Biskut PINPIN (Upin dan Ipin) Dengan 6 Perisa Menarik


Bismillah,

Actually aku pun baru tau sebenarnya pasal biskut  PinPin ni. Tu pun si Jasmeen suruh cari biskut PinPin ni lepas balik dari sekolah. Aku syak mesti ada di antara kawan-kawan dia yang bawak biskut ni ke sekolah. Adoyai budak-budak. Nak tak nak kena la cari jugak. Kalau tak sampai ke malam dia akan tanya 'bila babah nak beli biskut PinPin?'


Mana la aku nak cari biskut ni eh? Sebagai babah yang bertanggungjawab tentang pemakanan anak dan ensem ni, kena amik tau gak. Aku risau dia makan yang bukan-bukan je. So aku dapat tau yang biskut ni ada di jual di :

  • Eco Shop
  • BHP Petrol
  • Mydin
  • 7 Eleven
  • KK Mart
  • 24 Express Penang
  • Happy Mart


So paling dekat dan mudah kat tempat aku ni adalah 7 Eleven. So aku pun ke sana la ngan si Jasmeen ni. Ooh ok aku lihat biskut PinPin ni ada pelbagai perisa. Patutlah anak aku beria-ria suruh beli. Dia punya  packaging pun dah menarik. Aku belek-belek la packaging dia. Di luar kotak biskut PinPin ni ada pelbagai permainan yang menguji minda anak-anak. Ada soalan matematik seperti sifir, ada maze, padankan gambar, cari perkataan tersembunyi dan cari padanan gambar. Gigih la aku belek satu-satu hahaha.


Lepas tu aku tengok pada packaging luar biskut PinPin ni ada dinyatakan 'disertakan mainan percuma'. Okey aku yakin ni sebab utama si Jasmeen suruh aku belikan biskut PinPin ni. Biasa la budak-budak kan. Dorang memang tertarik dengan mainan yang disertakan dalam makanan. Macam la korang dulu tak biasa dengan Tora dan Dindang hahaha. Biskut tu kedua, yang penting mainan dia tu kan? Apa kata iklan tu - Tora datang lagi? Hahaha.


Sebelum sampai ke 7 Eleven tu pun aku dah tau biskut mana yang akan Jasmeen pilih. Kompom dia akan pilih perisa strawberi. Actually biskut PinPin ni ada 6 perisa :

  • Snek jagung dengan isian strawberi
  • Wafer dengan vanila
  • Biskut berperisa mentega
  • Wafer dengan isian coklat
  • Snek jagung dengan isian coklat
  • Biskut coklat


Jasmeen ambil perisa strawberi, tapi pada masa yang sama suruh aku beli biskut coklat. Katanya untuk ibu. Haa membongak lebih. Last-last kami berdua dok krup krap depan tv. Eh layan gak weh. Bukan setakat anak-anak je, mak bapak, ipar duai, bapak mertua, jiran tetangga pun boleh makan sama. Sedap! Bukan macam biskut murah yang biasa Jasmeen makan. Pada pandangan aku sebagai bapa, biskut ni bukan setakat menjadi kegemaran anak-anak dari segi rasa malah turut memenuhi keinginan anak-anak dari sudut bermain dan juga uji minda. Mudah kan? Semuanya dalam satu kotak!


So korang boleh lah dapatkan satu untuk anak-anak korang. Tempat nak beli tu macam aku cakap tadi. Kalau dorang nak beli lebih daripada satu pun apalah salahnya. Bukan mahal mana pun. So boleh lah aku tidur lena malam ni. Kalau tak tak habis-habis Jasmeen minta nak biskut PinPin hahaha.


0 Comments