Saluran Terbaru Unifi TV - CH128 Dunia Sinema


Bismillah,

Weekend lepas free, tak ada apa-apa kerja nak dibuat. So aku cadang nak bawak Jasmeen tengok wayang je kat Alamanda. Tup tup siapa tau kat ruang legar level LG Alamanda Shopping Center tu ada event. Kalau tak silap aku la pelancaran saluran baru inifi. Hmm CH128 - Dunia Sinema.


Kami datang awal so ada peluang la nak explore booth-booth yang ada disediakan untuk para pengunjung kat sana. Jasmeen awal-awal lagi dah ke booth mewarna. Mujur ada aktiviti tambahan untuk dia hari tu. Selain daripada itu ada gak booth produk-produk unifi, kaunter pertanyaan dan pendaftaran dan juga ruang permainan PS4. Kalau kat situ rata-rata bebudak je la yang conquer. Golongan dewasa macam aku ni memang tak de chance la haha.


Event tu bermula pada pukul 2 petang dengan dirasmikan oleh Emily Wee, Naib Presiden Perniagaan & Operasi Media TM. Disusuli plak dengan persembahan para selebriti-selebriti tanah air antaranya Dato' AC Mizal, Sufian Suhaimi, Farisha Aisha, Insomniacks dan Bahiyya Haneesa. Tapi kemuncak acara diserikan plak dengan persembahan selebriti dari negara jiran kita Indonesia iaitu Virgoun. Perghh korang pun tau kan dia familiar dengan lagu apa? Ofkos la Surat Untuk Starla. Jasmeen port depan pentas terus hahaha.


Actually apa yang aku tau pasal channel baru Dunia Sinema CH128 ni, dulu channel ni ditawarkan sebagai saluran atas talian (VoD) sahaja di unifi TV tapi sekarang dorang dah open untuk para pelanggannya dan boleh ditonton 24 jam tanpa henti. Korang boleh tonton channel Dunia Sinema CH128 ni jika korang langgan Pek Aneka, Pek Ultimate atau korang juga boleh melanggan secara ala-cart dengan hanya RM9 sebulan.


Kita boleh menonton pelbagai judul filem tempatan sehari suntuk tanpa henti. Selain daripada filem tempatan, ada gak filem-filem asia yang lain seperti Suddenly 20, May Who?, Ghost Ship, The Couple, Make Me Shudder 2, Ketika Cinta Bertasbih, Dalam Mihrab Cinta dan banyak lagi la. Kalau Jasmeen kompon suka CH128 Dunia Sinema ni sebab dia suka cerita melayu. Senang faham dan jiwa ala-ala belia gitu hahaha.


So maknanya sekarang Unifi TV dah ada sebanyak 115 saluran la secara keseluruhannya dengan 67 daripadanya adalah saluran HD. 62 saluran premium, 26 saluran percuma, 2 saluran radio, 7 saluran VoD, dan 18 saluran interaktif. So kalau korang nak subscribe Unifi TV boleh la mula mendaftar di mana-mana agen, outlet dan booth unifi berhampiran korang. Apa-apa pun korang boleh check update pasal promosi, unifi TV atau lain-lain produk unifi di link di bawah.




0 Comments