[3] Tempat Yang Mesti Anda Kunjungi Sekiranya Bercuti Ke Vietnam


Bismillah,

Lupakan sementara kerja di pejabat, kesesakan atas jalan atau pengangkutan awam. Semak kalendar sekarang sebab korang perlukan waktu untuk untuk diri sendiri. Backpacker? Tak juga sebab kali ini adalah masa untuk dihabiskan bersama keluarga. So kemana kita kali ni? Apa kata aku cadangkan korang ke Vietnam.


Kepada mereka yang punya keluarga dan anak-anak, aku cadangkan korang ke Vietnam kerana di Vietnam ada beberapa lokasi yang boleh korang kunjungi bersama keluarga. Untuk percutian kali ni, aku sangat syorkan agar korang ambil cuti dalam 3 hingga ke 5 hari. Ada beberapa lokasi dan tempat tumpuan pelancong yang boleh korang kunjungi di Vietnam lebih-lebih lagi bagi mereka yang punya keluarga yang besar.

#1 | Resort Pantai Hoi An @ Danang
Hai An atau Danang merupakan sebuah resort pantai yang sering menjadi tumpuan pengunjung di dalam dan luar negara. Hoi An @ Danang ini menjanjikan pemandangan pantai yang cantik dan bersih, restoran-restoran makanan tempatan dan juga beberapa aktiviti yang mampu menarik minat anak-anak kita. Dikatakan ada beberapa lagi pantai yang awesome terdapat di Hoi An @ Danang ni seperti pantai Cua Dai kerana pantai ini sering dijadikan hotspot tumpuan pelancong. Memang sangat sesuai jika korang nak buat sebarang aktiviti bersama keluarga.


Selain daripada pantai yang cantik, Hoi An juga ada beberapa destinasi yang boleh korang kunjungi antaranya pagoda Buddha yang berusia ratusan tahun, kuil-kuil, museum aneh dan deretan rumah kedai zaman kolonial yang ada menjual pelbagai jenis barangan dan cenderahati. Instead of terus berjalan bersama anak-anak kecil, why not korang sewa basikal kerana korang boleh pusing-pusing untuk melihat Hoi An dengan lebih dekat.



#2 | Kawasan Desa Di Pergunungan Sa Pa
Kalau korang minat aktiviti yang sedikit lasak tapi boleh dilakukan bersama keluarga dan anak-anak, korang boleh lah join jungle trekking di Pergunungan Sa Pa. Actually Sa Pa ni merupakan pergunungan yang terletak di garisan pembahagi antara negara Vietnam dan China iaitu berhampiran daerah Yunan. Korang boleh mula dari stesen Dalat yang terletak di bahagian selatan menuju ke dataran tinggi Sa Pa yang terletak di utara.


Di sepanjang laluan jungle trekking tu korang boleh lihat pemandangan yang indah pergunungan, beberapa lokasi air terjun yang mendamaikan dan juga penempatan-penempatan kaum etnik tempatan. So amacam? Best kan?

#3 | Bandar Ho Chi Minh
Haaa kalau korang dah sampai ke Vietnam ni la kan, tak sah la kalau korang tak pergi ke beberapa destinasi menarik yang ada di ibu negara Vietnam ni iaitu Ho Chi Minh. Ada beberapa hotspot yang nak aku cadangkan di sini. Antaranya adalah Suoi Tien Cultural Amusement Park yang terletak di District 1. Bertemakan ukiran Buddha, taman tema ini dihiasi dengan ukiran dan patung-patung makhluk mitos, serta bangunan dan kuil Buddha yang terletak di tengah-tengah taman tema air tersebut. Selain itu juga ada permainan rollercoaster, pawagam 4D dan juga akuarium.


Kalau dah sampai ke tempat orang ni, jangan lupa makan dan bergambar dengan menu-menu tempatan di Vietnam ni ye. Instead of makanan non-halal, korang juga boleh mendapatkan makanan halal di sini. Korang boleh tanyakan pada pemandu pelancong atau penduduk setempat. Korang boleh ke Nguyen Anh Nihn Street kerana di sana ada beberapa restoran makanan halal antaranya Amin Halal, Musa Kariem, Hajah Basiroh, Pho Muslim, The Daun Restaurant, Haji Man Sour dan banyak lagi. Kiranya tak de masalah lah kalau korang nak cari makan di bandar Ho Chi Minh ni. Semuanya restoran ni ada menyediakan menu makanan tempatan Vietnam tapu dimasak dengan bahan-bahan dan cara yang halal. Makanlah tanpa rasa was-was ye huhu.


So amacam? Aku rasa beberapa lokasi yang aku cadangkan ni cukup la 3 ke 5 hari. Tu pun korang boleh jalan-jalan lagi ke tempat-tempat lain. Ada banyak lagi tempat yang boleh korang kunjungi di Vietnam ni. Sedang elok cuti sekolah dari Jun hingga Ogos tahun ni boleh lah korang bawa keluarga bercuti di Vietnam. Instead of penerbangan tempatan, korang juga boleh tempah penerbangan Vietjet sebab dorang tengah buat promotion sekarang ni.

Dari 9 hingga 11 Mei tahun ni, sebanyak 2 juta tiket promosi akan dijual pada harga serendah USD0 dari pukul 1pm hingga 3pm setiap hari. Promosi ini termasuk penerbangan Vietjet tempatan dan laluan antarabangsa ke Selatan Korea, Hongkong, Taiwan, Singapore, Thailand, Malaysia, Myanmar dan Cambodia. Tempahan perjalanan adalah dari tarikh 20 Ogos hingga 31 Disember 2018 tak termasuk cuti umum.


So untuk tempahan tiket promosi ni korang boleh log in di laman web www.vietjetair.com atau melalui laman sesawang www.facebook.com/vietjetvietnam (dengan menekan butang BOOKING) 24 jam setiap hari sepanjanh tempoh promosi ni. Korang juga boleh call center +60327309887 untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan promosi atau tempahan tiket ye.


1 Comments