Pengalaman Menginap Di Suunah Kekabu Resort Hotel, Shah Alam


Bismillah,

Kali ni ku nak berkongsi pengalaman aku menginap d Suunah Kekabu Resort Hotel, Seksyen 20 Shah Alam. Sebenarnya setiap kali ke Shah Alam, aku mesti berniat nak ke sini. Ye la hotelnya pun kat tepi jalan je. Dengan warnanya yang terang dan berwarna-warni haruslah menarik perhatian pengguna jalanraya yang berada di sekitar. Bukan apa sebab terpengaruh dengan gambar-gambar yang dikongsi daripada kengkawan yang lain. Aku rasa interiornya cantik. Untuk pengetahuan korang, Suunah Kekabu Resort Hotel ni merupakan butik hotel. So last week aku membuat tempahan melalui aplikasi Booking.com.


Lokasi hotel ni di seksyen 20 Shah Alam. Kalau korang dari LDP (Lebuhraya Damansara Puchong), korang terus menuju ke arah HICOM, kemudian melalui kilang F&N dan kilang Maple'. Selepas tu korang ambil susur ke kiri (roundabout). Dalam  anggaran jarak 500 meter korang akan jumpa Suunah Kekabu Resort Hotel ni di sebelah kanan jalanraya.


Kebiasaannya aku menginap di hotel-hotel biasa, tetapi kini aku lebih tertarik dengan hotel-hotel butik dan hipster. Ini kerana dekorasi dan rekaan interiornya cantik dan boleh dijadikan bahan untuk fotografi. Suasananya juga tak kurang selesa berbanding hotel-hotel yang lain malah harganya juga jauh lebih murah. Suunah Kekabu Resort Hotel ini mempunyai 7 tingkat dan dimuatkan dengan 84 buah bilik dengan pelbagai gaya dan design. Korang pun boleh pilih bilik design bilik macamana yang korang mahukan bergantung kepada jumlah orang yang menginap.


Hari tu aku menginap di bilik 415, dilengkapi dengan katil double decker di mana bahagian bawahnya 1 katil queen dan 1 katil single di bahagian atas. Bantalnya diperbuat daripada kekabu. Dilengkapi dengan penghawa dingin, tv LCD, wifi, pemanas air dan tandas. Tandasnya juga ada kemudahan air panas dan shower. Tapi kalau korang nak menggunakan seterika, korang kena keluar bilik kerana seterika ada disediakan di setiap satu aras di bahagian luar bilik.


Pada aku walaupun saiz biliknya tak besar, tapi cukuplah untuk kami bertiga anak menginap di sana. Aku sukakan hiasan dalaman dan reka bentuk perabutnya yang kebanyakannya diperbuat daripada kayu. Nampak seolah seperti suasana kampung. Lagipun ada pelbagai jenis rekabentuk katil yang boleh korang temui di Suunah Kekabu Resort Hotel ni. Anak aku kemain naik turun katil, panjat sana sini dah serupa orang jakun dah hahaha.


Staf yang bertugas pun ramah. Bila aku diminta untuk memilih bilik yang aku mahukan, dia sanggup membawa aku pergi melihat sendiri bilik-bilik yang mereka tawarkan. Jadi tak ada masalah sekiranya korang perlukan apa-apa bantuan daripada mereka. Parkir kenderaan juga banyak di sekitar hotel berkenaan.


Harga yang ditawarkan juga murah berbanding hotel-hotel lain di sekitar Shah Alam. Bilik aku ditawarkan pada harga RM117++ sahaja semalam tanpa breakfast. Lagipun breakfastnya bukan makan di kafe tetapi breakfast korang akan dihantar dari bilik ke bilik oleh staf yang bertugas setiap pagi. Korang akan disajikan breakfast di dalam tiffin (mangkuk tingkat) yang mana di dalamnya diisi dengan Nasi Lemak, Mihun Goreng dan aneka kuih muih. Harga yang ditawarkan untuk set breakfast tu ialah RM20.


Jadi kalau korang nak mencuba sendiri pengalaman menginap di Suunah Kekabu Resort Hotel ni, korang boleh terus walk in atau buat tempahan melalui aplikasi Booking.com. Aku suka guna apps ni sebab aku boleh buat tempahan tanpa perlu mengeluarkan deposit dan boleh batalkan tempahan pada bila-bila masa sebelum tarikh akhir yang ditetapkan. Korang hanya perlu masukkan nombor kad bank sahaja untuk pendaftaran. Lagipun harga yang ditawarkan juga lebih murah berbanding aplikasi tempahan hotel yang lain. Korang boleh layari aplikasi Booking.com di bawah untuk membuat perbandingan sendiri dengan aplikasi yang lain.

Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms


Korang boleh lihat maklumat di bawah untuk sebarang pertanyaan berkenaan tempahan atau mendapatkan maklumat berkaitan Suunah Kekabu Resort Hotel.


Suunah Kekabu Resort Hotel
No 3A, Tingkat 2, Wisma KPAT,
Pusat Perdagangan Suri Puteri Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, Shah Alam

Tel : 018-2058060
Email : suunahkekabu@gmail.com


6 Comments

  1. menarik..terutama harga yang berbaloi dan mangkuk tingkat tu.. lepas makan kena pulang balik ke dapat free mangkuk tingkat sekali? hihi

    ReplyDelete
  2. nampak xbesar tapi ada 84 buah bilik semuanya, banyak tuuu

    ReplyDelete
  3. Oh my!! Cantiknyaaa hotel ni. Seriuss. Unik sangat susunan katilnya

    ReplyDelete
  4. cantiknya..masa rasa dok kat kampung.padahal tengah bandar tu

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Boleh tahan gak hipsternya hotel ni..deco menarik dan harga pun menarik ni...boleh consider kalau sesat ke Shah Alam

    ReplyDelete