Min'z Sambal Hitam Pahang Original Kini Boleh Dibeli Melalui Potboy Groceries


Bismillah,

Baru-baru ni aku dijemput untuk menjadi food tester di event Potboy Groceries, dengan merasa salah satu produk yang baru sahaja dipasarkan melalui Potboy Groceries iaitu Min'z Sambal Hitam Pahang Original . Actually aku sebenarnya regular customer Min'z Sambal Hitam Pahang Original ni since beberapa bulan yang lalu. So melalui event ini, aku dapat kongsikan kesedapan dan keenakan Min'z Sambal Hitam Pahang Original .

Potboy Groceries pula merupakan portal atas talian yang berlokasi di sekitar Lembah Klang dan fungsinya adalah untuk memasarkan produk dan barangan dapur secara atas talian kepada pengguna tanpa caj penghantaran dan sebarang pesanan minimum. Maknanya korang boleh dapatkan Min'z Sambal Hitam Pahang Original ni melalui Potboy Groceries walaupun pesanan korang hanya sebotol sahaja.


So malam tu Potboy Groceries mengajak penonton-penonton bersama Min'z Sambal Hitam Pahang Original untuk melihat beberapa menu dan resepi yang boleh dimakan atau dimasak menggunakan Min'z Sambal Hitam Pahang Original. Antara menu-menu yang telah dikongsi oleh Puan Min Shamsudin iaitu pengasas dia ni adalah :

▶️ Sandwich Sambal Hitam Cheese
▶️ Bubur Nasi Sambal Hitam
▶️ Oglio Olio Sambal Hitam Ikan Talang
▶️ Kangkung Goreng Sambal Hitam
▶️ Pulut Berinti Sambal Hitam


Sebenarnya ada banyak resepi-resepi tempatan yang boleh dihasilkan menggunakan Min'z Sambal Hitam Pahang Original ini. Daripada semudah-mudah cara sehingga menu yang paling rumit bergantung pada tahap dan kemampuan korang untuk memasak. Tapi bagi mereka yang sibuk dengan urusan harian dan kerja, aku sangat cadangkan korang dapatkan Min'z Sambal Hitam Pahang Original ni. Korang boleh makan menu ni hanya dengan roti kosong je tau. Kalau korang nak makan dengan nasi pun boleh. Makan ngan nasi panas-panas, tambah plak ngan telur mata kerbau goyang.. perghh kalau aku kompom 2 kali tambah tu hoho.


Sebenarnya Min'z Sambal Hitam Pahang Original ni ada beberapa jenis antaranya :

👉 Sambal Hitam Ikan Bilis Kering
👉 Sambal Hitam Ikan Bilis Basah
👉 Sambal Hitam Ikan Talang

Untuk Sambal Hitam Ikan Bilis Kering, ia sedap dimakan ngan nasi bubur ada something yang basah-basah. Tapi nak kapit ngan roti pun sedap. Tekstur dia macam serunding ikan. Untuk Sambal Hitam Ikan Bilis Basah, sangat marvellous kalau dapat makan ngan nasi panas-panas. Maaf aku tak dapat teruskan sebab nanti terbayang-bayang haha. Ok paling epik adalah Sambal Hitam Ikan Talang. Dalam sambal hitam tu ada ketul-ketul ikan talang yang fresh. Rasa masin-masin ikan talang tu ditambah plak ngan rasa pedas sambal hitam boleh bangkitkan selera korang lagi-lagi kalau dapat makan time hari hujan perghh.


Okay untuk harga plak, Sambal Hitam Ikan Bilis Basah dan Ikan Bilis Kering adalah RM15 manakala Sambal Hitam Ikan Talang pula RM20. Korang boleh terus beli sambal ni thru FB Page atau Instagram Min'z Sambal Hitam Pahang Original yang akan aku kongsikan di bawah nanti atau terus dapatkan melalui laman web Potboy Groceries dengan harga yang sama tanpa caj penghantaran mahupun minimum order. Lagi best kan? Asal habis je korang boleh order lagi.


So kat bawah ni adalah link-link Min'z Sambal Hitam Pahang Original kot-kot la korang nak dapatkan satu sebagai tester. Tapi aku nasihatkan jangan beli satu sebagai tester sebab korang akan menyesal sebab tak beli lebih.. macam aku huhu.


Min'z Sambal Hitam Pahang Original
No.106-G, Jalan Setia Permai U13/BS
Setia Alam Seksyen U13
40170 Shah Alam
Selangor

Contact
014-666 7772

Min'z Sambal Hitam Pahang Original

Potboy Groceries




2 Comments