Aplikasi Cannis 7 dalam 1 Bakal Tersenarai Dalam NASDAQ 2021


Bismillah,

Baru-baru ni aku ke KLCC Convention Center bagi menyaksikan majlis menandatangani MOU dan persidangan oleh Cannis. Cannis yang kini trending si dunia merupakan aplikasi 7 dalam 1 yang bakal tersenarai di dalam NASDAQ pada tahun 2021 nanti. Aplikasi Cannis ini trending serata dunia kerana berjaya mengumpulkan seramai 100 ribu orang pengguna dalam tempoh lebih kurang 2 bulan sahaja.


Sejak awal tahun 2018, Cannis terus melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalaam pertanian dan macam-macam lagi. Dengan kerjasama dengan rakan strategik mereka, Cannis telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di banyak negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di NASDAQ tidak lama lagi.


Ketia Pegawai Eksekutif Dato' Ching Eu Boon juga menyatakan semasa persidangan "The Upcoming Greatest Star in NASDAQ" bersama 3000 peserta Cannis bahawa perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini, seperti teknologi digital, pangkalan data yang besar, kecerdasan buatan tetapi juga dengan penggambaran, ubat-ubatan preventif dan juga industri kecantikan.


Pada suku tahun ketiga tahun 2018 ini, aplikasi Cannis telah mencatatkan peningkatan muat turun pengguna daripada  Apple Store dan Google Play seluruh dunia sebanyak 29 billion, iaitu peningkatan sebanyak 10% berbanding suku tahun sebelumnya. Malah perkembangan yang memberangsangkan ini telah membuktikan kemampuan Cannis dalam menarik lebih ramai pengguna beralih kepada aplikasi 7 dalam 1 mereka sekaligus mendapat sokongan dan kepercayaan daripada Google.


Sepanjang hari tersebut selain memeterai MOU, aku juga dapat melihat produk-produk yang dihasilkan oleh Cannis antaranya LongTV Box dan Power Bank Box. LongTV Box bakal menjadi persaingan kepada internet tv yang ada di Malaysia tak lama lagi. Dengan memperkenalkan 300 saluran tv seluruh negara, LongTV Box bakal memenuhi permintaan dan mendapat sambutan pasaran tempatan. LongTV Box telah mendapat kelulusan SIRIM dan kini mula berada di dalam pasaran Malaysia.


Selain daripada itu, tak lama lagi Malaysia akan digegarkan dengan teknologi Power Bank Box. Konsepnya seperti 'mesin gedang' minuman yang terdapat di pusat membeli belah dan tempat tumpuan orang ramai. Pengguna boleh mendapatkan power bank pada harga yang ditetapkan melalui mesin yang disediakan. Pengguna boleh menggunakan power bank tersebut pada bila-bila masa sahaja. Jika power bank tersebut kehabisan bateri, ia boleh dipulangkan kembali kepada Power Bank Box dan duit kita akan dikembalikan. Nice kan? Lepas ni tak perlu la kita bawa power bank sendiri ke mana-mana kan?


Aku pasti Cannis akan bawa lebih banyak perubahan kepada cara hidup kita pada masa akan datang dengan teknologi yang mereka perkenalkan dan aku yakin kita akan dapat banyak manfaat daripada teknologi Cannis yang telah mula mendapat tempat di Malaysia kini.

Syabas Cannis!!

1 Comments