Pakej Perkahwinan Lengkap Dan Murah Dengan Hanana Group Sdn Bhd


Bismillah,

Baru-baru ni aku teman kawan aku pegi cari pakej perkahwinan yang murah dan lengkap area Kajang dan Bangi. Boleh tahan gak harganya. Nak yang betul-betul murah dan berbaloi tu tak jumpa lagi sebab kawan aku ni tak prepare apa-apa pun lagi. So dia memang harapkan pada satu event planner je untuk sediakan semuanya.


Pada mulanya kitorang ingat nak merayau di sekitar Kajang dan Bangi je tapi aku bagi cadangan untuk lihat di Putrajaya plak. Mana la tau kan kot-kot lah ada pakej perkahwinan murah dan lengkap di sekitar Putrajaya tu. Pusing punya pusing kitorang pun berhenti kat sebuah bangunan corner lot di precint 15 Putrajaya. Time tu ada kenduri kahwin kat situ. Tak tau plak kat situ ada dewan kenduri kahwin. Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Kat sebelah dewan tu ada banner pakej perkahwinan murah dan lengkap. Nah! Jumpa gak akhirnya. Harap kali ni menjadik lah sebab dah penat sehari suntuk cari.


Kitorang naik ke tingkat 3 untuk ke  pejabat. Laluan ke atas bangunan terletak betul-betul di sebelah kiri dewan utama. Kitorang jumpa Naul ngan Alin. Dorang la yang entertain kitorang. Masuk-masuk je ke tingkat 3 tu kitorang nampak bersusun pelbagai jenis baju persalinan untuk pengantin. Macam-macam warna dan design. Kawan aku pegi recce harga pakej, aku plak yang sibuk test baju pengantin. Ni sape sebenarnya yang nak kahwin ni? Hahaha


Aku dimaklumkan oleh Alin yang Ambassador Putrajaya tu memang menyediakan pakej perkahwinan lengkap dan murah. Pakej tu termasuklah dekorasi dewan, wedding attire, make up artist, meja dan kerusi, catering untuk 1000 orang, tea corner, makan beradab, PA sistem dan emcee, photographer dan complimentary macam dome serving dan service staff. Wah menarik. So kitorang tanya plak berapa harganya. Yela kitorang pun budget tak la tinggi mana.


Aku tanya lagi apa beza pakej Sri Tanjung dengan Sri Pinang? Dia kata pakej Sri Tanjung tak include photographer. Then persalinan pengantin lelaki dan perempuan guna baju yang sedia ada. Pelamin pun sama. Tapi untuk pakej Sri Pinang pula, baju pengantin customade baru termasuklah pelamin dan untuk pakej ni including photographer. Oh nice! Kalau nak jimat banyak boleh je ambil pakej Sri Tanjung. Lagipun kawan aku ni pun nak buat biasa-biasa je. By the way korang boleh booking slot dengan letak down payment sebanyak RM5K. Mana lagi nak dapat harga tu siap dewan kenduri bagai. Last aku dengar anak pak cik aku punya kenduri dia habis RM50K!


Then untuk pengetahuan korang di Ambassador Putrajaya ni pun ada dewan nikah tau. Siap ada pelamin lagi huhu. Tapi ni add on la. Kat tingkat 2 nanti akan ada hotel so senang la kalau korang atau sedara mara nak stay tunggu kenduri nanti. Hall kenduri kahwin plak boleh menempatkan seramai 350 orang dalam satu-satu masa dan dewan tu dilengkapi dengan 18 buah penghawa dingin. Penting kot penghawa dingin tu lagi-lagi bila dah ramai sangat tetamu dalam hall tu nanti.


So kalau korang bercadang untuk mendirikan masjid dalam tahun ni, boleh lah shortlist kan Ambassador Putrajaya sebagai wedding planner yang menyediakan pakej perkahwinan murah dan lengkap. Oh sebelum aku terlupa, kalau korang taknak buat kenduri kahwin di Putrajaya, korang juga boleh menempah dewan perkahwinan under Hanana Group Sdn Bhd iaitu Lugar De La Boda Garden Wedding yang terletak di Puchong dan Dewan Tan Sri Yusof Hashim yang terletak di MARDI.


Lugar De La Boda Garden Wedding @ Puchong ini mengenengahkan konsep 'Garden' dan ia merupakan konsep yang pertama di Puchong. Bertemakan perkahwinan ala ala garden (open concept) yang membawa konsept santai dan juga seperti di dalam taman. Dijangka beroperasi sekitar Oktober 2018. 


Kalau korang nak dapatkan info lebih lanjut tentang promosi ni atau berkenaan pakej yang disediakan di Ambassador Putrajaya ni boleh lah rujuk link di bawah.


Ambassador Putrajaya
No. 92, Jalan Perak
Persiaran Diplomatik Presint 15
62050 Putrajaya. 

016-6700457 (Farah)
016-6700752 (Hanis)
016 - 6700 47 (Rezza)
016-4318434 (Liana)
016-6700473 (Office)


0 Comments