The Hut | Chalet Kayu Berkonsepkan Kampung Di Serkam, Melaka


Bismillah,

Last week aku ke Melaka ngan kawan-kawan. Saja jalan-jalan hujung minggu. Itulah rutin kami, kalau takde apa-apa program, last day kerja mesti buat plan mengejut. Kebiasaan planning awal-awal takkan menjadi punya haha. So kali ni kami ke Serkam tak jauh lokasinya daripada pekan Merlimau, Melaka.


So kami bertolak dari Kuala Lumpur hari Jumaat dan stay di sebuah chalet yang terletak di Kampung Serkam iaitu The Hut. Actually chalet The Hut ni tak besar mana. The Hut ini mempunyai 5 buah chalet dalam satu kawasan yang terletak di kawasan perkampungan. Kalau korang gemarkan suasana kampung, aku sangat cadangkan The Hut sebagai lokasi hujung minggu korang bersama keluarga.


Senibina Kayu
The Hut merupakan chalet yang pada asalnya merupakan container. Tetapi ia telah diubah suai dengan kemasan kayu agar lebih kelihatan seperti senibina kampung. Buat masa ni The Hut hanya mempunyai 5 buah chalet yang mana 2 daripadanya adalah bilik dengan 2 katil single dan 3 daripadanya lagi merupakan bilik yang dilengkapi katil queen.


Bukan setakat bilik malahan ruang makan, dapur, koridor dan pagar juga diperbuat daripada kayu. Memang sesuatu yang menarik la kerana asal daripada container, kini The Hut dapat ditampilkan dengan kemasan kayu berwarna coklat gelap. Cantik permandangannya jika dilihat daripada lensa kamera.


Serkam ialah sebuah pekan di Melaka. Ia terletak di laluan Jalan Raya Persekutuan 5, dari Johor Bahru - Batu Pahat -Muar - Melaka. Jaraknya ke Bandaraya Melaka adalah sebanyak 18 kilometer atau 11 batu, 24 kilometer dari Jasin dari 27 kilometer dari Muar. Pekan yang berhampiran dengannya adalah Merlimau di mana jaraknya hanya 5 kilometer sahaja.

Kemudahan & Fasiliti The Hut
Actually The Hut ini ada menyediakan fasiliti dan kemudahan asas kepada para pengunjungnya seperti ruang makan, dapur yang dilengkapi peralatan memasak, penghawa dingin di setiap chalet, seterika dan iron board yang diletakkan di bahagian dapur, pemanas air, flat screen tv di setiap bilik, kemudahan wifi, ruangan parkir yang pada aku mampu menempatkan 4 hingga 6 buah kereta, kolam renang bersaiz kecil, sejadah dan juga arah kiblat.


Bagi yang ingin membuat BBQ, korang boleh request kepada owner The Hut terlebih dahulu sebelum datang. Mereka akan sediakan perkakasan dan bahan-bahan untuk BBQ dan caj tambahan akan dikenakan. Bukan itu sahaja, malah The Hut juga akan menyediakan basic breakfast kepada pengunjung-pengunjung yang ingin bermalam di sana seperti milo, susu, roti, mentega, gula, nescafe dan kopi 3 dalam 1 dan banyak lagi


Sekuriti
The Hut dilengkapi dengan pagar elektrik yang dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh. Setiap bilik akan mendapat alat kawalan jauh tersebut jadi tak perlu risau sekiranya korang nak keluar masuk The Hut. Sekiranya korang menghadapi sebarang masalah, boleh terus contact staf yang bertugas. Staf-staf The Hut merupakan penduduk kampung yang tinggal di kawasan sekitar jadi tiada masalah jika korang memerlukan sebarang bantuan atau ketika di dalam kecemasan.


Kapasiti The Hut

Kalau ikutkan jumlah bilik dan saiz chalet The Hut ni, setiap bilik mampu memuatkan seramai 4 orang. Jadi The Hut mampu memuatkan dalam anggaran 20 orang dalam satu-satu masa. Korang boleh request tambahan tilam untuk setiap bilik dan satu bilik boleh add on maksimum 2 tilam sahaja.



Kampung Serkam juga diambil dari perkataan arab iaitu 'sir' bermaksud rahsia dan 'kam' bermaksud banyak.Apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan menjadilah 'sirkam' tetapi ditukarkan ejaannya menjadi 'serkam'

Wifi & Telefon

Walaupun ada disediakan kemudahan wifi, tapi korang tau je la kan kawasan kampung. Jadi sambungan wifi tak berapa bagus. Lemah, sekejap ada.. sekejap tak ada. Sama juga situasinya dengan internet telefon. Tapi line telefon ok, tak ada masalah. So jangan harap korang nak update status di media sosial atau buat kerja atas talian. Kalau nak juga korang kena keluar atau pergi ke pekan Merlimau. Tapi bagi aku bagus juga kalau takde line wifi atau internet ni, boleh fokus pada keluarga dan program-program yang ada.

Nyamuk

Aku dinasihatkan agar sentiasa menutup pintu bilik dan pintu tandas kerana nyamuk boleh terbang masuk ke dalam bilik. Ye la nama pun kawasan kampung, sure banyak nyamuk kerana dikelilingi belukar dan hutan. Kalau tak, korang kena dapatkan penyembur nyamuk la atau ubat nyamuk di pekan Merlimau. Kat Serkam tu aku tak nampak plak kedai 24 jam.

Syurga Makanan Laut
Kalau sentuh bab makanan, The Hut Serkam ni merupakan lokasi strategik bagi penggemar menu makanan laut dan ikan bakar. Mana taknya, dalam 500 meter dari The Hut korang boleh jumpa beberapa restoran yang menawarkam menu ikan bakar Serkam. Kalau nak cuba kelainan, korang boleh ke Umbai kerana di situ femes dengan restoran Ikan Bakar Parameswara. Bukan setakat ikan bakar je malah pelbagai jenis hidupan laut boleh korang cuba di sana. Ada banyak restoran dan kedai yang menawarkan menu masakan laut kepada para pengunjungnya. Tapi aku nak ingatkan bawa duit lebih sebab harganya boleh tahan mahal jugak.



Harga, Tempahan & Maklumat Lanjut
Ok untuk harga pula, aku rasa sangat berbaloi kerana lebih murah daripada apa yang jangkakan.

Musim biasa (Normal season)

  • Hari biasa (Isnin-Jumaat) - RM160
  • Hari minggu (Sabtu & Ahad) - RM180
Musim cuti / Cuti sekolah / Pelepasan am

  • Hari biasa (Isnin-Jumaat) - RM180
  • Hari minggu (Sabtu & Ahad) - RM200

**********

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah :


The Hut
M108, Kampung Serkam Timor, 77300 Merlimau, Melaka

Telefon
6012-320 2611

Instagram

Facebook


1 Comments