Bismillah,
Last week aku ke Melaka ngan kawan-kawan. Saja jalan-jalan hujung minggu. Itulah rutin kami, kalau takde apa-apa program, last day kerja mesti buat plan mengejut. Kebiasaan planning awal-awal takkan menjadi punya haha. So kali ni kami ke Serkam tak jauh lokasinya daripada pekan Merlimau, Melaka.
The Hut merupakan chalet yang pada asalnya merupakan container. Tetapi ia telah diubah suai dengan kemasan kayu agar lebih kelihatan seperti senibina kampung. Buat masa ni The Hut hanya mempunyai 5 buah chalet yang mana 2 daripadanya adalah bilik dengan 2 katil single dan 3 daripadanya lagi merupakan bilik yang dilengkapi katil queen.
Serkam ialah sebuah pekan di Melaka. Ia terletak di laluan Jalan Raya Persekutuan 5, dari Johor Bahru - Batu Pahat -Muar - Melaka. Jaraknya ke Bandaraya Melaka adalah sebanyak 18 kilometer atau 11 batu, 24 kilometer dari Jasin dari 27 kilometer dari Muar. Pekan yang berhampiran dengannya adalah Merlimau di mana jaraknya hanya 5 kilometer sahaja.
Kemudahan & Fasiliti The Hut
Actually The Hut ini ada menyediakan fasiliti dan kemudahan asas kepada para pengunjungnya seperti ruang makan, dapur yang dilengkapi peralatan memasak, penghawa dingin di setiap chalet, seterika dan iron board yang diletakkan di bahagian dapur, pemanas air, flat screen tv di setiap bilik, kemudahan wifi, ruangan parkir yang pada aku mampu menempatkan 4 hingga 6 buah kereta, kolam renang bersaiz kecil, sejadah dan juga arah kiblat.
The Hut dilengkapi dengan pagar elektrik yang dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh. Setiap bilik akan mendapat alat kawalan jauh tersebut jadi tak perlu risau sekiranya korang nak keluar masuk The Hut. Sekiranya korang menghadapi sebarang masalah, boleh terus contact staf yang bertugas. Staf-staf The Hut merupakan penduduk kampung yang tinggal di kawasan sekitar jadi tiada masalah jika korang memerlukan sebarang bantuan atau ketika di dalam kecemasan.
Kampung Serkam juga diambil dari perkataan arab iaitu 'sir' bermaksud rahsia dan 'kam' bermaksud banyak.Apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan menjadilah 'sirkam' tetapi ditukarkan ejaannya menjadi 'serkam'
Wifi & Telefon
Nyamuk
Syurga Makanan Laut
Kalau sentuh bab makanan, The Hut Serkam ni merupakan lokasi strategik bagi penggemar menu makanan laut dan ikan bakar. Mana taknya, dalam 500 meter dari The Hut korang boleh jumpa beberapa restoran yang menawarkam menu ikan bakar Serkam. Kalau nak cuba kelainan, korang boleh ke Umbai kerana di situ femes dengan restoran Ikan Bakar Parameswara. Bukan setakat ikan bakar je malah pelbagai jenis hidupan laut boleh korang cuba di sana. Ada banyak restoran dan kedai yang menawarkan menu masakan laut kepada para pengunjungnya. Tapi aku nak ingatkan bawa duit lebih sebab harganya boleh tahan mahal jugak.
Ok untuk harga pula, aku rasa sangat berbaloi kerana lebih murah daripada apa yang jangkakan.
Musim biasa (Normal season)
- Hari biasa (Isnin-Jumaat) - RM160
- Hari minggu (Sabtu & Ahad) - RM180
Musim cuti / Cuti sekolah / Pelepasan am
- Hari biasa (Isnin-Jumaat) - RM180
- Hari minggu (Sabtu & Ahad) - RM200
**********
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah :
The Hut
M108, Kampung Serkam Timor, 77300 Merlimau, Melaka
Telefon
6012-320 2611
Instagram
Facebook
1 Comments
best tgk, bersih n kemas je..hoho..
ReplyDelete