Pemenang Yoodo World Cup Contest


Bismillah,

Masih lagi dalam suasana ‘demam’ bola sepak, Yoodo mengumumkan pemenang-pemenang peraduan yang diadakan baru-baru ini dengan memberikan enam jersi bola sepak yang ditandatangani oleh Messi, Neymar, dan Hazard, sebagai sebahagian daripada kempen Yoodo Bola.Pengumuman telah dibuat melalui Facebook Live, seminggu selepas Perancis menjulang trofi Piala Dunia. Peraduan ini adalah eksklusif untuk para pelanggan Yoodo.


Tahniah kepada semua pemenang yang bertuah! Tahun ini perlawanan bola sepak membuatkan penonton tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing. Kami sangat gembira kerana penyertaan yang diperoleh setiap hari dan berdasarkan kejayaan peraduan ini, Yoodo pastinya akan merancang lebih banyak peraduan dan hadiah seperti ini,” kongsi Farid Yunus dari Yoodo.

Salah seorang pemenang, Kevin Kumar, 23, dari Port Dickson, memenangi jersi yang ditandatangani Hazard merupakan pelanggan Yoodo sejak lima bulan lalu. Apabila ditanya mengenai pasukan yang disokongnya, dia berkata “Tahun ini Perancis mempunyai pasukan kebangsaan yang lengkap dan kuat dan sebab itu saya terfikir mereka mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi perlawanan tersebut.”


Teruja dengan kemenangan yang tidak dijangka, dia menambah, “Saya sangat gembira dapat memiliki jersi Hazard kerana prestasinya sepanjang perlawanan dan kejohanan Piala Dunia sangat baik".Peminat tegar bola sepak ini berkata dia tidak sabar hendak membingkaikan jersi yang dimenanginya di mana ia melengkapkan koleksi poster bola sepak di dalam biliknya.

Kevin ingin melihat lebih peraduan seumpama ini dianjurkan Yoodo. Mengulas pengalamannya dengan pembekal perkhidmatan mudah alih Malaysia yang terbaharu, “Saya membuat keputusan untuk mencuba Yoodo kerana saya boleh mengubah suai pelan sendiri. Setakat ini ia sangat baik dan sekarang saya sentiasa mempunyai liputan 4G penuh dan perkhidmatan pelanggan mereka melalui “Live Chat” amat membantu".



Ahmad Marzuki, 40, dari Terengganu, pemenang jersi yang ditandatangai Messi bersetuju, kerana dia memilih Yoodo selepas membandingkan harga antara telco yang berbeza. “Yoodo adalah yang terbaik dari segi mampu milik.

Jersi yang ditandatangani Neymar telah dimenangi oleh Phoon Shiuh Jer, 22,  dari Seremban. Merupakan penyokong Manchester United, dia merupakan pelanggan Yoodo sejak awal Februari lalu. “Saya sangat menyukai Yoodo kerana ia berpatutan dan pelan saya mengikut pilihan sendiri. Kerana fleksibilitinya, saya menukar pelan setiap bulan. Pembekal perkhidmatan lain kadang-kadang memberikan banyak data yang tidak digunakan,” kongsi Shiuh Jer.


Dia mengetahui mengenai peraduan Yoodo Bola ketika melihat IG Stories Yoodo di laman Instagram @yoodomy. Merasakan peraduan tersebut mudah untuk disertai, dia kini berasa sangat bertuah kerana telah memenangi jersi yang ditandatangani. Shiuh Jer juga berharap untuk mengambil bahagian dalam lebih banyak peraduan dan memenangi hadiah dari Yoodo.
Senarai pemenang peraduan :


  1. Lai Kuan Soon – Jersi Hazard 
  2. Kevin Kumar – Jersi Hazard 
  3. Phoon Shiuh Jer – Jersi Neymar 
  4. Anuar Abd Rahman – Jersi Neymar 
  5. Syed Ahmad Marzuki Bin Syed Abdullah – Jersi Messi 
  6. LT M Alif Bin Abd Hamid – Jersi Messi 


Yoodo adalah pembekal perkhidmatan mudah alih digital yang memberikan pengguna pilihan dan kawalan muktamad untuk menyesuaikan sepenuhnya pelan mudah alih mereka kepada apa sahaja yang sesuai dengan keperluan mereka, tanpa gimik, caj tersembunyi atau komitmen. Mereka kini mempunyai promosi yang berlangsung sehingga akhir bulan September. Aktifkan SIM Yoodo pertama anda dan dapatkan 20GB data secara percuma.


0 Comments