Promosi Buffet Ramadhan Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya 2018


Bismillah,

Hari ni aku nak kongsikan salah sebuah lokasi berbuka puasa yang boleh menjadi pilihan seisi keluarga korang nanti. Lokasi yang aku maksudkan ialah Verandah Restaurant, Cyberview Resort & SpaCyberview Resort & Spa terletak di Cyberjaya dan lokasinya berhampiran dengan tapak belon panas. Sebelum ini aku pernah buat review berkenaan hotel dan fasiliti yang ada di sana. Jika korang nak tau serba sedikir berkenaan Cyberview Resort & Spa ini, korang boleh KLIK DI SINI.


Belum habis teruja dengan menu sarapan yang pernah disajikan sewaktu kami sekeluarga menginap di sana sebelum ini, kali ini bertambah teruja bila mengetahui yang Cyberview Resort & Spa turut mengadakan promosi buffet Ramadhan yang pastinya lebih banyak menu yang menarik akan dihidangkan kepada pengunjung yang hadir.


Berlatar belakangkan persekitaran taman dan permandangan dari kolam yang berdekatan, ia pasti lebih menarik di samping keenakan sajian yang dihidang sepanjang bulan Ramadhan ini. Hidangan yang bertemakan 'live-on-the-wok' bakal disajikan oleh Chef Imran dan tim nya nanti yang mana dia dan tim nya akan memasak menu yang berasaskan daripada makanan laut secara live antaranya seperti Asam Pedas, Masak Lemak Tempoyak, Kuey Teow dan Mee Goreng dan banyak lagi.


Selain daripada itu, terdapat sebanyak 26 gerai hidangan yang akan dipamerkan sepanjang bulan Ramadhan ini yang terdiri daripada pelbagai jenis menu tempatan antaranya Warung Masak Lemak, Gulai Kawah Daging, Ayam dan Itik, Ikan Salai, Siput Sedut dan pelbagai jenis menu menarik yang lain. Dianggarkan lebih 300 jenis menu tempatan dan antarabangsa akan dihidangkan di sepanjang buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa pada tahun ini.


Bagi keluarga yang ada membawa anak-anak kecil pula, ada tarikan khas untuk mereka sepanjang promosi buffet Ramadhan ini berlangsung di mana di bahagian Kidz Zone ada menyediakan beberapa menu untuk kanak-kanak seperti Chocolate Fountain, pelbagai jenis aiskrim, kaunter gula-gula, popcorn, cupcake dan cookies. Di sana juga ada menyediakan taman mini untuk kanak-kanak bagi mereka yang ada membawa anak kecil bersama. Bukan itu sahaja, buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa juga ada menyediakan kemudahan surau yang selesa bagi lelaki dan wanita dan juga ruangan parkir kereta yang luas dan banyak. Jadi usah risau kerana segala kemudahan ada disediakan di sana.


Aku tertarik dengan beberapa menu rare yang telah aku cuba di sana antaranya Aiskrim Rendang Ayam. Mesti korang pelikkan bagaimana rendang ayam boleh diimprovisasikan menjadi aiskrim? Bila aku cuba, teksturnya memang aiskrim cuma korang akan rasa sedikit pedas dengan rasa ayam pada hujung tekak nanti. Sedap! Korang kena cuba juga nanti ye. Bukan setakat aiskrim Rendang Ayam sahaja, malah ada pelbagai lagi jenis aiskrim yang akan dihidangkan di buffet Ramadhan Cyberview Resort & Spa.


Salah satu signature menu yang menjadi kegilaan aku di sana iailah Crispy Durian Rolls. Luaran macam roti jala tapi rangup manakala inti dalamnya adalah durian Musang King. Perrggghh memang awesome. Aku tak pasti berapa banyak aku makan tapi apa boleh aku katakan Crispy Durian Rolls ni memang terbaik.


Selain daripada menu Melayu, Cina, India dan menu tempatan yang lain, promosi buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa ini juga ada menampilkan beberapa menu barat dan Asia yang lain antaranya Pizza, Sushi & Soba, Teppanyaki & Okonomiyaki, Marinated Minute Steak, Marinated Lamb Shoulder, Dim Sum dan banyak lagi. Di sini juga aku dapat lihat ada pelbagai jenis air disediakan seperti Soya Bean, Cincau, Fruit Juice, Iced Lemon Tea, Ice Barley, Chrysanthemum Tea, Iced Longan dan Iced Bandung. Banyak kan? Bukan setakat air sejuk malah kaunter air panas juga disediakan bagi pengunjung yang hadir.


Jadi harga yang ditawarkan untuk dewasa adalah RM149 bersih dan RM75 bersih untuk kanak-kanak. Harga untuk tempahan early bird plak RM120 nett bagi dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak. Tapi sekiranya korang membuat tempahan melalui kad kredit pelbagai bank, korang akan mendapat potongan harga lagi sebanyak 20%. Sebagai tanda penghargaan dengan tempahan berkumpulan melebihi 150 orang, korang berpeluang untuk menaiki belon panas untuk 2 orang.

Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms


Jadi kalau korang berminat untuk mencuba sendiri pelbagai jenis juadah yang hebat dan sedap-sedap di buffet Ramadhan Cyberview Resort & Spa ini, korang boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah.



Cyberview Resort & Spa

The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7
63000 Cyberjaya
Selangor, Malaysia

Koordinat GPS
Latitude: N 2 55.440
Longitude: E 101 40.020

Hubungi
03-8312 7041 / 7042

**********

2 Comments

  1. best giler!!!
    jemput ke Blog saya, ada GIVEAWAY sedang berlangsung...TQ

    ReplyDelete
  2. I got too much interesting stuff on your blog. I guess I am not the only one having all the enjoyment here! Keep up the good work. If you're looking for the best Things to do in the world, this list has something for everybody! From adventure to culture, food to history .

    ReplyDelete