RizQ Islamic School (RIS) Miliki Studio Rakaman & Watak Animasi Tatan


Bismillah,

Aku pernah sampai ke RizQ Islamic School (RIS) dulu, dalam dua tahun lepas. Masa tu aku datang tengok-tengok keadaan je. Prasarana yang ada time tu seperti kelas-kelas, dewan kuliah, gym, ruang main, kawasan rehat, bilik guru, locker pelajar dan dewan makan. Walaupun baru tahun pertama, tapi aku nampak la kelengkapan untuk pelajar tu ada dari segi pembelajaran dan slot-slot yang akan diisi sepanjang hari untuk para pelajarnya.


Second year aku datang lagi ke RizQ Islamic School (RIS) tapi kali ni aku terserempak dengan YB Datuk Haji Ahmad Maslan tengah daftar anak dia. Wah tak sangka plak RizQ Islamic School (RIS) ni dapat liputan sehingga ke peringkat atasan. Mana taknya liputan meluas tentang RizQ Islamic School (RIS) merupakan sekolah tahfiz bertaraf antarabangsa lah katakan. Siapa yang tak teruja lebih-lebih lagi time tu aku dapat tahu yang RizQ Islamic School (RIS) mula merencana untuk berkolaborasi dengan syarikat gergasi dunia iaitu Apple Inc untuk menggunakan aplikasi dan perkakasan syarikat tersebut dalam pembelajaran pelajar-pelajar. Perghh tabik spring!


Dan baru-baru ni aku datang lagi buat kali ketiga dan aku diberitahu sekali lagi yang RizQ Islamic School (RIS) telah mempunyai studio sendiri dengan memperkenalkan RizQ TV. Serius aku terkejut. Dalam tempoh 3 tahun sahaja aku lihat RizQ Islamic School (RIS) sangat pesat membangun, bukan sahaja dari segi prasarana malahan kemampuan mereka untuk membuktikan yang RizQ Islamic School (RIS) sememangnya sekolah tahfiz bertaraf antarabangsa.


Studio yang dibina di RizQ Islamic School (RIS) memudahkan mereka membina jenama dan content untuk rancangan TV mereka di RizQ TV. Content-content rancangan tersebut akan di paparkan di setiap televisyen di sekitar bangunan RizQ Islamic School (RIS) dan korang juga boleh tonton di channel Youtube mereka nanti insyaAllah dalam tahun ini di RizQ TV. Pelajar-pelajar dan tenaga pelajar di situ juga lah yang akan terlibat secara langsung dalam menjayakan setiap program dan rancangan yang akan disajikan dalam RizQ TV itu nanti.


Aku pun sendiri dah merasai pengalaman ditemubual dalam rancangan Bersama Kak Sha. Memang gugup pada awalnya tetapi personally aku kagum kerana krew-krew rancangan tersebut sangat professional dan mahir dalam mengendalikan tugas masing-masing. Apa yang aku lihat haritu sama seperti mana yang biasa dilihat sewaktu rakaman stesen tv tempatan malah aku sendiri diberitahu yang mana produksi KRU sendiri terkejut dengan kemampuan dalam mengendalikan studio yang ditonjolkan oleh RizQ Islamic School (RIS) walaupun masih baru.


Selain daripada itu bagi mempromosikan RizQ Islamic School (RIS) di mata masyarakat tempatan, beberapa watak animasi turut diperkenalkan. Sebagaimana watak Upin & Ipin, Boboiboy dan Ejen Ali, watak Tatan yang diperkenalkan oleh RizQ Islamic School (RIS) ini juga mampu memberikan impak dalam pembelajaran pelajar-pelajar selain mempromosikan RizQ Islamic School (RIS) itu sendiri. Tatan merupakan watak budak lelaki bersama-sama rakannya yang lain seperti Melli, Jabot, Bella dan Yiyi. Watak-watak ini akan dikembangkan supaya menjadi sesuatu yang boleh diingat dan dikenali oleh pelajar-pelajar mahupun masyarakat setempat tentang RizQ Islamic School (RIS).


Oh ye sebelum terlupa korang boleh datang dan melihat sendiri watak animasi Tatan dan rakan-rakannya ini di event Anifest 2018 yang bakal berlangsung di Summit USJ pada 11-13 Mei 2018 nanti. Ada banyak lagi watak-watak animasi yang akan dipamerkan di sana nanti. Jangan lupa save the date, bawa keluarga dan anak-anak ye.


So korang boleh rujuk maklumat di bawah ataupun hubungi talian yang tertera sekiranya korang berminat untuk mendapatkan maklumat tentang RizQ Islamic School (RIS) ye.



0 Comments