Bismillah,
Kalau korang berada di sekitar Bangi, Kajang atau Putrajaya tetiba teringin nak makan menu seafood dan ikan bakar, apa kata aku cadangkan korang ke Restoran Selasih Garden Seafood yang terletak di sebelah Hotel Tenera, Bangi. Tapi kalau korang tak sure arah mana, korang boleh je waze. Restoran Selasih Garden Seafood tak jauh dengan KipMall Bangi.
Kenapa aku cadangkan Restoran Selasih Garden Seafood ni?
- Ada ruang berhawa dingin
- Ruang makan yang luas, bersih dan selesa
- Ada kemudahan surau dan tandas yang bersih
- Ruang parkir yang banyak
- Ada banyak pilihan seafood yang segar
- Ada banyak menu masakan
- Tak perlu bersesak dan berebut tempat
- Boleh walk in atau buat tempahan seawal sehari.
Kat Restoran Selasih Garden Seafood ada banyak pilihan ikan, sotong, udang, ketam yang segar2. Dah tu ada banyak gak pilihan jenis masakan yang boleh korang cuba. Antaranya :
👉 Bakar
👉 Bakar Terung Pipit
👉 Kava Selasih
👉 Kukus Halia Betung
👉 Kukus Jeruk Nipis
👉 Goreng Butter
👉 Goreng Baba
👉 Goreng Pedas Masam
👉 Goreng Crackup
👉 Goreng Bawang Putih
👉 Masak Telur Asin
👉 Masak Butter
👉 Masak Semesta Rasa
👉 Pilihan nasi putih @ nasi halba
👉 6 jenis pilihan sos pencicah
👉 Tidak menggunakan MSG, bahan perasa.
👉 Sup dan kuah tomyam PERCUMA
Aku cari gak menu-menu yang biasa aku makan kalau kat restoran ikan bakar biasa tapi tak jumpa contohnya macam Ikan Bakar Petai atau Masak 3 Rasa. Semua menu-menu yang ada di Restoran Selasih Garden Seafood baru pertama kali aku dengar hahaha. So rasa macam nak cuba semua pun ada. Korang boleh lihat beberara menu yang direcommend oleh chef, menu pedas dan menu biasa. Kiranya kita tak risau la kerana di Restoran Selasih Garden Seafood ada juga menyediakan menu untuk kanak-kanak.
Tiada sebarang minimum pax. Nak tempah persendirian boleh, nak tempah berkumpulan atau majlis makan korporat pun boleh. Ada kemudahan surau, toilet dan live band gak 😍
Di Restoran Selasih Garden Seafood ni ada ruang makan berhawa dingin dan ruang makan terbuka dan ia mampu menempatkan sehingga 150 orang dalam satu-satu masa.
Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms
Best2 😍 kalau korang nak cuba rasa keenakan menu-menu yang disajikan di Restoran Selasih Garden Seafood ni bolehlah walk in atau buat tempahan di 03-89299600 ext 871 @ 0193854796.
Restoran Selasih Garden Seafood
Persiaran Kemajuan
Bandar Baru Bangi
43650 Selangor.
Waktu operasi
5pm - 12am
(Isnin cuti)
11 Comments
harga ok tak? lauk2 memang nampak sedap tu
ReplyDeleteHarga dia ok.sedap pon sedap 😍
DeleteApesal la kat bangi je ada tempat makan yg best erk...aduhaiiii....terliur akak dibuatnya tapi jauh la plak
ReplyDeleteXde la jauh sangat kak. Meh la turun bangi 😄👍
Deletekami yg duk Putrajaya ni pun kalau nak cari tempt makan best p Bangi oii .haha.. Pasnie boleh try kat sini pulak..'
ReplyDeleteThanks !
sedaplah kalau order menu bakar-bakar. Banyak menu dan fresh
ReplyDeleteBaru try Jumaat lepas. Memang tak mengecewakan. Balik rumah masih teringat-ingat...
ReplyDeleteharga dia affordable tak ? harga diaa setaraf ana ikan bakar tu ke ?
ReplyDeleteBukan restoren ni memang under Tenera Hotel ke?
ReplyDeleteBoleh la try pasni
ReplyDeleteNanti kita try😊
ReplyDelete