Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Hotel Tenera, Bangi [Recommended]


Bismillah,

Kalau korang suruh aku cadangkan lokasi Buffet Ramadhan Murah Dan Sedap Di Bangi ni, tanpa fikir panjang aku akan suggest Buffet Ramadhan Hotel Tenera, Bangi. Sebab apa? Haa jap aku ceritakan kenapa aku pilih Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Hotel Tenera, Bangi.


Bangi mereka yang belum familiar ngan Hotel Tenera ni, lokasi dia kat sebelah Kipmall Bangi (dulu Warta Bangi). Dia hotel baru dan ni tahun pertama dorang buat buffet Ramadhan ni. Actually ni pun 1st time aku datang ke sana. Hotel dia cantik, almaklumlah hotel baru kan. Hotel Tenera ni dimiliki oleh syarikat FELDA dan menariknya hotel Tenera ni mengamalkan 100% syariah compliance. Di hotel ni tak ada disediakan bar minuman keras dan dorang tengah renovate kolam asing untu pengunjung lelaki dan perempuan. Nice kan?


Ok berbalik pada Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Hotel Tenera, Bangi ni actually aku tak letak harapan yang tinggi sangat. Yela pada aku serupa macam hotel-hotel lain je lebih-lebih lagi Hotel Tenera ni hotel baru. Bila aku tanya, main course dia dalam 70 ke 80 jenis je. Tak banyak mana pun. Tapi..


Bila aku sendiri turun dan tengok menu-menu yang ada disediakan di Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Hotel Tenera, Bangi tu.. aku tetiba impressed. Walaupun tak banyak tapi menu-menu dia unik dan pelbagai. Ada menu yang susah nak jumpa,  tak pernah jumpa dan ada juga yang aku tak pernah tau pun kewujudannya haha. Menu yang 1st time aku cuba pun ada. Menu-menunya kebanyakan menu tempatan rakyat Malaysia daripada berbilang kaum. Malah ada juga menu sushi, bagi mereka yang meminati menu dari negara Jepun.


Konsep yang diketengahkan pada Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Hotel Tenera, Bangi kali ini adalah Nostagia. Kat sini korang boleh tengok gerai-gerai makanan di setup macam warung-warung lama malah korang boleh lepak kat kedai kopi. Ada gantung-gantung keropok, kopi instant dan ada disediakan rokok daun haha. Ada satu ruang tu dia set up pelbagai jenis biskut-biskut tin (biskut timbang) macam kat kampung-kampung tu. Malah korang dapat melihat nanti ada lelaki berbasikal sambil 'menjual' kacang putih. Haha memang pengalaman yang rare bagi aku.


Ok beralih plak pada menu-menu yang ada disediakan di Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Hotel Tenera, Bangi bagi aku kesemuanya sedap dan ada rasa waima Mee Gorengnya sekalipun haha. Antara menu-menu yang mampu menarik minat korang untuk mencubanya nanti antaranya Som Tam, Nasi Ayam Melaka, Tenera Kari Kepala Ikan, Nasi Buluh Kukus, Lidah Bakar, Kambing Golek, Ikan Pari Bakar, Ayam Golek Pasu, Dim Sum, Lok Lok, Sushi, Roti John Kambing, Kek Lobak Goreng, Mee Rebus Gear Box, Bakso dan banyak lagi.


Selain daripada menu-menu tersebut, korang juga boleh cuba beberapa jenis menu masakan kampung yang sangat sinonim dengan menu-menu nostalgia masa kita kecik-kecik dulu di Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Hotel Tenera, Bangi antaranya Asam Rebus Batang Keladi, Sambal Ikan Keli, Pucuk Paku Goreng Belacan, Asam Pedas Daging Tetel, Siput Sedut Masak Lemak, Gulai Tunjang, Rendang Paru, Rebung Masak Lemak, Ayam Cabai Hijau dan aneka sayur goreng kampung yang hanya akan disediakan base dengan permintaan. Rare kan lauk-lauk dia?


Harga dia plak pada asalnya RM118, tapi memandangkan ini kali pertama mereka mengadakan promosi buffet Ramadhan jadi mereka berikan lagi diskaun sebanyak 40%. Jadi harga untuk dewasa adalah RM70.80 nett dan kanak-kanak RM59 nett. Serius aku sangat recommend korang untuk berbuka puasa di Buffet Ramadhan Murah Bawah RM100 Di Hotel Tenera, Bangi. Makanan dia sedap-sedap, ada kemudahan surau, parkir banyak dan percuma dan juga ada persembahan live band.

Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms


Kalau korang nak buat tempahan boleh hubungi nombor yang tertera di bawah ni ye. Promosi ni berlangsung dari 18 Mei - 11 Jun 2018, dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam.


Hotel Tenera 
Persiaran Kemajuan 
43650 Bandar Baru Bangi 
Selangor 

Telefon
03-89299600 


1 Comments

  1. Wow! Berbuka puasa sini sedap sempat kami berbuka bersama dengan anak-anak tahfiz hari tu. Harus pergi semua yg kat Bangi!

    ReplyDelete