The Square Berwajah Baru Bermula Disember 2018


Bismillah,

So hari ni aku nak cerita pasal The Square yang terletak di Petaling Jaya atau kalau aku nak describe dengan lebih details, The Square ni terletak di Jaya One Petaling Jaya. Amacam familiar tak dengan nama ni?


Ada yang ingat, ada yang tak tau dan ada yang kata bangunan The Square ni dah ditutup. Yup betul la tu, The Square dah ditutup buat masa ni tapi ia akan dibuka kembali pada bulan Disember 2018 akan datang nanti dengan wajah baru dan lebih fresh. Wah macam menarik je kan dengan pembaharuan yang dilakukan pada The Square ni kan? Kalau sebelum ni The Square atau nama lainnya Palm Square merupakan bangunan yang menempatkan lot-lot kedai dan restoran, kini ia telah diberi idea dan sentuhan yang lebih menarik dan mampu menarik lebih ramai pengunjung pada masa akan datang nanti.


The Square mula beroperasi semenjak tahun 2015 dan telah membuat penambahbaikan dari segi struktur dan rekabentuk dalamannya yang menelan belanja melebihi 15 juta. Hasil daripada penambaikan tersebut ruang dalaman The Square yang berkapasiti 75,000 kaki persegi ini diagihkan dengan menetapkan 45% ruang pejabat, 40% restoran dan kafe manakala 15% lagi PJ Live Art.


Yang menariknya di The Square yang baru ini nanti, sebilangan restoran dan kafe yang beroperasi di dalamnya akan dibuka sehingga lewat malam. Lewat bermaksud mungkin sehingga pukul 11 ke 12 tengah malam. Jadi ia memberi kemudahan kepada para pengunjung atau pekerja yang habis kerja lewat mendapatkan hidangan tanpa perlu terburu-buru kerana takut restoran atau kafe tutup.

Untuk menjadikan The Square yang baru ini mesra pengunjung, pihak management Bina Tetap Tiara Sdn Bhd telah menekankan 4 aspek utama dalam rangka kerja penambahbaikan ini iaitu

1) Ruang Pejabat
2) Restoran dan kafe
3) Pet friendly
4) Projek pertanian dalam bandar

Bagi mereka yang ingin menyewa ruangan pejabat, korang boleh decide berapa luas pejabat yang korang mahukan dan sewa yang dikenakan mengikut kaki persegi. Kalau tak silap, satu kaki persegi anggarannya daripada RM4.00 - RM5.50 untuk ruang pejabat di tingkat 1 manakala harganya RM8.00 - RM10.00 bagi ruang pejabat di tingkat 2. Tingkat 1 kebanyakannya dipenuhi dengan lot-lot yang diisi dengan restoran dan kafe manakala tingkat 2 khas untuk ruang pejabat sahaja. Itulah yang menyebabkan perbezaan harga di antara lot pejabat tingkat 1 dan tingkat 2. Dianggarkan lebih kurang 13 buah pejabat mampu ditempatkan di The Square itu nanti.


Lagi satu bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke The Square, bangunan ini dicadangkan sebagai bangunan pet-friendly di mana pengunjung boleh membawa haiwan peliharaan mereka datang sekali ke sini. Walaubagaimanapun haiwan-haiwan peliharaan tersebut hanya boleh access di beberapa lokasi sahaja dan tidak boleh memasuki di ruangan tertutup dan ruang berhawa dingin. Ini untuk memastikan ia kekal bersih dan hygiene.


So kalau korang berminat untuk menyewa lot kedai mahupun pejabat di The Square ini, korang bolehlah rujuk maklumat yang tertera di bawah :

The Square @ Jaya One
72A, Jalan Universiti, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

Website: www.jayaone.com.my
Facebook: www.facebook.com/jayaone

Contact
012--3233563

Email
tenant-relations@jayaone.com.my

0 Comments