Restoran Makanan Cina HALAL Di LeTen, Mitsui Outlet Park Sepang KLIA


Bismillah,

Weekend hari tu aku ada la singgah di Mitsui Outlet Park, Sepang sebab on the way nak hantar kawan aku ke KLIA kan. Actually Mitsui Outlet Park ni takde la jauh mana dari KLIA dan selalu jugak la aku ke sini untuk rehat atau makan. Ye la makanan yang ada di KLIA terhad dan a little bit pricy kot. So why not je sebelum flight sampai kita cuci mata dulu kat Mitsui Outlet Park ni sebab kat sini pon macam-macam jenis kedai ada.

Prawn & Chicken Dumpling with Hot Chilli Vinalgrette - RM21.90

Ok berbalik kepada cerita aku tadi, Sabtu hari tu kami singgah ke Mitsui Outlet Park untuk lunch. Plan asal nak makan kat food court je tapi perhatian aku tertumpu pada bunyi bising kat Level 1. Bunyi macam orang pukul gendang. Bila aku cari rupa-rupanya ada perasmian restoran baru kat situ. Restoran tu nama LeTen. Alaa baru ingat nak cuba tapi restoran makanan cina la plak. Tapi sebelum aku beredar sempat gak la aku berbual ngan pengunjung yang ada kat situ.


"Masakan cina halal?"

"Haah bang. Itu yang saya tau la. Tu yang wife saya ajak saya datang sini ni. Nak cuba katanya", balas lelaki tu sambil memimpin anak perempuannya.


"Oh nice!", aku pun rasa tertarik nak cuba.

Selama ni boleh ambil bau je bila jiran-jiran cina masak. Nak gak rasa sekali sekala kan. Ni dah ada restoran masakan cina halal kompom aku takkan lepaskan peluang. Aku bukan tak pernah cuba restoran-restoran cina muslim sebelum ni. Kat Bangi tu bersepah cuma fiil aku suka cuba sesuatu yang baru dan yang aku tak pernah makan lagi haha. Patutla aku tengok pelayan dan tukang masak restoran makanan cina HALAL LeTen tu kebanyakannya orang Melayu. Lagi satu aku kagum restoran makanan cina HALAL LeTen ni ada ramai chef dan tukang masak. Ada cooking chef dan dumpling chef kalau tak silap aku.


Bila aku ambil tempat duduk, aku mula melihat menu yang ada. Ada banyak variety menu makanan cina yang belum pernah aku cuba. Rasa macam nak order macam-macam tapi memikirkan kang siapa nak habiskan plak haha. Aku sempat la minta cadangan daripada pelayan yang datang ambil pesanan. Banyak juga la cadangan yang dia bagi dan semuanya signature dish dan favourite menu para pengunjung di situ.


Antara menu yang aku pesan adalah Baked Jade Perch With Nyonya Style, Crisp-fried Crystal Prawn With Salted Egg Yolk, Szechuan Crispy Chicken, Crisp-fried Fish Skin Tossed In Salt Egg Yolk, Deep Fried Prawn Wanton, Pan-fried Dumpling, Imperial Hot & Sour Seafood Soup, Lettuce Roll With Homemade Sesame Sauce, Stir-fried Hor Fun With Australian Beef, Steamed Chicken & Prawn Dumpling, Prawn & Chicken Dumpling With Hot Chilli Vinalgrette, Chinese Bun dan Xiao Long Bao. Banyak kan? Hahaha.

Original Xiao Long Bao (6pcs) - RM18.90
Cheese Chicken Xiao Long Bao (6pcs) - RM18.90
Sambal Chicken Xiao Long Bao (6pcs) - RM18.90
Black Truffle Chicken Xiao Long Bao (6pcs) - RM29.90

So first order sampai iaitu original Xiao Long Bao. Actually nak makan Xiao Long Bao ni pun ada caranya tau. Bukan main suka makan je haha. Aku pun baru je tau ni. Mula-mula gently korang ambil perlahan-lahan Xiao Long Bao ni ke dalam sudu. Koyakkan sedikit pada atas bunjutnya dan hirup broth yang ada di dalamnya. Kemudian baru makan. Serius sangat sedap. Sedap sangat-sangat hahaha nampak tak berapa banyak 'sangat' aku ulang mean memang recommended! Xiao Long Bao ni ada beberapa jenis iaitu Cheese Chicken, Original, Black Truffle Chicken dan Sambal Chicken. Please cuba kalau korang ke restoran makanan cina HALAL LeTen ni ye.


Then another menu wajib yang korang kena cuba adalah Crisp-fried Crystal Prawns With Salted Egg Yolk. Menu ni tak jauh beza dengan Crisp-fried Fish Skin Tossed In Salted Egg Yolk sebab kedua-duanya menggunakan kuning telur masin. Kalau untuk kudap-kudapan aku syorkan Crisp-fried Fish Skin Tossed With Salted Egg tu. Sedap, tak masin pun dan juga rangup. Kalau makan sambil tengok wayang atau bola tu kompom tak cukup sebalang hahaha. Tak hairanlah kebanyakan customer keliling aku order menu yang sama.

Crisp-fried Fish Skin Tossed In Salt Egg Yolk -RM19.90
Crisp-fried Crystal Prawns With Salted Egg Yolk - RM36.90
Imperial Hot & Sour Seafood Soup - RM18.90

Di restoran makanan cina HALAL LeTen ni tak banyak menu masakan yang berat-berat macam nasi dan mee. Kalau tengok dalam buku menu tu tak sampai pun 10 menu. restoran makanan cina HALAL LeTen lebih mengetengahkan lauk pauk dan hidangan masakan cina. Tapi korang still boleh pesan nasi putih kerana lauk pauk yanh korang pesan tu tak termasuk dengan set nasi putih. Untuk menu berat pula aku pesan Stir-fried Hor Fun With Australian Beef. Macam biasa kuey teow goreng dimasak dengan menggunakan  teknik tersendiri bagi memastikan suhu panas kuey teow tu kekal lama. Penuh dengan aroma sos tiram dan bawang putih. Lepas tu daging lembu Australia dia lembut giler. Lembut dan macam ayam hahaha. Mungkin sebab dia direbus terlebih dahulu kot dan dihiris nipis.

 Stir-Fried Hor Fun with Australian Beef 
 Szechuan Crispy Chicken - RM24.90
Stir-fried Marbled Australian Beef With Scallion - RM32.90

Kemudian aku cadangkan korang cuba Baked Jade Perch With Nyonya Style. Salah satu menu yang wow !! Mula-mula aku ingat ikan bakar, tapi tekstur ikan tu macam stim. Tapi aku anggapkan ikan tu dibakar pada suhu rendah bersama pes. Yanh menjadikan menu ni sangat sedap adalah pes dia tu. Macam pes ikan bakar gak tapi tak digoreng atau ditumis. Ia dimasak sekali bersama-sama ikan siakap, so campuran jus ikan dan pes tu membuatkan menu tersebut jadi wangi. Kuat rasa serai, bawang putih, halia dan kunyit kalau tak silap aku. Very recommended juga.

 Baked Jade Perch With Nyonya Style - RM86.90
 Deep Fried Prawn Wanton - RM19.90
Lettuce Roll with Homemade Sesame Sauce - RM14.90

So ada banyak menu-menu lain yang korang kena cuba di restoran makanan cina HALAL LeTen bila korang ke Mitsui Outlet Park Sepang KLIA ni ye. Aku pun nanti nak kena repeat balik sebab wife aku kantoi aku makan tak ajak dia hahaha. Kata nak diet buat apa nak ajak. Kang banyak plak dia makan sebab menu-menu di sini semuanya sedap belaka. So jangan bimbang restoran makanan cina HALAL LeTen ye.

 Pan-fried Chicken Dumpling - RM10.90
 Steamed Chicken & Prawn Dumpling - RM19.90
Chinese Bun (Deep Fried) - RM7.90

So korang boleh rujuk maklumat di bawah sekiranya korang nak ke restoran makanan cina HALAL LeTen ni atau nak tau menu-menu lain yang ada disajikan di sini ye.


LeTen
F-60A, Mitsui Outlet Park
KLIA Sepang
03-86602388



0 Comments