Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Restoran Bangi Golf Resort


Bismillah,

So kali ni aku nak bawa korang ke salah sebuah lokasi yang ada menyediakan Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 iaitu di Restoran Bangi Golf ResortBangi Golf Resort Restaurant terletak di Bandar Baru Bangi dan merupakan antara lokasi kebanyakan pilihan pengunjung untuk berbuka puasa. Kenapa? Haa jap lagi aku reveal ye.


Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Restoran Bangi Golf Resort akan bermula dari 19 Mei 2018 sehingga 13 Jun 2018. Kali ini sebanyak lebih kurang 200 jenis menu akan diperkenalkan dan sentiasa berubah-ubah setiap hari. Tahun ini tema yang ditampilkan oleh Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Restoran Bangi Golf Resort adalah ala Melayu, Timur dan Barat jadi korang akan dapat lihat beberapa variasi makanan sewaktu berbuka puasa nanti.


Pengunjung akan disajikan beberapa killer menu antaranya Kambing Bakar, Sup Kambing Mamak, Satay, Chicken Drummet, Nasi Kerabu, Nasi Ayam Hainan, Laksa Sarawak, Laksa Singapore dan bermacam-macam lagi. Selain daripada menu juadah masakan Melayu, kali ini Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Restoran Bangi Golf Resort turut menggunakan bahan mentah yang ditanam sendiri di "Kebun Dalam Bandar" yang terletak di dalam premis Bangi Golf Resort itu sendiri.



Untuk menu ala Barat pula, korang boleh cuba beberapa menu pilihan yang ada iaitu Sous Vide Eggs With Mushroom Espuma. Menu ni merupakan signature dish yang akan ditampilkan setiap tahun sempena Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Restoran Bangi Golf Resort. Untuk pilihan lain korang boleh mencuba Lasagna Ayam, Spaghetti Carbonara dan bermacam-macam lagi.


Di samping itu juga tetamu boleh menantikan juadah masakan popular yang akan dihidangkan di Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Restoran Bangi Golf Resort iaitu Sup Kambing Mamak. Di Stesen ini cef akan menghidangkan daging panggang dan sup kambing yang baru dimasak dan kekal panas pada suhu yang ditetapkan. Pengunjung juga boleh merasa Mee Goreng dan Kuey Teow Goreng yang dimasak panas-panas untuk para pengunjung di Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Restoran Bangi Golf Resort.


Itu bab main menu, belum masuk bab menu sampingan, pencuci mulut dan kuih muih lagi. Memang banyak sangat. Yang menarik perhatian aku sesampainya aku di Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Restoran Bangi Golf Resort ini, aku dapat lihat stesen Roti Jala. Yang specialnya roti jala di stesen ini dihasilkan dengan menggunakan mesin dan kuahnya pula adalah serawa labu. Menarik kan untuk dicuba. Selama ni aku biasa makan roti jala dengan kuah kari atau serawa durian je.


Pengunjung juga boleh membeli durian kerana ada promosi "Durian Runtuh" di buffet Ramadhan di Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Restoran Bangi Golf Resort kali ini. Durian Musang King ini dibawa khas dari ladang di Raub, Pahang. Jadi diskaun eksklusif akan diberikan khas kepada pengunjung-pengunjung buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant pada harga RM110/sekotak dan D24 hanya pada harga RM55/sekotak. Korang hanya perlu buat tempahan tetlebih dahulu sebelum datang untuk menikmati Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Restoran Bangi Golf Resort ni ye. Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan muzik secara live dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari.


Harga baucer bermula dari RM59 bagi dewasa dan RM29.50 bagi kanak-kanak. Jangan bimbang tentang status halal kerana Bangi Golf Resort Restaurant telah mendapat sijil HALAL JAKIM sejak tahun 2009 lagi. Sebanyak lebih 800 lot parkir turut disediakan untuk para pengunjung dan juga disediakan kemudahan surau lelaki dan wanita bagi mereka yang ingin menunaikan solat.

Jadi kalau korang nak buat sebarang tempahan atau sebarang pertanyaan boleh rujuk maklumat di bawah.



Bangi Golf Resort Restaurant
No. 1, Persiaran Bandar
Bandar Baru Bangi
43650 Selangor
Malaysia

Tempahan/Pertanyaan :
1-700-81-8557

Email :

Koordinat GPS :
2.95716N, 101.76518E



0 Comments