Tempat Makan Best Di Bangi : Bunga Lawang Cafe


Bismillah,

Hari ni aku nak kongsikan satu lagi tempat makan best di Bangi iaitu Bunga Lawang Cafe yang terletak di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Bunga Lawang Cafe ni boleh dilihat dari sisi jalan besar ke sebelum ke Petronas Seksyen 7 Bangi dan bersebelahan dengan kedai 1000 Rasa Kuih Kerepek.


Aku dan keluarga pergi sebelah malam lepas maghrib, jadi tak ramai lagi customer yang ada. Interior design dia cantik cuma agak packed dengan sofa-sofa yang agak besar saiznya. Ada penghawa dingin dan kipas. Kalau korang nak smoking, ada disediakan meja makan di ruang terbuka di bahagian luar Bunga Lawang Cafe.


Ok kita beralih plak kepada menu yang ada. Bila diperhati menu-menu yang ditekankan di Bunga Lawang Cafe ni adalah menu-menu mudah dan mudah sedia antaranya seperti Laksa Johor, Soto Ayam, Set Nasi Kukus Daging Tetel Goreng Jintan, Set Asam Pedas Ikan Jenahak, Set Nasi Kukus Sotong Goreng Kunyit, Mee Rebus, Mee Kari, Lempeng Pisang, Lempeng Bawang Putih, Kari Kepala Ikan dan banyak lagi. So korang rasa nak cuba yang mana satu? Hahaha.

Soto Ayam
Ok untuk menu yang aku pesan di Bunga Lawang Cafe, aku pesan Soto Ayam sebab mudah dan sedap. Sebab ianya salah satu menu feveret aku. Portion dia sederhana, dan memang menggunakan kuah soto asli. Cuma kuah dan rasa bergedil sedikit masin dan sambal kicapnya boleh dipekatkan dan dipedaskan lagi haha. Ye la kata Johor, mana boleh makan kalau tak pedas kan? Hehe.


Rating Soto Ayam
Kesedapan ⭐⭐⭐
Saiz portion ⭐⭐⭐
Repeatable ⭐⭐⭐

Laksa Johor
Ok untuk menu Laksa Johor di Bunga Lawang Cafe ni plak, wife aku yang order. Kuah laksanya pekat, penuh ngan isi ikan. Sedap. Laksanya tak keras dan tak terlalu lembut. Sebab sebelum ni aku pernah makan di beberapa restoran dan cafe, mee laksa yang dorang sediakan keras dan sejuk. Mujurlah kuah panas, kalau tak memang aku tak makan. Cuma kuahnya juga ada rasa sedikit masin. So untuk dua menu ni aku anggapkan (Soto Ayam & Laksa Johor) kuahnya dah memekat dan hujung-hujung dah. Takpe pada aku rasanya tetap sedap dan wife aku pun suka.


Rating Laksa Johor
Kesedapan ⭐⭐⭐⭐
Saiz portion ⭐⭐⭐
Repeatable ⭐⭐⭐⭐

Last skali Jasmeen pesan Nasi Goreng USA. Actually kalau korang nak tau USA tu stand for Udang Sotong Ayam. Kepada sesiapa yang tak tau la. So untuk menu Nasi Goreng USA yang Jasmeen pesan ni, aku letak nota 'kurang pedas' takut la Jasmeen tak boleh telan nanti. Kemudian kami didatangi chef dari dapur yang mencadangkan agar menu Daging Padprik yang di attach sekali pada Nasi Goreng USA tu ditukar kepada Daging Goreng Kicap dan nasinya diubah kepada Nasi Goreng Cina. Ok nice gak idea dia tu sekurang-kurangnya Jasmeen tak perlu risau.


Overall sedap makanan yang kami pesan di Bunga Lawang Cafe ni. Staf di sini pun peramah, layanan yang diberikan memuaskan dan makanan yang dipesan cepat sampai. Apa yang aku bagitau ni, pengalaman aku sendiri pada waktu itu. Pengalaman korang aku tak pasti la ye.

So kalau korang nak cuba menu-menu dari negeri Johor khususnya, boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah.

Bunga Lawang Cafe
50-G, Jalan 7/7B
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
43600 Bangi, Selangor

Contact
0193369966



3 Comments

  1. Akak perasan kat Bangi ni banyak kedai makan best2 kan..sesuai nak lepak balik kerja atau hujung minggu..okey..masuk wishlist..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak turun bangi nanti roger2 la. Blh makan2 skali 😁👍

      Delete
  2. Kita bakar, haahah..tak tengok kak limah 2 ini. ;)

    ReplyDelete