Homestay The Cedar Villa @ Bidor, Perak


Bismillah,

Kalau korang ke Bidor, Perak atas urusan kerja mahupun santai bersama ahli keluarga, apa kata aku cadangkan sebuah homestay yang terletak di daerah Bidor ini iaitu The Cedar Villa @ Bidor, Perak. Homestay atau lebih layak aku panggil villa mewah ini terletak dalam lingkungan 5.5 kilometer daripada Tol Bidor. 


Villa mewah The Cedar Villa @ Bidor, Perak ini terletak di atas bukit di kawasan pedalaman. Asalnya aku cuak gak, ye la sebelum sampai ke The Cedar Villa @ Bidor, Perak tu kami terpaksa melalui jalan kecik yang mana kiri dan kanannya adalah ladang pokok getah. Dari luar pagar besar korang boleh lihat The Cedar Villa @ Bidor, Perak tersergam besar di atas bukit. Kalau nak buat lokasi penggambaran filem pon cantik ni.


Korang boleh check in tepat pukul 3 petang. Bermula pukul 3 petang dan ke atas sahaja pintu pagar utama akan dibuka. Korang boleh maklumkan kepada staf yang menjaga The Cedar Villa @ Bidor, Perak tu dengan menelefon mereka. Nombor telefon ada pada papan tanda di pintu pagar utama. Kalau korang dah sampai awal, aku cadangkan korang keluar lah ke pekan dulu cari stok air dan makanan sebab pintu pagar takkan dibuka sehingga pukul 3 petang. Cari lah bekalan makanan lebih sikit sebab setau aku kat Bidor tu takde kedai 24 jam. Kedai pun tak banyak. Senang aku kata pekan mati la haha. So kalau korang plan nak memasak sepanjang korang berada di The Cedar Villa @ Bidor, Perak better korang ikut nasihat aku.


The Cedar Villa @ Bidor, Perak memang besar. Mana taknya ada 4 buah bilik yang dilengkapi dengan katil bersaiz king dan 4 buah bilik lagi dilengkapi dengan saiz queen. Setiap bilik dilengkapi juga dengan bilik air dengan water heater dan penghawa dingin. Ada 2 ruang dapur yang dilengkapi dengan peralatan memasak, freezer, peti ais, oven, kipas siling dan dapur. Ada meja makan yang mampu menempatkan seramai 10 ke 12 orang, ada hall yang dilengkapi dengan sound system dan set karaoke, ada meja snooker, ada ruang parkir yang boleh memuatkan 3 biji kenderaan dalam satu-satu masa (dalam pagar - tapi boleh je parkir kat tepi lereng bukit), ada ruang barbeku, ada infinity pool, bilik permainan untuk kanak-kanak dan berhampiran dengan sungai.


Pada aku The Cedar Villa @ Bidor, Perak ni memang sesuai bagi mereka yang ingin membuat event family day, reunion, homestay bagi menghadiri majlis perkahwinan, event korporat dan banyak lagi sebab kawasannya sangat luas, selesa dan bersih. Dia punya infinity pool pun besar, cuma aras air kolamnya tu paras dada lelaki. So kalau kanak-kanak nak mandi kolam, kena bawa pelampung sendiri dengan ditemani penjaga dan orang dewasa la ye. Tapi kalau susah-susah sangat korang boleh bawa anak-anak turun ke sungai yang terletak di belakang The Cedar Villa @ Bidor, Perak. Jaraknya dalam 200 meter sahaja. Airnya jernih, sejuk dan bersih. Memang tak ramai yang tau ada sungai di situ.


Harga The Cedar Villa @ Bidor, Perak adalah sekitar RM1100 hingga RM2400. Harga maksimum RM2400 tu on weekend dan peak season. Korang plak tak boleh booking by bilik. Kena booking satu villa terus. Kalau tak silap aku sepanjang tahun 2018 ni dah penuh orang booking. Tapi apa-apa pun korang contact lah owner The Cedar Villa @ Bidor, Perak ni ye. Tanya la kot-kot la masih ada kekosongan lagi. Weekend aku tak pasti tapi kalau korang plan nak pegi weekdays insyaAllah boleh kot.


Untuk maklumat lanjut tentang The Cedar Villa @ Bidor, Perak ni, korang boleh lah rujuk maklumat yang aku attached lat bawah ni. Mana lah tau sedikit sebanyak dapat membantu kan? 

Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms

The Cedar Villa @ Bidor, Perak
Lot 1852, Jalan Paku, Kg Chang, Bidor, Perak, 35500, Malaysia

Waze
 The Cedar At Bidor






Nombor telefon
+6012-6839979





4 Comments

  1. fulamak cantiknya homestay ni siap ada pool lagi

    ReplyDelete
  2. Memang lengkap semua kemudahan, dah la cantik. Tapi sepadan la dengan harga hihi

    ReplyDelete
  3. so mewah dapat stay kat villa ni. cantik sangat

    ReplyDelete
  4. tersorok sangat ke nak sampai situ? abg ipar saya x bagi kitorg buat family day kat situ.. takut dlm hutan katanya huhu..

    ReplyDelete