Jakel Barulah Raya - Dapatkan Koleksi Raya Terbaru Jakel 2018

1:11 PM


Bismillah,

Teruja aku hari tu sebab berkesempatan ke Jakel Shah Alam kerana dapat bertemu dengan selebriti-selebriti ikon Jakel. Orang jangan cakap lah penuh ya amat. Sesak seksyen 7 hari tu haha. Semua turun beramai-ramai semata-mata untuk bertemu dan tunggu selebriti kesayangan mereka menurunkan harga baju raya.



Antara ikon-ikon Jakel yang turun memeriahkan event hari tu antaranya seperti Nabil Ahmad, Harith Iskander, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Lara Alana. Sayangnya Aaron Aziz dan Ayda Jebat tak dapat turut serta kerana ada hal. Tapi itu pun dah cukup meriah. Malah keadaan turut digamatkan dengan kehadiran Upin dan Ipin. Memang happening betul.


Kali ni selebriti-selebriti ikon Jakel memperkenalkan design-design terbaru dari koleksi raya 2018. Semuanya nampak fresh dengan warna-warna yang pelbagai. Jangan tak percaya untuk wanita sahaja terdapat lebih daripada 70 jenis design kesemuanya. Kompom rambang mata kalau korang turun dan lihat sendiri koleksi-koleksi yang ada di Jakel.


Kalau korang nak cari baju yang sedondon, aku cadangkan korang beli baju design dari koleksi Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Lara Alana. Actually baju lelaki tak ada masalah as long baju tu masuk ngan warna tema. Cuma baju mak ngan anak yang agak susah nak cari. So korang boleh dapatkan baju tema sedondon dari koleksi Scha Alyahya dan Lara Alana. Jangan risau kerana koleksi ini didatangkan dengan saiz sehingga 5XL dengan 30 jenis rekaan.


Untuk mereka yang bersaiz besar, jangan risau sebab koleksi daripada Harith Iskander ada menyediakan baju Melayu bersaiz sehingga 5XL. Lagipun kainnya tak panas, tak nampak basah sekiranya berpeluh dan sangat selesa. Ye la aku faham sangat masalah mereka yang berbadan besar ni, mudah berpeluh. Jadi aku yakin koleksi daripada Harith Iskander ni sangat sesuai dengan mereka yang berbadan besar.


Untuk kanak-kanak plak, boleh la cuba padankan dengan koleksi daripada Yusuf dan Lara Alana. Bak kata Hanis Zalikha, walaupun Yusuf kuat menyusu dan air susu kerap tumpah pada bajunya namun tompok susu tak kelihatan dan tak mencomotkan. Nak jalan beraya pun tetap yakin kan? Hari tu aku sempat la rembat baju raya. Maunya tak beli kalau harga yang selebriti-selebriti ni tawarkan menjunam sehingga 70% ke 80%. Baju raya Awal Ashaari asalnya harga RM199 jadi RM100, yang harga RM250 jadi RM150. Sape la yang tak nak kan. Rugi korang tak pergi hari tu huhu.



Tapi jangan bimbang korang still boleh dapatkan koleksi Raya Terbaru Jakel 2018 pada harga mampu milik. Kunjungi cawangan-cawangan Jakel yang berhampiran korang sekarang untuk mendapatkan koleksi sempena raya 2018 tahun ni huhu.


You Might Also Like

1 comments

  1. amboi rakyatnya orang serbu jakel mall..kena pergi jugak weekend ni beli baju melayu jakel

    ReplyDelete