BioXcellent GuotXcid

Sakit Sendi, Sakit Kepala, Bengkak Dan Masalah Gout? Amalkan 7 Tips Kesihatan Di Bawah

4:44 PM


Bismillah,

Aku nak berkongsi beberapa tips yang biasanya berlaku pada aku sendiri. Aku merupakan pekerja pejabat yang bekerja di bawah penghawa dingin sepanjang hari, tak banyak membuat aktiviti riadah, makan pun tak menentu, ulang alik dari rumah ke pejabat yang jaraknya 80 kilometer sehari dan punya ibu bapa yang mengidap penyakit berkaitan darah dan gout. Siapa yang sama kes ngan aku? Okey kita geng haha.



It's take time untuk aku explore apa yang perlu dan apa yang jangan untuk kes aku ni. Ia memerlukan komitmen, matlamat yang jelas dan semangat sayangkan diri sendiri. Jangan 'bunuh' diri sendiri kerana kita tak tau apa yang akan berlaku sekiranya kita tiada nanti.

Dalam kes ni kita ada dua (2) situasi. Situasi pertama (1) ada orang tak nak sakit, tapi dia tak boleh tinggalkan perkara-perkara yang boleh membuatkan dia sakit dan situasi kedua (2) ada orang tak mampu untuk mengelakkannya, jadi nak tak nak dia kena cari jalan bagaimana dia mengatasi masalah tersebut. Jadi kat sini aku nak kongsi 7 tips jika korang mengalami sakit-sakit sendi dan badan, sakit kepala, bengkak pada anggota badan dan juga masalah gout. 


**********

PERTAMA | Pastikan Tidur Yang Cukup 



Aku pasti rata-rata antara kita tak punya masa untuk mendapatkan tidur yang cukup. Mungkin disebabkan kerja, online atau online game. Ini realiti keadaan semasa. Aku pernah tidur pukul 3 pagi dan bangun pukul 6 pagi. Kepala aku mula sakit berdenyut-denyut. Rasa mual dan nak muntah. Ada orang tidur lama tapi masih rasa yang sama. Ini disebabkan tidur dorang terganggu atau tak tidur nyenyak. Sekiranya seseorang tidur dengan nyenyak, 6 jam tidur sudah memadai. Aku pernah amalkan masa belajar dulu, aku akan tidur setengah jam sebelum bangun untuk study pada awal pagi. Aku rasa kepala aku betul-betul fresh tapi makesure korang tidur nyenyak tanpa diganggu.

KEDUA | Naikkan Suhu & Tutup Aircond Seketika 


Badan aku sendiri rasa lemau dan sakit-sakit sekiranya seharian menghadap suhu aircond yang rendah. Urat-urat badan jadi sejuk menyebabkan rasa sakit-sakit badan. Jika keadaan ini berterusan akan menyebabkan angin dalam badan. Kita plak tak mampu untuk suruh management tukar aircond kepada kipas atau minta tukar ke compartment yang lain. Apa yang boleh kita lakukan adalah naikkan suhu aircond atau perlahankan kekuatan kipas aircond. Waktu rehat boleh lah tutup aircond seketika dan jangan lupa pakai baju sejuk sentiasa.

KETIGA | Pakai Baju Tebal & Penutup Hidung 


Kaedah ni khas untuk mereka yang menunggang jauh ke tempat kerja. Dengan menghidu asap kenderaan dan habuk di jalan setiap hari boleh menyebabkan kepala kita sakit dan sesak nafas. Lagi-lagi bila ada construction di jalan yang biasa kita lalu, waktu tengahari dan panas terik. Nak tak nak kita kena biasakan diri kita untuk pakai penutup hidung atau mask.

Lagi satu pakai baju tebal sekiranya korang pergi kerja pada awal pagi. Embun dan cuaca awal pagi sangat bisa pada badan jadi pastikan pakaian korang cukup tebal untuk elakkan badan korang kesejukan.

KEEMPAT | Jangan Ambil Sarapan Macam 10 Orang Makan 


Ye sarapan memang penting tapi janganlah ambil sarapan macam kita akan mati esok. Semuanya nak dimakan. Ambil pula yang berat-berat. Tahu tak kita perut mengambil masa selama 6 jam untuk memproses makanan yang dihadam? Kalau kita makan banyak time sarapan pukul 8 pagi, belum sempat makanan dicerna kita dah melantak lagi pukul 1 untuk lunch.

Usus yang penuh dan penat membuatkan kita rasa letih dan mengantuk. Sebab itu ambil sarapan sebolehnya awal dalam pukul 7 pagi. Ambil portion untuk bekalan tenaga pagi tersebut sahaja. Kalau lapar, ambil portion sedikit demi sedikit secara berterusan sebab aku tau ada antara korang yang kejenya nak mengunyah.

KELIMA | Faktor Pemakanan 


Kurangkan lah makanan fast food sebab ia banyak mengandungi MSG, garam dan berminyak. Bukan dalam fast food je malah kalau makanan yang kita pesan kat luar pun banyak letak perasa tambahan. Ditambah plak bila malam-malam lapar plak dibantai makan mee segera. Lagi bertambah sakit kepala korang nanti. Nanti kalau dah tersumbat arteri korang boleh jadi strok tau! Tu baru sakit kepala, belum masuk penyakit gout lagi.

Antara makanan yang menjadi punca penyebab penyakit gout adalah seperti ikan sardin, ikan bilis, makanan laut seperti ketam, kerang dan udang dan juga makanan organ dalaman seperti hati, paru dan limpa. Malah pengambilan minuman berkarbonat juga mampu menggalakkan pengembangan hablur kristal pada sendi-sendi yang akan menyebabkan gout.


Lebihkan ambil ulam-ulaman dan sayuran hijau. Banyakkan makan buah buahan berserat. Sekurang-kurangnya dapat meneutralkan makanan 'sampah' yang korang ambil sepanjang hari. Banyakkan minum air kosong/mineral kerana air kosong/mineral dapat diserap terus ke dalam salur darah dan dengan mudah melarutkan bahan-bahan yang tidak tercerna dengan lengkap di dalam darah.

Tambahkan juga dengan pengambilan supplement sebagai makanan tambahan untuk tubuh badan korang. Yang penting supplement itu mendapat sijil Halal JAKIM dan ada sijil kelulusan KKM. Penting untuk dapatkan kelulusan dari badan-badan tersebut supaya kita tak makan supplement yang beracun dan merbahaya.


Elakkan makan makanan yang sejuk. Sejuk yang aku maksudkan bukan berais tapi makanan yang boleh menyebabkan korang angin dan sakit urat. Antaranya adalah seperti kekacang, jenis-jenis ubi, tumbuhan menjalar seperti tembikai dan labu, pucuk ubi, pucuk manis, nangka, cempedak, sukun dan banyak lagi.

Untuk itu korang kena lah makan makanan yang mampu melancarkan peredaran darah, membantu penghadaman dan yang mampu menurunkan kandungan asid urik tinggi, tekanan darah tinggi dan juga kolesterol seperti Nenas, Buah Delima, Epal Hijau, Anggur Merah, Lemon, Oren dan banyak lagi.


Susah nak cari bahan-bahan makanan ni sekaligus? Kalau nak dapatkan satu persatu memang susah la kan tapi kalau aku, aku minum BioXcellent GuotXcid je. Senang sebab semua tu ada dalam satu bekas. Dia dalam bentuk serbuk tapi ia lebih rasa manis-manis buah. Bancuh satu scoop untuk 200 ke 250 ml air kosong. Goncangkan dan minum segera. Badan dan sendi-sendi aku selalu letih akibat naik motor ulang alik ke tempat kerja. Family aku plak ada sejarah darah tinggi dan gout. Jadi nak tak nak aku cuba amalkan BioXcellent GuotXcid ni la.


Mungkin sebab badan aku banyak angin kot. Lepas tu aku mudah nak membuang air. Lawas rasanya. Sekarang ni aku amalkan minum BioXcellent GuotXcid ni je setiap pagi dan malam sebelum tidur. Korang cuba la mana tau boleh kurangkan rasa sakit-sakit badan, rasa lenguh dan sakit kepala korang tu. BioXcellent GuotXcid boleh didapati di Watson, LAZADA dan korang juga boleh membuat pesanan secara online di laman web BioXcellent HQ! Maklumat lanjut boleh didapati DI SINI.

BioXcellent - 100% Botanical Safe
Website: www.bioxcellent.com
Facebook: bioxcellent
Instagram: @bioxcellent

KEENAM | Berurut Badan 


Dulu aku tak pernah tau pasal berurut badan dan aku tak rasa pun keperluan urut badan. Aku ingat berurut badan tu untuk orang tua dan orang mengandung je. Tapi lepas aku kemalangan, badan aku jadi sakit-sakit. Semenjak itu aku berurut badan. Fungsi berurut badan adalah membetulkan urat-urat yang salah atau urat-urat yang masuk angin. So kalau korang biasa naik motor untuk perjalanan jauh tu, selalu berada dalam suhu yang sejuk better korang berurut badan. Berurut la dalam sebulan sekali. Korang akan rasa ringan badan nanti.

KETUJUH | Berbekam 


Berbekam adalah sunnah dan fungsi berbekam adalah untuk membuang darah kotor dan toksin di bawah lapisan epidermis kulit. Aku pernah berbekam sebelum ni. Cari lah pakar bekam yang bertauliah. Setiap kali berbekam, korang akan disediakan dengan jarum yang baru. Tidak ada istilah jarum pakai guna! Hari tu time aku berbekam, aku dapat tengok banyak darah kotor dan hitam dikeluarkan. Ada darah yang berbuih, ada cecair jernih dan darah yang berwarna gelap. Semua tu membawa maksud tersendiri.

Contohnya darah yang mempunyai lapisan jernih adalah kolesterol yang terkumpul di bawah kulit manakala darah yang cerah dan berbuih disebabkan darah kita banyak angin. Masa aku buat hari tu, aku buat sekali kat kepala. Perghh memang ringan kepala aku. Hilang rasa sakit. Banyak buih kat darah dalam kepala aku. Aku buat 13 cup satu badan baru RM50 je termasuk bekam angin.

**********

So macamana tips yang aku kongsikan ni? Ni antara kaedah-kaedah yang telah aku lakukan sepanjang masa ni. Tapi bab makanan tu memang memerlukan kekuatan mental. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Kalau korang rajin aku nak tambah satu lagi tips yang boleh korang amalkan. Cubalah berpuasa kerana puasa mampu mengelakkan korang daripada mengidap penyakit merbahaya.

Semoga sedikit sebanyak aku dapat berkongsi sesuatu dalam artikel kali ini. Selamat beramal.


contest piala dunia

MENANGI JERSI AUTOGRAF BINTANG PIALA DUNIA 2018 DARIPADA YOODO

8:50 PM


Bismillah,

Sekarang ni kita tengah demam Piala Dunia kan. Semua ada pasukan pilihan, ada pemain yang korang suka sehingga jersey negara yang bertanding pun laku sepanjang bulan ni. Sekiranya impian korang adalah untuk memiliki jersi yang ditandatangani oleh bintang bola sepak dunia, inilah tahun yang bertuah untuk korang!



Sempena meraikan kemeriahan pertandingan bola sepak terulung di dunia, Yoodo, syarikat telekomunikasi mudah alih digital yang terbaru di Malaysia, menyediakan enam helai jersi bola sepak yang siap ditandatangani khas oleh Messi, Neymar dan Hazard.

“Sebagai sebuah jenama tempatan, kami turut berkongsi semangat bola sepak dengan seluruh rakyat Malaysia dan merasakan bahawa hadiah ini adalah paling sesuai untuk pelanggan Yoodo. Para pelanggan Yoodo juga akan terus menikmati pelbagai kempen menarik dalam masa terdekat,” jelas Farid Yunus daripada Yoodo.

Perkhidmatan mudah alih digital khusus yang pertama di Malaysia ini telah dilancarkan pada awal tahun yang memberikan para pelanggan pilihan dan kawalan terhadap pelan mudah alih mereka. Ini juga bermakna dengan hanya menggunakan aplikasi mudah alih Yoodo, mereka dapat mengubah pelan pada bila-bila masa dan mengawal apa yang mereka mahukan sepenuhnya.


Sebagai sebahagian daripada kempen ‘Yoodo Bola’, jersi-jersi dengan tandatangan eksklusif tersebut boleh dimenangi menerusi peraduan yang berlangsung sekarang sehingga 29 Jun 2018. Para peminat tidak perlu melakukan sepakan melengkung ke arah gol untuk menang tetapi mereka hanya perlu log masuk ke laman sesawang Yoodo di www.yoodo.com.my dan berkongsi ramalan juara kejohanan mereka di laman sosial media yang tersedia.


Peraduan ini eksklusif untuk pelanggan Yoodo, jadi warga Malaysia disaran untuk menyertai Yoodo secepat mungkin untuk berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan. Selain daripada itu, jika warga Malaysia mengaktifkan pelan Yoodo pertama mereka sekarang, mereka turut boleh menikmati kredit PERCUMA bernilai RM20 yang membolehkan mereka membeli 20GB secara PERCUMA! Dengan data sebanyak ini, para peminat bola sepak pasti tidak akan terlepas  aksi-aksi hebat pasukan kegemaran mereka dengan menonton dari mana-mana sahaja mereka berada.


Untuk maklumat lanjut tentang kempen, sila layari pautan berikut:




house renovation

7 Tips How To Save On Renovation Cost

12:21 PM


Hi guys,

There are many properties available for sale and rent in Singapore, such as 3 room flat for sale. Have you recently just moved into a new place? Whether it is for own stay or for investment purpose, you will still need to renovate the house. If it is for own stay purpose, it is a good opportunity for you build a dream home of yours. If it is for investment purpose, you will need to have your place renovated to fetch a better rental yield. This article will guide you through some tips to save on renovation cost.


1 | Find Out Average Cost Of Home Renovations
The cost of home renovations varies depending on factors such as the age of property, type of property, type of materials used and the scale of project. For built-to-order (BTO) HDB, the average cost of home renovation would range between RM30,000 to RM50,000. As for a resale flat, it will then be 50% more than the cost of renovation for built-to-order HDB. On top of the amount that you spent for your new home, you will need additional money for home renovation. Hence, the importance of setting a realistic budget for home renovation.

2 | Set A Budget
It is essential to have a budget for your home renovation to prevent yourself from overspending on unnecessary things. You can always choose to use a budget planner to help you keep track of your available budget for your home renovation. Look at your current finances and set a budget accordingly.

Do bear in mind that renovation can cost beyond RM30,000. You can consider getting a personal loan instead. However, personal loan comes with higher interest rate as compared to a renovation loan. A personal loan comes with a 12% to 15% interest rate as compared to renovation loan that comes with a 6% to 7% interest rate. However, it is not advised to spend too much on renovating a house that does not belong to you. Be realistic with what you can afford and what you cannot.

3 | Do Your Research In Advance
There are many options available in the market. Do your research on the items that you plan to buy and compare prices before you make any purchases. You will be surprised to be able to find the exact same lamp you saw at a high end store from a local supermarket at half the price. You can also go for online shopping as well.

4 | Compare Quotations
With so many websites in the Internet such as Pinterest where you can look for ideas, it has definitely make life easier by helping you to narrow down on the theme that you would like for your house.

If you are engaging with an interior designer, make sure you shortlist the interior designer before you decide on which design firm to engage with. Make sure that you reach an agreeable price and design with your interior designer. Inform the designer on what you are looking for in your house and your expectations to prevent disappointment in the future.

5 | Consider DIY


While we understand that we are not expert when it comes renovations, there are certain things that we could still do it ourselves. Consider doing it yourself to prevent exceeding your budget. Go to the nearest IKEA store and look for cabinets that you can assemble yourself. Furthermore, most IKEA furniture comes with clear and easy instruction as well. You could also choose to paint your house yourself instead of hiring workers to paint it for you.

6 | Minimal Hacking
Wall hacking involves demolishment of walls or other structures in your house. It could be hacking a wall to combine two rooms into one or it could be because you want to build a partition. Do think carefully before you decide whether to go through hacking in your house. In addition, do try to minimize the rerouting of plumbing, rewiring, and addition of windows.

7 | Paint Over Wallpaper


Wallpaper can be quite costly especially when you need it for the whole house. In order to save on renovation costs, do consider paint instead. Choose a washable paint that can be easily maintained or clean so that it will last longer. It might be slight more expensive than normal paints, but it is definitely cheaper than buying wallpaper.

In addition, wallpaper comes with a hefty costs of approximately RM60 to RM200, not inclusive of installation and adhesive costs.  Moreover, they are difficult to maintain as it is easily stained, scratched and torn.

**********

In conclusion, always plan your budget ahead and try sticking to your budget to prevent yourself from overspending on your renovation limit. Besides, there are also many articles on the Internet on how you can renovate your house without breaking your bank account.


buffet ramadhan bangi

Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Hotel Tenera, Bangi [Recommended]

10:47 AM


Bismillah,

Kalau korang suruh aku cadangkan lokasi Buffet Ramadhan Murah Dan Sedap Di Bangi ni, tanpa fikir panjang aku akan suggest Buffet Ramadhan Hotel Tenera, Bangi. Sebab apa? Haa jap aku ceritakan kenapa aku pilih Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Hotel Tenera, Bangi.



Bangi mereka yang belum familiar ngan Hotel Tenera ni, lokasi dia kat sebelah Kipmall Bangi (dulu Warta Bangi). Dia hotel baru dan ni tahun pertama dorang buat buffet Ramadhan ni. Actually ni pun 1st time aku datang ke sana. Hotel dia cantik, almaklumlah hotel baru kan. Hotel Tenera ni dimiliki oleh syarikat FELDA dan menariknya hotel Tenera ni mengamalkan 100% syariah compliance. Di hotel ni tak ada disediakan bar minuman keras dan dorang tengah renovate kolam asing untu pengunjung lelaki dan perempuan. Nice kan?


Ok berbalik pada Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Hotel Tenera, Bangi ni actually aku tak letak harapan yang tinggi sangat. Yela pada aku serupa macam hotel-hotel lain je lebih-lebih lagi Hotel Tenera ni hotel baru. Bila aku tanya, main course dia dalam 70 ke 80 jenis je. Tak banyak mana pun. Tapi..


Bila aku sendiri turun dan tengok menu-menu yang ada disediakan di Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Hotel Tenera, Bangi tu.. aku tetiba impressed. Walaupun tak banyak tapi menu-menu dia unik dan pelbagai. Ada menu yang susah nak jumpa,  tak pernah jumpa dan ada juga yang aku tak pernah tau pun kewujudannya haha. Menu yang 1st time aku cuba pun ada. Menu-menunya kebanyakan menu tempatan rakyat Malaysia daripada berbilang kaum. Malah ada juga menu sushi, bagi mereka yang meminati menu dari negara Jepun.


Konsep yang diketengahkan pada Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Hotel Tenera, Bangi kali ini adalah Nostagia. Kat sini korang boleh tengok gerai-gerai makanan di setup macam warung-warung lama malah korang boleh lepak kat kedai kopi. Ada gantung-gantung keropok, kopi instant dan ada disediakan rokok daun haha. Ada satu ruang tu dia set up pelbagai jenis biskut-biskut tin (biskut timbang) macam kat kampung-kampung tu. Malah korang dapat melihat nanti ada lelaki berbasikal sambil 'menjual' kacang putih. Haha memang pengalaman yang rare bagi aku.


Ok beralih plak pada menu-menu yang ada disediakan di Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Hotel Tenera, Bangi bagi aku kesemuanya sedap dan ada rasa waima Mee Gorengnya sekalipun haha. Antara menu-menu yang mampu menarik minat korang untuk mencubanya nanti antaranya Som Tam, Nasi Ayam Melaka, Tenera Kari Kepala Ikan, Nasi Buluh Kukus, Lidah Bakar, Kambing Golek, Ikan Pari Bakar, Ayam Golek Pasu, Dim Sum, Lok Lok, Sushi, Roti John Kambing, Kek Lobak Goreng, Mee Rebus Gear Box, Bakso dan banyak lagi.


Selain daripada menu-menu tersebut, korang juga boleh cuba beberapa jenis menu masakan kampung yang sangat sinonim dengan menu-menu nostalgia masa kita kecik-kecik dulu di Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Hotel Tenera, Bangi antaranya Asam Rebus Batang Keladi, Sambal Ikan Keli, Pucuk Paku Goreng Belacan, Asam Pedas Daging Tetel, Siput Sedut Masak Lemak, Gulai Tunjang, Rendang Paru, Rebung Masak Lemak, Ayam Cabai Hijau dan aneka sayur goreng kampung yang hanya akan disediakan base dengan permintaan. Rare kan lauk-lauk dia?


Harga dia plak pada asalnya RM118, tapi memandangkan ini kali pertama mereka mengadakan promosi buffet Ramadhan jadi mereka berikan lagi diskaun sebanyak 40%. Jadi harga untuk dewasa adalah RM70.80 nett dan kanak-kanak RM59 nett. Serius aku sangat recommend korang untuk berbuka puasa di Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Hotel Tenera, Bangi. Makanan dia sedap-sedap, ada kemudahan surau, parkir banyak dan percuma dan juga ada persembahan live band.

Kalau korang nak buat tempahan boleh hubungi nombor yang tertera di bawah ni ye. Promosi ni berlangsung dari 18 Mei - 11 Jun 2018, dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam.


Hotel Tenera 
Persiaran Kemajuan 
43650 Bandar Baru Bangi 
Selangor 

Telefon
03-89299600