Homestay Murah Di Apartment Anthurium, Cameron Highland

9:49 AM


Bismillah,

Last week aku ada buat tempahan homestay kat www.booking.com. Mudah buat tempahan kat Booking.com ni sebab boleh bayar kemudian haha. Bayarnya seminggu sebelum bertolak ke penginapan. Kalau tempahan homestay, owner akan update kepada kita lokasi, alamat tempat penginapan dan cara pembayaran. Mudah la hai.



Oklah berbalik kepada homestay yang aku tempah ni, actually aku booking homestay kat Apartment Cameron Jaya, Tanah Rata. Tapi sehari sebelum aku bertolak, owner rumah call bagitau homestay tu ada masalah paip plak. Air tak naik. Dia mintak maaf, dia janji akan berikan aku apartment dengan spesifikasi yang sama tapi saiznya lebih luas. Hmm nak tak nak terima je la kan walaupun sedikit bimbang. Ye la ntah macamana la plak rupa apartment yang owner tu nak bagi tu.


Rupa-rupanya aku ditempatkan di Apartment Anthurium, tak jauh dari pekan Tanah Rata. Apartment Anthurium ni dikawal oleh pengawal keselamatan 24 jam. Cuma petak parkir dia je la yang agak terhad. Homestay aku tingkat 2. Apa yang buat aku kagum, homestay di Apartment Anthurium ni lebih baik daripada apa yang aku jangkakan dan lebih besar saiznya berbanding Apartment Cameron Jaya yang aku tempah tu iaitu 1000 sqft berbanding 750 sqft.


Ruang tamu besar, ada sofa dan tv LCD. Ada kipas siling di bahagian ruang tamu. Ada dapur dan perkakasan untuk memasak. Ada fridge, cerek elektrik dan dapur elektrik. Ada meja makan tapi kecik je la. Ada balkoni dan dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang dilengkapi dengan water-heater. Ada 4 katil bersaiz queen dan 2 katil single. So aku anggarkan kapasiti apartment tu mampu menempatkan sehingga 10 orang. Tapi kalau nak sumbat lebih pun boleh janji bawa toto sendiri la. Boleh tidur reramai kat ruang tamu.


Suasana dan kejiranan tenang, tiada bunyi bising dan tiada 'gangguan' haha. Habit rakyat Malaysia kan sebelum menempah mana-mana tempat penginapan, hotel atau homestay mesti nak tau tempat tu 'keras' atau tak haha. Oh lupa ada deposit RM100, dan akan dipulangkan kembali sewaktu check out. Korang boleh request tuala lebih kepada staf yang jaga homestay tu. Jangan parkir di ruang parkir khas kalau tak kereta korang akan di clamp. Rumah staf tu pun tak jauh dari Apartment Anthurium tu so kalau ada sebarang masalah just give him a call.


Harga aku dapat sama macam harga apartment Cameron Jaya iaitu RM240 sebab alasannya masalah timbul daripada pihak dia. Actually harga sebenar adalah RM280 hingga RM300. Still murah jika hendak dibandingkan dengan kediaman sekitar kerana ada kawan-kawan aku kata harga homestay di Apartment Anthurium tu mampu mencecah RM450 hingga RM600 semalam. Jauh beza sangat kalau nak dibandingkan ngan homestay Apartment Anthurium yang aku duduk ni. Apa-apa pun aku sangat berpuas hati dengan keadaan dan kebersihan homestay Apartment Anthurium ni. Very recommended!


So kalau korang berminat untuk mencari homestay murah dan luas sekiranya ke Cameron Highland, korang boleh lah roger Mr Kok sebab selain Apartment Anthurium ni, dia pun ada beberara homestay lain di Cameron Highland ni.

Contact
Mr Kok 0124499848

Emel

Facebook


You Might Also Like

2 comments

  1. Memang puas hati dapat appartment mcm ni dengan harga yg berbaloi..boleh msk list linda ni nanti..tq share

    ReplyDelete
  2. saling tukeran link yaaaa, kalau link web www.penerbitimtiyaz.com dicantumkan nanti q cantukan juga link ini, makasih banyak

    ReplyDelete