Premium Baklava & Coklat Terbaik Di Lavand & Day Dreamer Cafe


Bismillah,

Kalau korang nak cari baklava terbaik di sekitar Kuala Lumpur, aku nak recommend satu cafe ni yang terletak di Bukit Damansara iaitu Lavand & Day Dreamer Cafe. Aku tau pasal Lavand & Day Dreamer Cafe ni pun sebab kawan aku suggest. Actually aku nak cari gift hamper untuk kawan aku dan aku prefer something special, so dia kata kat Lavand & Day Dreamer Cafe ada banyak pilihan hamper yang menarik.


By the way Lavand dan dibuka sejak 14 tahun yang lalu dan kini telah mempunyai 3 cawangan iaitu Lavand & Day Dreamer Cafe yang terletak di Bukit Damansara sebagai main central office, kedua di BIG Damansara City Mall dan yang ketiga di Jason Food Hall di BSC. Dorang plan nak buka cawangan keempat di Four Season Hotel Kuala Lumpur tapi masih dalam perancangan awal lagi.


Kat Lavand & Day Dreamer Cafe tu aku sedikit teruja sebab aku nampak ada pelbagai jenis coklat yang ada di situ, yang tak ada di dalam pasaran tempatan. Aku sempat mencuba beberapa jenis coklat, rasanya memang lain. Tak berminyak, pekat dan pure. Baru aku tau setiap coklat yang dihasilkan di Lavand & Day Dreamer Cafe tu ada sukatan dan percentage coklat dia. Untuk pengetahuan korang coklat yang digunakan di Lavand & Day Dreamer Cafe adalah coklat pure dengan kandungan 60 hingga 75 percent kandungan coklat. Rasanya sedikit pahit tapi sedap. Memang rasa coklat mahal la hoho. Handmade coklat harus lah mahal kan, tak sama macam coklat-coklat kilang yang biasa kita makan tu.


Sape tau Baklava tu apa? Kind of manisan yang diperbuat daripada lapisan doh yang digiling nipis sebanyak 40 lapisan, diletakkan pelbagai jenis kekacang dan butter sebelum dibakar di dalam ketuhar. Rasanya perghhh sedap ya amat. Baklava yang dikeluarkan daripada oven mampu bertahan selama 6 bulan jadi memang sesuai la kalau nak dijadikan hadiah atah dibalut sebagai hamper.


Korang pernah cuba tak? Kalau belum, korang memang patut cuba di Lavand & Day Dreamer Cafe sebab rare betul rasanya. Nak kata macam kuih raya pun ada haha tapi kacang-kacang yang dia gunakan pun jenis yang mahal-mahal. Kombinasi doh rangup ngan kacang-kacang tu buatkannya lebih eksklusif dan terbaik.


Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ni, Lavand & Day Dreamer Cafe ada buat senarai hamper khusus kepada pelanggannya yang ingin menjadikan Baklava dan pelbagai jenis handmade chocolate sebagai souvenir atau hadiah. Paling murah pun aku nampak haritu chocolate bar ngan tasbih yang berwarna gold. Kalau tak silap aku harga dia dalam RM15 ke RM18 macam tu la. Tapi jangan bimbang kepada reader blog aku ni, korang boleh dapatkan potongan sebanyak 10% dengan menggunakan kod promosi LavandEvent2018 sehingga 15 Mei 2018.


So kalau korang nak datang dan lihat sendiri pelbagai jenis coklat, baklava dan manisan yang ada ataupun customade hamper ikut bajet korang boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah ni ye.


Lavand & Day Dreamer Cafe 
46, Jalan Medan Setia 2 
Bukit Damansara 
50490 Kuala Lumpur 

(Waze : Day Dreamer Cafe)



1 Comments