D'Kayangan Steamboat & Grill : Steamboat Murah Di Shah Alam


Bismillah,

Baru-baru ni aku berpeluang ke Shah Alam untuk urusan kerja. Kali ni aku bawa anak isteri sekali memandangkan urusan kerja aku habis awal. Boleh lah bawa dorang jalan-jalan pusing Shah Alam seusai habis kerja nanti. Sebelum habis kerja, aku minta puan isteri untuk decide tempat makan yang dia nak pergi nanti. Then dia cadang nak makan steamboat. Steamboat kat area Seksyen 13 Shah Alam? Aku got it ada satu lokasi yang menyediakan menu steamboat iaitu D'Kayangan Steamboat & Grill.


Actually aku pernah pergi ke D'Kayangan Steamboat & Grill sebelum ni. Tapi time tu aku pergi ngan kengkawan. So kali ni kira ok la dapat bawa puan isteri dan Jasmeen makan kat situ. Lagi pun memang feveret dorang. Lagipun D'Kayangan Steamboat & Grill tak jauh daripada tempat urusan kerja aku tu. Ada la dalam 10 ke 15 minit. Senang nak cari dan banyak parkir. Selain daripada tu, di D'Kayangan Steamboat & Grill tu ada kemudahan tandas dan surau. Walaupun kecik tapi boleh la nak tunaikan solat fardhu tu kan.


Aku dapat tau yang D'Kayangan Steamboat & Grill baru tukar management. So kali ni boleh la aku cuba kelainan yang dibawa oleh management baru. Menu-menunya steamboatnya masih sama, ada banyak seafood dan bahan perapan. Malah makanan siap sedia pun aku lihat lebih banyak daripada sebelumnya. Ada nasi lemak, nasi daging, mee goreng dan kuey teow goreng. Ada ABC, variety of ice cream dan dikatakan ada teppanyaki. Tapi masa aku datang tu hari Selasa. Menu Teppanyaki available pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Korang juga boleh pilih sama ada nak sup atau tomyam sebagai broth dan pelbagai pilihan sos pencicah.


Macam biasa lah kalau korang makan, makesure tiada pembaziran kerana setiap 100 g makanan yang korang bazirkan akan dicaj RM10. Ada beberapa perkara yang perlukan penambahbaikan iaitu lantai restoran yang licin. Aku tak pasti sebab sabun atau minyak, tapi memang membahayakan lebih-lebih lagi kepada golongan warga emas, wanita yang mengandung dan kanak-kanak. Jasmeen 2 kali kot jatuh disebabkan lantai licin. Mujur tak ada apa-apa.


Kedua pinggan mangkuk dibiarkan bertimbun di atas meja tanpa diangkat. Aku ingatkan meja aku je, rupa-rupanya setiap meja pelanggan lain pun sama. Nak letak sendiri pun tak tau kat mana. Jadi bertimbunlah pinggan dan mangkuk di atas meja kami dengan jayanya. The management should hire more workers other else they will get the same feedback from the customers. Selain daripada itu semuanya okay.


So kalau korang nak cuba D'Kayangan Steamboat & Grill ni, korang boleh buat tempahan terlebih dahulu ye sebab D'Kayangan Steamboat & Grill penuh dengan pelanggan. Mungkin sebab harganya yang berpatutan iaitu :


Dewasa RM29.90 nett (Isnin-Khamis)
Dewasa RM33.00 nett (Jumaat-Ahad)
Kanak-kanak RM12.50 nett
Kanak-kanak bawah 4 tahun : PERCUMA !!

Korang boleh terus je Waze : Dkayangan Steamboat & Grill (2 mins from Stadium Shah Alam) manakala untuk sebarang tempahan, korang boleh terus KLIK link terus ke aplikasi Whatsapp dorang :

https://api.whatsapp.com/send?phone=60122971091

https://api.whatsapp.com/send?phone=60176274015

1 Comments

  1. Belum pernah lagi pekena Steamboat kat sini.
    Nampaknya memang harganya murah kot sebab tu ramai. Kuah dia sedap tak?
    Bagi Nina kuah tu main killer kalau nak makan steamboat selain pelbagai pilihan menu dan suasana restoran yg tidak bahang.

    ReplyDelete