Baby Cocunut Briyani Sedap Di Restoran Mahesha TTDI, Kuala Lumpur


Bismillah,

Ni sebenarnya aku dapat tau, ada restoran masakan India nak bagi makan FREE Jumaat akan datang ni. Aku dapat tau pun sebab kawan aku yang inform sebelum ni. Tapi sebelum aku cerita lebih-lebih pasal makan FREE tu kan, ni aku nak cerita apa yang menariknya pasal menu yang akan disajikan pada hari tersebut nanti.


Actually aku nampak kawan aku post kat Facebook pasal restoran ni. Yang buat aku terliur tengok dia makan tu. Menunya Nasi Briyani tapi yang peliknya Nasi Briyani dia tu dimasak dalam kelapa muda. Aku ni pantang nampak menu-menu rare dan pelik-pelik, mula lah rasa macam nak cuba. Obvious nak tau tu menebal kemahen. Tapi restoran India tu.. err mula rasa was-was. Halal ke?


Macam-macam aku tanya kawan aku pasal restoran tu. Oh sebelum tu, nama restoran tu ialah Restoran Mahesha TTDI Kuala Lumpur. Kawan aku ni pun melayu Islam, so sebab dia dah pergi dan makan.. nak gak aku tau status restoran Mahesha TTDI Kuala Lumpur. Owner Restoran Mahesha TTDI Kuala Lumpur Mr Ganesh tu kawan kepada kawan aku. Mr Ganesh maklumkan restoran Mahesha TTDI Kuala Lumpur masih belum dapat status halal lagi tapi dia berani katakan yang menu-menu yang dihidangkan di restoran Mahesha TTDI Kuala Lumpur itu mesra pelanggan muslim (muslim friendly). Tiada hidangan yang tidak halal seperti babi dan arak di situ, bahan basah seperti ayam diperolehi daripada Ayamas dan bahan basah yang lain seperti kambing, ikan dan itik diperolehi daripada SEGI Fresh. Ok senang hati aku bila Mr Ganesh sudi untuk layan soalan-soalan sensitif aku ni. Ye la makan kena jaga wak, jadi darah daging kita nanti kan?


So aku pun plan nak cuba gak Baby Coconut Briyani di Restoran Mahesha TTDI Kuala Lumpur tu. Ada sesetengah orang bagitau harga makanan di Restoran Mahesha ni mahal. Tu pun aku baca review pelanggan yang pernah ke Restoran Mahesha ni. Alahai jangan la mahal sangat, aku bawak duit pun cukup-cukup je ni. Agaknya cukup tak RM50? Rupa-rupanya dengan RM50 tu aku boleh pesan 3 menu Baby Coconut Briyani tau! Actually harga dia pada aku biasa je kot. Ala kalau biasa makan kat restoran hipster, takkan la terkejut dengan harga RM16 untuk Baby Coconut Briyani kat Restoran Mahesha ni kan? Haha.


Baby Coconut Briyani ni di sediakan dengan mencampurkan nasi briyani dan bahan-bahan yang lain seperti ayam, itik, kambing atau ikan beserta kuah dan sebiji telur ke dalam kelapa muda. Lalu bahan-bahan ni dikukus dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. Rasa dia perghh memang sedap la kan. Nasi Briyani dia peroi lembab-lembab sikit sebab ada campuran kuah dan wap air kukusan. Rasa dia sedikit pedas, kalau tak salah aku Mr Ganesh bagitau ada lada hitam. So kalau korang nak pesan menu Baby Coconut Briyani ni untuk anak-anak korang atau bagi mereka yang tak boleh makan terlalu pedas, korang inform kat waiter tu tahap kepedasan macamana yang korang mahukan eh. Pada aku portion Baby Coconut Briyani ni boleh makan untuk dua orang, tapi kalau korang betul-betul lapar.. makan sorang je pun boleh habis haha.


Ok kalau korang teringin nak cuba macamana la rasa Baby Coconut Briyani ni kan, esok Restoran Mahesha akan bagi makan PERCUMA sempena majlis perasmian Restoran Mahesha. Details mengenai event ni aku attach sekali di bawah ni ye. Kalau berkesempatan insyaAllah aku akan join sekali. Ai dah sekali pekena Baby Coconut Briyani ni, rasa nak makan hari-hari hahaha.


MAKAN BABY COCONUT BRIYANI PERCUMA
Restoran Mahesha TTDI Kuala Lumpur
36, Jalan Tun Mohd Fuad 1
Taman Tun Dr Ismail (TTDI)
60000 Damansara.

Tarikh
28 Sept 2018

Hari
 Jumaat

Masa
12 tgh - 2 ptg

  • Sebanyak 69 Baby Coconut Briyani PERCUMA akan dihidangkan kepada para pelanggan
  • 1st come 1st serve. Setiap orang layak menebus 1 Baby Coconut Briyani sahaja.
  • Hanya 69 Baby Coconut Briyani yang pertama sahaja PERCUMA.
  • Minuman dan makanan lain akan dikenakan caj seperti biasa.


4 Comments

  1. allah. jauh nya. haha. tapi terasa sedap nya menu ni walaupun daripada gambar ^_^

    ReplyDelete
  2. menarik kaedah dia tu masukkan dalam buah kelapa. mesti rasa macam manis manis isi kelapa juga..hihi

    ReplyDelete