Mueang Kao Thai Cuisine : Menu Masakan Central Thailand HALAL


Bismillah,

Baru-baru ni aku ada ke Damansara Jaya atas urusan kerja. Balik pun dah lewat petang. Seusai Maghrib aku menggelupur cari tempat makan kat area Damansara Jaya tu. Ye la seharian tak makan, perut plak dah menjerit-jerit minta diisi. Mana tempat makan best area Damansara Jaya ni ye? Memandangkan aku sorang, so tak perlu lah nak bergaduh ngan puan isteri dan Jasmeen untuk cari tempat makan haha. Google punya Google aku baca pasal menu masakan Thailand kat sana. Menarik gak dapat pekena tomyam panas time macam ni kan? Aku tak buang banyak masa terus shoot ke Restoran Mueng Kao Thai Cuisine, Damansara Jaya.


Restoran Mueng Kao Thai Cuisine, Damansara Jaya ni terletak di deretan bangunan kedai dalam kawasan perumahan je. Aku pun tak bajet ada restoran best kat area situ. Nampak terpencil je. Mungkin lepas waktu kerja kan, parkir pun banyak tak payah nak berebut-rebut. Bila aku masuk ke dalam restoran Restoran Mueng Kao Thai Cuisine, Damansara Jaya tu terkejut gak aku sebab susun atur restoran tu sempoi sesangat. "Betul ke restoran ni?", sampai macam tu sekali aku fikir haha. Tapi kalau korang tengok kat Facebook, memang tinggi rating yang customer bagi. Bak kata orang Don't judge a book by its cover gitoohh. Actually buat masa ni Restoran Mueng Kao Thai Cuisine, Damansara Jaya merupakan restoran yang muslim friendly sebab mereka masih menunggu certificate HALAL daripada JAKIM. Korang tak perlu risau kerana mereka menggunakan bahan-bahan yang halal, tiada daging khinzir dan juga arak.


Untuk pengetahuan korang Restoran Mueng Kao Thai Cuisine, Damansara Jaya memperkenalkan menu masakan negara Thai tengah tau (central Thailand). Kebiasaanya kita makan masakan Thai kat warung-warung dan restoran biasa tu adalah menu selatan Thai dan aku juga pernah cuba sebuah restoran yang mengenengahkan menu masakan utara Thailand di Kajang. Aku diberitahu yang menu masakan central Thai ni lebih seimbang berbanding menu dari utara Thailand yang lebih banyak menggunakan rempah dan daun-daun dan menu selatan Thailand yang lebih ringan rasanya disebabkan pengaruh daripada menu tempatan (negeri Kelantan). So kalau korang nak rasakan perbezaan dan perbandingan antara ketiga-tiga menu dari negara Thailand ni, korang kena datang dan cuba sendiri menu-menu yang ada di Restoran Mueng Kao Thai Cuisine, Damansara Jaya ni ye.


Ok masa aku sampai ke Restoran Mueng Kao Thai Cuisine, Damansara Jaya tu orang tak ada lagi. So aku cepat-cepatlah buat pesanan sambil minta recommendation daripada pelayan restoran mengenai menu-menu yang patut aku pesan. Aku pesan Poh Pia Sod, Coconut Prawns With Thai Mango, BBQ Saba Fish, Spicy Minced Beef Salad, Thai Style Sweet Chilli Tofu, Deep Fried Paku Pakis, Spicy Fried Rice With Thai Basil, Australian Jade Perch Thai Style Salted Egg dan Geng Some Cha Om Goong. Haha jangan kata korang, aku pun baru first time dengar nama-nama menu kat Restoran Mueng Kao Thai Cuisine, Damansara Jaya ni. Serius lah takkan la aku nak makan semuanya kan? Ni aku order pun sebab kawan aku nak join makan skali sebab dorang pun ada kat area situ gak.


Ok dalam banyak-banyak menu yang aku pesan ni, paling kick adalah Geng Some Cha Om Goong. Mula-mula aku ingatkan kind of tomyam macam tu. Rupa-rupanya bukan, rasanya macam asam pedas yang dimasak bersama telur dadar. Dia punya pedas sekali ko telan memang tak rasa tapi masuk dua tiga kali telan mula rasa pedih. Owner Restoran Mueng Kao Thai Cuisine, Damansara Jaya bagitau resepi tu dimasak bersama gabungan beberapa jenis cili. Pergh patutla pedas dia lain maciam haha. Tapi yang pedas tu la kita mahukan ye tak. Kalau tak nak pedas jangan makan kat restoran Thailand macam Restoran Mueng Kao Thai Cuisine, Damansara Jaya ni.


Then korang kena cuba beberapa menu lain seperti Australia Jade Perch Thai Style Salted Egg dan BBQ Saba Fish. Untuk menu Australia Jade Perch Thai Style Salted Egg ni, dia punya rasa telur masin kuning tu tak kuat sangat. Pada aku sedap tapi ada juga sesetengah orang suka rasa kuat telur masin kuning tu. Tapi ni first time la aku rasa Australian Jade Perch ni. Ikan Jade Perch ni femes kat Australia dan Australia merupakan pengeluar ikan ini di dunia. Tetapi atas inisiatif rakyat tempatan, ikan Jade Perch ni muka dibela dan dikomersilkan di Malaysia. Nak tau wakil penternak ikan Jade Perch Australia kagum dan mengakui ikan Jade Perch yang dihasilkan di Malaysia ni mempunyai kualiti dan baka yang lebih baik berbanding Australia. Haa nak rasa? Ikan Jade Perch ni hanya boleh didapati di Restoran Mueng Kao Thai Cuisine, Damansara Jaya ye. Lagi satu menu thorbaek kat Restoran Mueng Kao Thai Cuisine, Damansara Jaya ni adalah BBQ Saba Fish. Ikan Saba ni femes kat Jepun tau kini korang boleh cubanya di Restoran Mueng Kao Thai Cuisine, Damansara Jaya.



amacam menarik kan menu-menu dia. Actually ada lagi menu-menu lain yang menarik perhatian aku macam ketam nipah tapi kena booking terlebih dahulu. Nampak gayanya next time la kot haha. So kalau korang nak cuba menu-menu masakan central Thailand boleh la ke Restoran Mueng Kao Thai Cuisine, Damansara Jaya. 



Mueang Kao Thai Cuisine
No 21 (Ground Floor, Jalan SS 22/11, 
Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya,
Selangor

Opening Hours :
11am-3pm & 5pm-11pm

Contact For Booking/Event :
014-273 1512


USE FAVE COUPON CODES FOR MORE
DEALS ON HOTEL

0 Comments