Dato' AC Mizal Menjelaskan Hubungannya Dengan Pollo Mendi


Bismillah,

Kita semua tahu pasal Dato' AC Mizal kan? Seorang pengacara, pelakon, penyanyi dan usahawan malah boleh dikatakan seorang selebriti yang versetail. Tapi baru-baru ni digemparkn dengan kisah beliau menjalinkan hubungan dengan Pollo Mendi. Siapa pula Pollo Mendi ni dan apa hubungan Dato' AC Mizal dengannya?


So baru-baru ni aku berkesempatan menghadiri satu majlis yang turut dihadiri oleh Dato' AC Mizal di One City, USJ. Sebab utamanya aku ke situ kerana nak dengar sendiri penjelasan tentang hubungan beliau ngan Pollo Mendi tu. Tapi bila aku sampai ke restoran tersebut, tak perlu tunggu penjelasan Dato' AC Mizal aku dah tau siapa sebenarnya Pollo Mendi tu. Rupa-rupanya Pollo Mendi tu merupakan sebuah jenama dan pengendali restoran penyedia makanan Arab dan Itali.


Dan baru-baru ini Pollo Mendi telah mengumumkan Dato' AC Mizal sebagai rakan kongsi baharu yang akan bertanggungjawab untuk membangun strategi pemasaran dan memasarkan jenama Pollo Mendi. Turut dihadiri oleh pengasas Pollo Mendi iaitu Encik Mohd Fadzil Hashim yang juga merupakan usahawan terkenal dengan jenama pendidikan Brainy Bunch. Mati-mati la aku ingat Pollo Mendi ni orang hahaha.


So kat Pollo Mendi ni korang boleh cuba pelbagai variety menu yang terdiri daripada masakan negara Arab dan juga Itali. Bukan itu sahaja malah Pollo Mendi turut menyediakan hidangan tempatan seperti Mee Bandung Muar Original dan menu masakan panas yang lain. Antara menu-menu yang ada dihidangkan di Pollo Mendi ini adalah seperti Chicken Mendi, Lamb Mendi, Chicken Khabsa, Lamb Khabsa, Shish Tamouk, Lamb Kebab, Pan Roasted Barramundi, Fetuccini Carbonara, Penne Rigate Al Mare, Braised Lamb Shank, Grilled Nz Sirloin Steak, Grilled Lamb Cutlet, Pepperoni e Funghi, Pizza Margherita dan banyak lagi.


So antara menu-menu tempatan yang boleh juga korang cuba di Pollo Mendi seperti Mee Bandung Pak Kadir yang terkenal di Muar tu (sebab anak dia bekerja sebagai chef di Pollo Mendi), My Nasi Lemak, Seafood Tom Yam, Ayam Masak Lemak Cili Api, Ayam Rendang, Ayam Masak Merah, Kari Ayam Masyur dan Ayam Kurma. So memang pelbagai la variety menu yang ada di Pollo Mendi ni. Hari ni makan nasi Arab, esok boleh makan western, tula boleh plak pekena menu tempatan gitu huhu.


Tapi yang menariknya menu-menu di Pollo Mendi ni semuanya disediakan ready-to-eat dan juga frozen food waima menu yang korang pesan di restoran. Terkejut kan? Jangan kata korang, aku pun terkejut sebab rasa menu yang dihidangkan sedap dan sama. Tak rasa pun macam menu segera atau frozen food. Malah korang boleh beli menu-menu yang ada dihidang di Pollo Mendi ni di cawangan Raudhah Mart yang terletak di Bangi dan juga Cyberjaya. Semua menu-menu yang dihidangkan dihasilkan di central kitchen yang pada masa yang mengagihkan makanan kepada 104 cawangan Brainy Bunch Islamic Montessori di Malaysia, 4 cawangan di Singapura, 2 di Indonesia dan 1 di Gaza.


So tak hairanlah kenapa selebriti terkenal tanah air seperti Dato' AC Mizal sudi untuk berkolaborasi dan menjadi rakan kongsi di Pollo Mendi ini. Makanan-makanan yang dihasilkan untuk kanak-kanak semestinya terpelihara, bersih, sedap dan juga halal turut dihidangkan kepada masyarakat di luar sana. Malah Pollo Mendi juga turut membuka peluang perniagaan kepada usahawan-usahawan di luar sana untuk turut menceburkan diri dalam memasarkan jenama produk-produk Pollo Mendi seperti yang dilakukan oleh Dato' AC Mizal.


Selain daripada restoran, korang juga boleh membuka kiosk dan terbaru adalah food truck yang akan dilancarkan pertana kali di sekitar KL Sentral dalam bulan Oktober 2018 akan datang. Jika tiada modal besar, korang boleh mulakan dari bawah dengan memasarkan produk sejuk beku dan ready-to-eat (RTE) mereka. Serius sangat mudah cara penyediaannya. Tak perlu tumis bahan masakan, tak payah guna kuali atau minyak. Hanya panaskan sahaja menu seperti contoh Ayam Masak Merah dalam oven selama 7 minit dan selepas panaskan boleh terus dihidang dan makan. Setiap satu pek boleh dihidangkan untuk 2 ke 3 orang makan dan harganya sekitar RM14 hingga RM15 sahaja. Dah la murah, senang plak nak disedia.


So untuk maklumat lanjut berkenaan produk atau menjadi salah seorang usahawan di bawah jenama Pollo Mendi, korang boleh lah rujuk maklumat yang tertera du bawah ni ye.

Pollo Mendi Restaurant
C-10-GF Garden Shoppe,
One City @ USJ 25
47630 Subang Jaya
Selangor
Tel : +603 5036 7928 / 7920

Waktu Operasi
Isnin - Ahad
(9am - 10pm)

En Fazli 019-2718445




1 Comments

  1. har tetibe lawat sini hahhaa ohh ingatkn dia bukak restaurant ... rupanya mcm instant foods jugak la ye, menarik utk travelers ni hehe

    ReplyDelete