Koleksi Raya 2018 Esklusif Daripada PRIMAVALET


Bismillah,

Baru-baru ni aku berpeluang melihat sendiri koleksi yang bakal dipasarkan sempena Raya Aidilfitri tahun ini di PrimaValet. Bertempat di Majestic Hotel Kuala Lumpur, PrimaValet melancarkan Koleksi Raya 2018 Esklusif daripada PrimaValet sempena lebaran yang bakal tiba nanti.


Sebelum acara bermula lagi aku dah lihat beberapa selebriti ternama tanahair seperti Amar Baharin, Amyra Rosli, Asad Mowtah, Zukie, Siti Nordiana, Nabila Razali, Janna Nick, Farah Nabila, Atikah Suhaimie dan Alif Satar mengenakan busana daripada Koleksi Raya 2018 Esklusif daripada PrimaValet. Tapi paling menyerlah baju Melayu yang diperagakan oleh Alif Satar la, warna kuning di raja. Isk ter'berkenan' plak aku. Asalnya aku ingat tahun ni nak cari warna merah terang, tapi nampak gaya macam nak ubah warna dah ni.


Ini merupakan tahun kedua PrimaValet berkolaborasi dengan selebriti tempatan dan juga menghasilkan koleksi busana raya. Koleksi Raya 2018 Esklusif daripada PrimaValet kali ini telah mendapat sentuhan idea daripada pereka muda tanah air iaitu Ezuwan Ismail. Antara jenama-jenama lain yang turut memeriahkan Koleksi Raya 2018 Esklusif daripada PrimaValet tahun ini adalah seperti Arjuna, Meylana, YoumeAndHunny, Nur Aishah, Syus Couture, Zoud, Kukubesi, Buranku.co dan Shasha Habib selain koleksi pertama daripada PrimaValet sendiri iaitu PV Man, PV Woman dan PV Kids.


Antara Koleksi Raya 2018 Esklusif daripada PrimaValet yang bakal memeriahkan suasana raya tahun ini adalah seperti Baju Melayu, Kurta, Baju Kebaya, Baju Kurung, baju kanak-kanak, koleksi sedondon untuk keluarga dan koleksi baju kurung yang berdasrkan fabrik daripada sari. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan, dari serendah RM70 sehingga RM380. Pada aku sangat berbaloi kerana kualiti kain dan fabrik yang cantik, end produk sangat kemas dan teliti dan juga menepati citarasa kini yang mahukan penampilan eksklusif, elegan dan selesa.


Pemilik dan Pengarah Urusan bagi jenama PrimaValet, Dr. Arshad mensasarkan lebih 70 koleksi dan rekaan Koleksi Raya 2018 Esklusif daripada PrimaValet untuk raya tahun ini pasti mampu dimiliki oleh setiap golongan tak kira peringkat umur. Koleksi-koleksi raya 2018 tahun ini boleh mula didapati di kesemua cawangan-cawangannya di seluruh Malaysia seperti Ostia Bangi, Senawang Negeri Sembilan, Pasir Tumboh Kelantan dan cawangan terbarunya di Wangsa 118, Wangsa Maju yang akan mula beroperasi pada 5 Mei 2018 nanti.


Untuk melihat sendiri Koleksi Raya 2018 Esklusif daripada PrimaValet yang ada, korang boleh lah layari webpage yang ada di bawah ni ye. Boleh dah kalau korang nak start riki-riki baju raya korang sekeluarga tahun ni kan. Beli awal, bulan Ramadhan boleh fokus more on beribadat plak.

www.primavalet.com 
Facebook | Instagram 


0 Comments