Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Philea Mines Beach Resort


Bismillah,

Kali ini aku nak ajak korang berbuka di Philea Mines Beach Resort plak. Lokasi Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Philea Mines Beach Resort ini adalah di Serdang-Balakong, sekitar Mines Shopping Mall dan bersebelahan MIEC (Mines International Exibitionist Center). Kalau korang menggunakan aplikasi Waze, korang boleh waze Mines Beach Resort.


Ini merupakan cawangan Philea yang terbaru, yang mana dahulunya merupakan bangunan Mines Spa & Wellness. Untuk tahun pertama ini Philea Mines Beach Resort cuba memperkenalkan buffet Ramadhan dan pada masa juga mempromosikan Philea Mines Beach Resort kepada masyarakat setempat.


Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Philea Mines Beach Resort ini bermula 21 Mei 2018 sehingga 13 Jun 2018 dan bertemakan Rasa Rasa Ramadhan yang bertempat di restoran Abdul & Charlie. Sajian Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Philea Mines Beach Resort ini menyajikan lebih 300 jenis menu-menu tradisi masyarakat tempatan dan juga diselitkan menu-menu kegemaran Asia dari ulam-ulaman, pelbagai jenis makanan berasaskan sup, live action stall dan menu pencuci mulut yang cukup menyelerakan.


Antara menu-menu yang ada di hidang bersempena Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Philea Mines Beach Resort adalah Ikan Patin Masak Tempoyak, Kari Kepala Ikan Merah, Gulai Kawah Daging, Sup Tulang Rusuk Lembu, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Serawa Durian, Satay, Kambing Golek bersama Nasi Arab Mandy dan banyak lagi.


Di Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Philea Mines Beach Resort juga turut menyediakan menu masakan panas yang ada ditempatkan di beberapa gerai antaranya Gerai Mee Rebus, Gerai Keropok Lekor dan Pisang Goreng, Gerai Spaghetti dan Carbonara, Gerai Roti John, Murtabak dan Roti Canai dan pelbagai lagi juadah yang lain.


Tempatnya luas, parkir pun percuma. Ada disediakan juga surau bagi kemudahan pengunjung yang ingin menunaikan solat. Yang menariknya sempena Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Philea Mines Beach Resort ini, pihak pengurusan Philea Mines Beach Resort menyediakan Aiskrim Malaysia kepada pengunjung yang menikmati hidangan berbuka di sana. Selain daripada itu mereka juga menyediakan pelbagai jenis air sama ada yang sejuk dan panas. Pada aku menu yang dihidangkan mereka juga lazat dan memenuhi selera aku dan keluarga.


Di Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Philea Mines Beach Resort ini juga korang menjamah pelbagai jenis menu pencuci mulut yang berwarna warni, dari puding, pelbagai jenis kek dan biskut. Jadi kepada mereka yang masih mencari-cari lokasi buffet Ramadhan Murah Di Bawah RM100 di sekitar Selangor, Serdang dan Balakong aku syorkan korang untuk mencuba menu-menu yang ditampilkan pada buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort ini.


Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms

Harga yang ditawarkan hanya bagi dewasa adalah RM85 bersih dan RM45 bersih untuk kanak-kanak dari 5 hingga 12 tahun dan juga warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas. Untuk maklumat lanjut berkenaan Philea Mines Beach Resort atau tempahan Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Philea Mines Beach Resort, boleh la rujuk maklumat yang tertera di bawah :

Philea Mines Beach Resort
Jalan Dulang, Mines Resort City
43300 Seri Kembangan
Selangor

Email

RSVP
0196001529 | 0196001455




0 Comments