4 Destinasi Menarik Untuk Dilawati Dengan Traveloka Saleabration & Matta Fair 2018


Bismillah,

So kepada kaki travel atau mereka yang merancang untuk bercuti bersama keluarga mahupun rakan-rakan pada bulan September ini, aku nak cadangkan beberapa destinasi di seluruh dunia yang ada menyajikan kelainan dan lebih menarik pada bulan ni berbanding pada bulan-bulan yang lain. So follow rapat-rapat sebab aku nak bawa korang ke 4 destinasi menarik untuk dilawati sepanjang bulan September ini.

Morocco

Musim panas di Maghribi mampu menghadkan kita untuk melakukan sebarang aktiviti namun pada awal musim luruh ini keadaannya telah kembali sejuk. Korang boleh terokai bandar merah Marrakesh, permata selatan yang memberi pengenalan sempurna kepada negara Afrika Utara yang sentiasa menjadi tarikan pengunjung ini. Setiap hari korang akan lupa diri apabila berada di Souk dengan mengembara laluan abad pertengahan ini. Walaupun berubah wajah sedikit demi sedikit selama berabad-abad, namun keadaannya tetap sama bila ia melibatkan tawar-menawar untuk sandal kulit dan tanglung fretwork.


Selepas itu korang boleh melihat matahari terbenam Djemaa el Fna yang memukau, di mana gerai makanannya menyajikan hidangan istimewa tempatan yang lazat dikelilingi oleh penjual air, penguin, ular dan rombongan akrobat sub-Sahara. Apabila korang telah melawati Marrakesh, korang boleh menuju ke selatan Pegunungan Atlas untuk mengalami dan merasai sendiri kehidupan penduduk desa. Jangan lupa untuk menyusuri pantai Essaouira kerana di situ adalah lokasi terbaik pilihan pengunjung untuk merasai sukan luncur air.

Germany

Ketika musim panas beralih ke musim luruh, hasil tuaian anggur merupakan salah satu acara terbesar bagi penduduk-penduduk kampung yang mana sewaktu inilah wain Jerman dihasilkan di sepanjang Sungai Mosel. Bila keadaan ini berlaku bermakna ia adalah waktu bagi penduduk sekitar meraikan perayaan. Vintners akan membuka bilik bawah tanah mereka bagi wain tasting, persembahan muzik secara live dan juga persembahan bunga api. Peladang setempat turut mengikuti perarakan yang melibatkan seluruh masyarakat kerana ketika ini pemilihan "Queen Wine" yang baru akan dibuat. Rumah bersejarah Pünderich turut memberikan latar belakang yang menarik untuk pertunjukan muzik dan tarian sepanjang upacara tersebut.


Selain memasarkan lembu di dalam perayaan ini, di sini turut menampilkan "Kampung Dalam Khemah" dengan meletakkan mercu tanda tempatan yang dihasilkan semula dalam bentuk yang lebih kecil. Manakala di Sungai Rhine, peristiwa yang menandakan berlakunya "Rhein in Flammen" juga akan diadakan setiap tahun di mana Oberwesel dan St Goar akan mengambil bahagian pada bulan September dan menjadi pusat perhatian  kepada penduduk setempat dan juga pengunjung dari luar. Kapal yang berada si tengah sungai akan kelihatan terang-benderang dengan "membakar" kubu, bunga api dan mercun menjadikan ia satu pemandangan yang tidak akan dapat kita lupakan sampai bila-bila.

Zanzibar

Musim panas yang panjang akan berterusan di Zanzibar pada bulan September. Dengan suhu yang masih rendah di bawah 30 darjah selsius, pantai-pantai yang indah di Zanzibar dan perairan hangat ia lokasi yang sangat menarik untuk dikunjungi. Tetapi selain daripada tarikan pantainya yang cukup indah, korang juga boleh lah meneroka dan menelusuri ibu kota pulau yang menawan iaitu Stone Town.


Lorong-lorong yang terdapat di Labyrinthine juga boleh membawa korang kepada rumah-rumah besar dan istana di mana kebanyakannya dibina daripada batu karang. Selain daripada itu korang juga boleh menemui pelbagai jenis perniagaan yang menjual rempah-ratas hasil penduduk tempatan, peti hiasan dan lukisan yang berwarna-warni. Apabila tiba waktu senja, korang boleh berjalan di tepi pantai kerana di sana terdapat pasar malam yang penuh dengan penjual makanan dan hasil tempatan selain ia merupakan tempat yang sempurna untuk melihat matahari terbenam ke dalam lautan.

Rusia

Untuk percutian epik di bulan September ini, tidak lengkap sekiranya korang ingin berjalan mengelilingi Rusia tanpa menaiki 'bapa segala keretapi' iaitu Kereta Api Trans-Siberia. Musim panas di padang rumput yang luas di Rusia boleh menjadi lebih panas kerana kereta api yang telah berusia ini tidak dilengkapi dengan alat penghawa dingin. Tetapi jangan bimbang sangat kerana bulan Ogos baru sahaja berlalu dan menjadikan suasana dan suhu di dalam keretapi menjadi lebih nyaman  selesa.


Apabila berada di ibu negara Moscow, korang perlu luangkan masa untuk melawat Cathedral St Basil yang terletak di Red Square dan bangunan Kremlin sebelum korang mula bergerak ke timur dengan menaiki keretapi. Jangan lupa untuk singgah sebentar di Ekaterinburg untuk mengenali sejarah dan kisah lama Romanov sebelum korang kembali memulakan perjalanan ke Siberia. Apabila tiba di Irkutsk, ia merupakan lokasi persinggahan kepada para pengunjung kerana di situlah terletaknya Tasik Baikal yang indah, tasik air tawar yang paling dalam di dunia. Dari sana, korang boleh membuat pilihan sama ada boleh terus ke melengkapkan perjalanan Trans-Siberia ke Vladivostok, melintasi sempadan ke Mongolia atau berakhir di ibu negara China iaitu Beijing. Apa sahaja pilihan yang korang pilih, semuanya akan memberikan kenangan yang indah dan tidak boleh dilupakan sampai bila-bila.


So amacam korang korang dah decide mana korang nak pegi bercuti nanti? Ni hanya 4 buah negara yang dapat aku cadangkan, sebenarnya banyak je lagi negara-negara yang menawarkan aktiviti dan perayaan di sepanjang bulan September ini. Ni plan punya plan, korang dah beli tiket ke blom? Dah booking hotel? Sedang elok lah tu sebab Traveloka pun tengah buat promosi ni iaitu Traveloka Saleabration 2018. Yang menariknya Traveloka Saleabration 2018 kali ni seolah-olah Matta Fair 2018 dah!!

Sempena Traveloka Saleabration 2018 ni, korang akan dapat :


  • Tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera
  • Tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan daripada syarikat penerbangan yang terlibat. No Booking Fee!! Tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan ke mana-mana destinasi.
  • Tempoh tempahan dari 4 September 2018 - 10 September 2018.
  • Tempoh perjalanan : Bila-bila masa!
  • Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan. Tertakluk pada terma dan syarat.

So log in cepat-cepat ke laman web Traveloka atau korang boleh layari laman web Traveloka melalui aplikasinya yang boleh dimuat turun di Google Store. Dapatkan harga tiket penerbangan dan hotel yang korang mahukan di Traveloka Seleabration 2018 ni ye. Banyak yang boleh dijimatkan weh!!

Tempahlah sekarang eh!!



1 Comments

  1. booking dgn traveloka best ni sbb ada coupon bole dpt diskaun..mmg dh byk kali booking thru traveloka

    ReplyDelete