di Ambassador Putrajaya ni korang wajib cuba kambing bakar dia. Ya Allah sedapnya. Dua tiga kali jugak la aku repeat. Aku rasa aku banyak makan kambing daripada menu lain. Bila dah penuh kambing dalam perut, baru sedar yang aku tak makan pun lagi menu-menu lain. Perapan daging kambing dia terasa manis-manis gitu. Sos lada hitamnya pun sedap. Korang kena cuba sendiri sebab rasa daging kambing nya tak macam daging-daging kambing yang biasa aku makan kat hotel-hotel sebelum ini.


Harga macam aku kata tadi RM68 nett untuk dewasa dan RM38 nett untuk kanak-kanak. Tapi harga RM58 nett kalau korang beli bundle 10 pax atau beli 1 meja. So kalau korang nak buat tempahan kena cepat-cepat la ye sebab benda murah ni orang cari. Kang penuh kang terpaksa cari tempat mahal plak. Actually buffet Ramadhan ni tujuan sebenarnya nak berkumpul dan bersua muka. Makan tak de la sangat. Betul tak? So kalau boleh, lagi murah kan lagi baik, boleh bawa lebih ramai ahli keluarga dan sahabat handai sama-sama ye.


Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms

So kalau korang nak buat tempahan Buffet Ramadhan murah bawah RM100 Di Ambassador Putrajaya atau sebarang pertanyaan lanjut berkenaan menu, boleh rujuk maklumat di bawah ye


Ambassador Putrajaya
No. 92, Jalan Perak
Persiaran Diplomatik Presint 15
62050 Putrajaya. 

016-6700457 (Farah)
016-6700752 (Hanis)
016-6700471 (Hizwan)
016-4318434 (Liana)
016-6700473 (Office)



0 Comments