Keunikan Senibina Istana Lama Di Terrapuri Heritage Village, Terengganu


Bismillah,

Sebelum ini aku berpeluang ke Terengganu dengan mengikuti konvoi kelab motosikal berkuasa tinggi, Kingz MG. Sewaktu di sana aku sempat melihat keindahan pantai-pantai yang ada di Setiu iaitu salah satu daerah yang terdapat di negeri Terengganu. Aku tertarik untuk berkongsikan sebuah resort yang ada di sana iaitu Terrapuri Heritage Village, Setiu Terengganu.


Setiu merupakan salah satu daerah di negeri Terengganu. Ia bersempadan dengan daerah Besut di utara, daerah Hulu Terengganu di barat, daerah Kuala Nerus di selatan, daerah Kuala Terengganu di tenggara dan Laut China Selatan di timur. Populasi penduduk yang dicatat pada tahun 2010 dianggarkan seramai 55,517 orang. Ibu daerah Setiu dikenali sebagai Bandar Permaisuri.


Aku tertarik dengan Terrapuri Heritage Village, Setiu Terengganu ni disebabkan senibinanya yang unik. Senibinanya mempunyai sentuhan dan ciri-ciri bangunan Melayu lama seperti zaman kesultanan Melayu dahulu. Terrapuri Heritage Village, Setiu Terengganu ini mempunyai 29 buah bangunan dengan ciri antik dan susun atur resort ini diinspirasikan daripada istana negeri Terengganu pada kurun ke 17. Ia turut menempatkan 20 villa esklusif, galeri dan beach house.


Terrapuri Heritage Village, Setiu Terengganu terletak di Pantai Penarik yang merupakan salah satu pantai yang cantik dan bersih di daerah Setiu tersebut. Pasirnya putih dan landskapnya di penuhi dengan pohon-pohon kelapa. Sangat sesuai sekiranya korang ingin buat wedding photoshoot. Tidak hairanlah aku katakan Terrapuri Heritage Village, Setiu Terengganu ni merupakan salah satu resort yang terkenal dan menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negara.


Setiu berasal daripada nama seorang pahlawan Bugis iaitu Tok Setiu. Peperangan berlaku di antara Bugis dan Belanda disebabkan Belanda ingin menguasai negeri mereka. Ramai orang-orang Bugis melarikan diri termasuklah Tok Setiu sehingga mereka tiba di Terengganu. Pada ketika itu negeri Terengganu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad ll iaitu sultan Terengganu yang ke-10.


Dari Pantai Penarik, korang dapat melihat permandangan cantik Pulau Perhentian, Lang Tengah, Pulau Cepu, Pulau Redang dan Pulau Bidong. Manakala di sebelah malamnya pula, sekiranya nasib korang baik korang boleh melihat keindahan kelip-kelip di paya belakang Terrapuri Heritage Village, Setiu Terengganu tersebut. Kalau kena dengan musim, korang boleh melihat beberapa ekor penyu hijau naik ke darat untuk bertelur.


Harga yang ditawarkan adalah antara RM373 sehingga RM629. Harga-harga ni korang boleh lihat di laman web Booking.com, Agoda dan Expedia. Harga-harga ni pun akan berubah-ubah mengikut musim dan permintaan. Oh ye nak bagitau Terrapuri Heritage Village, Setiu Terengganu ni ada kolam renang tau. Ye la biasalah kalau menginap bersama anak-anak ni, dorang mesti akan cari kolan renang walaupun Terrapuri Heritage Village, Setiu Terengganu ni sebenarnya berhadapan dengan Pantai Penarik saja.


So kalau korang ke Setiu, Terengganu jangan lupa jadikan Terrapuri Heritage Village, Setiu Terengganu ni sebagai tempat untuk korang bermalam. Bestnya tak sabar nak repeat balik ke sini nanti. Untuk pertanyaan lanjut, korang boleh rujuk maklumat yang aku kongsikan di bawah ni ye.



Terrapuri Heritage Village,
Kampung Mangkuk,
Pantai Penarik,
22120 Setiu, Terengganu

Email
sales@terrapuri.com

Telefon
+609 6245020
+6012 9888399 (after 5.00 pm)

Faks
+609 6262022

Website
www.terrapuri.com

Instagram
www.instagram.com/terrapuri



2 Comments

  1. cantik gilos view kat sini. senibina dia memang unik sangat

    ReplyDelete
  2. ok nak part as my wishlist jalan2 hihi

    ReplyDelete