CANNIS | Aplikasi Pintar Bersepadu 7 Dalam 1 Terbaik Dunia



CANNIS - Aplikasi Pintar Bersepadu 7 Dalam 1 Terbaik Dunia | Korang tau tak pasal CANNIS ni? Jangan kata korang, aku sendiri pum baru tau haha. Ye la dah semua kengkawan aku dok sebut-sebut je si CANNIS ni. Untuk pengetahuan korang, CANNIS ni bukan orang tau. Ia merupakan aplikasi yang menggabungkan beberapa sektor seperti e-dagang, portal membeli belah secara atas talian, penyiaran secara langsung dan blockchain.


CANNIS juga merupakan  aplikasi yang meliputi keperluan asas pengguna seperti makanan, minuman, hiburan, pakaian dan meransang model perniagaan serta memacu gelombang baru APP. Senang cerita aplikasi yang sangat memudahkan kita melakukan urusan tanpa perlu keluar atau bergerak.


Majlis perasmian yang diadakan di Setia Alam turut dihadiri oleh para tetamu utama iaitu pengasas, pengerusi dan kapitalis, Aaron Tsai yang merupakan seorang kapitalis professional (membantu syarikat-syarikat Cina untuk tersenarai di Bursa Saham New York, Nasdaq dan GEM) dan juga merupakan Presiden Persatuan Blockchain Korea & World Blockchoin South, Pengerusi Persatuan Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong, Jason H, Guangdong, Pengerusi Foshan Presidium & Foshan CPPCC Dr Su Zuyao, Pengasas bersama pelukis dan perniagaan Indonesia Robbie Fen Geshu, dan Ketua eksekutif CryptoOcean GmbH dan Yuri dan Pani Kumar, pengasas bersama Global Blockchain Foundation India.


CANNIS yang merupakan rakan kongsi Google mempunyai hampir 100 jurutera professional dengan keupayaan penyelidikan dan pembangunan yang kuat. Ibu pejabat CANNIS terletak di Kuala Lumpur, Malaysia dan mempunyai beberapa lagi cawangan di Taipei, Guangzhou, Hong Kong, Pulau Pinang dan pasukan teknikal mereka berada di Hangzhou. 


Tambahan lagi, Datuk Dr Ching Eu Boon (Datuk Dr Azman Chin) yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan CANNIS menyatakan bahawa CANNIS merupakan platform penyokong peminat dan pengikut pertama di dunia. Dengan adanya aplikasi CANNIS, pengguna tidak lagi perlu memuat turun pelbagai aplikasi kerana semua keperluan pelanggan dapat dipenuhi oleh CANNIS. Beliau turut merujuk kepada falsafah perniagaan CANNIS iaitu "You think it, we build it”, CANNIS merupakan pembinaan media sosial dengan fungsi aplikasi yang paling menyeluruh, dan mewujudkan persekitaran ekologi yang paling sesuai untuk perusahaan dan peminat serta mengumpulkan pangkalan data pengguna global. 


Umumnya, aplikasi CANNIS menggabungkan tujuh fungsi paling popular peranti mudah alih, termasuk siaran langsung dalam talian, e-dagang langsung, permainan dalam talian, video pendek, social media, belanja diskaun dan pembayaran digital. Ia mengumpul lebih daripada sepuluh ribu pengguna dalam masa 24 jam. Sistem pembayaran CANNIS boleh digunakan di 140 buah negara di seluruh dunia terutamanya di Asia Tenggara. 


Buat masa ni Cannis Apps ni hanya boleh dimuat turun di aplikasi Google Play Store sahaja. Untuk Apple Play Store masih belum lagi ye.

Tak pun korang boleh terus muat turun secara terus melalui link di bawah dan ikuti arahan2 yang diberikan.


Atau layari laman web yang aku sertakan di bawah ni untuk maklumat lanjut berkaitan CANNIS ni ye

Website: www.cannis.app


0 Comments