Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Lake Cempaka Villa, Bangi

10:57 AM


Bismillah,

Actually kat Bangi ni kalau korang tau ada beberapa restoran, cafe dan hotel yang menyediakan promosi buffet Ramadhan. Cuma kadang-kadang kita tak mendapat pendedahan atau makluman sahaja. Macam baru-baru ni aku ke Bangi, aku baru tau ada dewan yang menyediakan wedding package sebelum ni membuat promosi buffet di sepanjang bulan Ramadhan ini iaitu Lake Cempaka Villa.



Lokasinya di sekitar Taman Tasik Cempaka berhampiran restoran Mc Donald Bangi Seksyen 9, tak jauh dengan bazaar Ramadhan Bangi tu. Buffet Ramadhan Di Lake Cempaka Villa, Bangi mengetengahkan tema citarasa masakan Melayu. Tetapi tak bermakna semua menu-menu yang disediakan di sini adalah menu Melayu sahaja ye. Ada gak stall yang menyediakan hidangan kambing golek, pasta corner dan banyak lagi.


Selain daripada itu antara menu-menu yang menjadi tarikan pengunjung adalah seperti Sup Tulang Kambing, Telur Itik Masak Lemak Cili Api, Ayam Masak Lemak, Daging Tetel Masak Asam Pedas, Mee Goreng Mamak, Laksa Johor, Nasi Khai Mok Khai, Sambal Goreng, Bubur Lambuk, Bubur Jagung, aneka cucur, kuih-muih tradisional, BBQ section, ABC, cocktail, minuman kordial dan minuman panas, pelbagai variasi kek dan bermacam-macam lagi. Untuk pengetahuan menu-menu ni akan silih berganti setiap hari bagi memberi kepuasan kepada para pengunjung yang hadir berbuka di sini.


Kalau korang berbuka di Buffet Ramadhan Di Lake Cempaka Villa, Bangi ni aku cadangkan korang cuba beberapa menu yang aku rasa sedap dan menarik. Antaranya seperti Laksa Johor. Kuahnya pekat, ada banyak bahan-bahan yang digunakan. Cukup rasa serba serbi. Lepas tu Sup Daging Kambingnya pun. Sedap. Daging Kambingnya tiada bau dan lembut. Kuahnya panas, cukup rasa dan penuh aroma dengan rempah ratus. Kuih muihnya juga lembut, tak macam sesetengah buffet Ramadhan hotel-hotel terkemuka yang menyajikan kuih-muih keras dan tiada rasa seperti kuih frozen.


Harga yang ditawarkan di Buffet Ramadhan Di Lake Cempaka Villa, Bangi ni murah. Harga untuk dewasa hanya RM58 bersih dan RM33 bersih untuk kanak-kanak. So korang boleh rujuk maklumat di bawah untuk sebarang pertanyaan mengenai tempahan dan menu-menu yang ada di Buffet Ramadhan Di Lake Cempaka Villa, Bangi ye.

Lake Cempaka Villa 
Taman Tasik Cempaka 
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi 
43650 Bangi, Selangor 

Telefon 
0104217147 (Pn Farhana)
0172020380 (En Firhad)




You Might Also Like

1 comments