Ada Masalah? Perlukan Bantuan Kewangan? Muslim Volunteer Malaysia (MVM) Kan Ada


Bismillah,

Tahu tak korang yang sebenarnya kita di Malaysia ni tak keseorangan. Kadang-kadang kita fikir kalau ada masalah kecil atau pun besar tak tau nak rujuk kat siapa kan? Tiba-tiba je jadi buntu. Dengan masalah peribadi lah, masalah kat tempat kerja, masalah keluarga, masalah kewangan dan macam-macam lagi lah. Kadang-kadang tekanan daripada masalah-masalah yang kita hadapi ni boleh mengganggu emosi dan akal. Tu yang banyak berlakunya kes-kes perceraian, penderaan anak, rompakan, putus persaudaraan malah sehingga ke tahap bunuh diri. Sedar tak kita sebenarnya kita ada pilihan lain selain pihak berkuasa tempatan, kita ada badan-badan NGO yang banyak menyalur sumbangan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan.


SENARAI BADAN SUKARELAWAN DI MALAYSIA
Antara contoh badan sukarelawan di Malaysia yang biasa kita dengar adalah seperti :

  • Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
  • Yayasan Salam Malaysia
  • Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
  • Ikatan Siswazah Muslim Malaysia (ISMAWEB)
  • Dewan Usahawan Industri Desa Malaysia
  • Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
  • Islamic Da’wah Foundation Malaysia
  • Dan banyak lagi.


Dalam senarai pertubuhan sukarelawan di Malaysia (NGO) yang banyak membantu masyarakat, pernah tak kita dengar pasal Pertubuhan Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia? Haa jangan kata korang, aku pun baru je tau pasal Muslim Volunteer Malaysia ni atau singkatan namanya MVM. Muslim Volunteer merupakan contoh pertubuhan sukarela yang menjalankan aktiviti sukarelawan dan aku dapat tau pun daripada seorang kenalan. Asalnya aku nak tanyakan tentang bantuan untuk salah seorang kawan mak aku. Makcik tu ibu tunggal yang kematian suami. Dia menyara 4 orang anak yang mana 2 orang bersekolah menengah dan 2 orang lagi masih kecil. Lagi bertambah bebanannya bila mengetahui yang anak bongsunya yang berumur 3 tahun mengalami komplikasi jantung. Dia sekarang meniaga kecil-kecilan, jual roti dan terima tempahan bawang goreng. Kesian dengan keadaannya tu, tu yang merata aku tanya orang kot-kot la aku boleh dapatkan bantuan untuk mereka. 


MENGENAI MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA
Aku diberitahu yang Muslim Volunteer Malaysia (MVM) ni dah bertapak di Malaysia sejak 30 Disember 2014 lagi. Almost 4 tahun dah kan? Lama jugak tu tapi kita je baru tau ni haha. Tapi takpe la at least kita tau juga kat mana kita nak dapatkan sumbangan atau bantuan sekiranya kita perlukan bantuan ye tak? Dalam tempoh 4 tahun ni, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) ni telah melahirkan 50,000 sukarelawan di seluruh Malaysia yang berumur dalam lingkungan 18-24 tahun. Semuanya belia remaja dan aku rasa kebanyakan antara mereka ni merupakan pelajar-pelajar university dan kolej la kot. Lagi membuatkan aku bertambah yakin dengan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) ni bila mana mereka tersenarai sebagai 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Terbaik Di Malaysia pada 2016 tau. Haa korang dah daftar volunteer Muslim Volunteer Malaysia tak? Jangan risau sebab Muslim Volunteer Malaysia (MVM) ni dah tersenarai dalam pendaftaran sukarelawan NGO dan merupakan salah satu badan sukarelawan Malaysia. Banyak kepentingan menyertai pertubuhan sukarela ni tau.


PROGRAM VOLUNTEER MALAYSIA
So antara khidmat dan bantuan yang diberikan oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM) kepada masyarakat Malaysia adalah seperti :

MVM HOPE
Ini merupakan program berfasa di mana bantuan yang disalurkan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan merangkumi keperluan asas, pendedahan kemahiran dan pantauan komitmen.


MVM UNITY
Ok untuk program ini, pihak Muslim Volunteer Malaysia (MVM) akan memberi pendedahan dan kesedaran kepada sukarelawan terhadap masalah yang dihadapai oleh masyarakat selain menjalani pelbagai aktiviti bersama bagi mengeratkan hubungan di antara sukarelawan dengan masyarakat.


MVM REACH
Dengan program ini, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) akan berkolaborasi dengan syarikat dan badan-badan korporat bagi menjayakan program atau khidmat masyarakat.


MVM RELIEF
Program ini memfokuskan tentang misi bantuan kecemasan bencana kepada mereka yang memerlukan sama ada di dalam Negara, Asia Tenggara mahupun Timur Tengah.


MVM TOUCH
Ok bagi program ini, ia bukanlah program berfasa dan bantuan atau sumbangan yang diberikan secara ‘one off’ berdasarkan aduan atau laporan yang diberikan oleh orang awam.


TABUNG BANTUAN SALAM
Tabung Bantuan Salam yang diperkenalkan oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM) ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga penerima bantuan dalam kadar yang segera. Maknanya seperti bantuan kilat la contohnya bantuan persekolahan anak-anak yang kurang berkemampuan, kemalangan sehinggakan hilang upaya dan mata pencarian, pengidap penyakit kronik dan bermacam-macam lagi. Penerima Tabung Bantuan Salam ini akan ditapis terlebih dahulu oleh pihak pengurusan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) supaya bantuan yang diberikan itu dapat dimanfaatkan oleh mereka yang benar-benar memerlukan. Antara syarat-syarat kelayakan :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah/keluarga RM1,500 ke bawah

TABUNG BANTUAN PERNIAGAAN



Tabung Bantuan Perniagaan ni pula dibuka sepanjang tahun. Fokus pemberian bantuan adalah kepada mereka yang kurang berkemampuan tetapi komited untuk menambahkan pendapatan keluarga. Antara syarat-syarat kelayakan adalah :

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai perniagaan sendiri
  • Pendapatan isi rumah/keluarga RM1,500 ke bawah.
  • Komited untuk menambahkan pendapatan keluarga melalui perniagaan.

Nah sekarang aku dah tau saluran mana yang patut aku salurkan dan bantuan apa yang layak untuk kawan mak aku tu. Aku rasa Tabung Bantuan Perniagaan lebih baik sebab sekarang dia ada terima tempahan buat roti dan bawang goreng. Yang jadi masalahnya dia tiada transport untuk bawa barang-barang jualan dia tu. Kalau lah dapat diberikan sebuah motosikal pun aku rasa cukup besar nilainya bagi mereka seisi keluarga. Boleh dibawa berniaga dan juga memudahkan urusan anaknya di hospital.
Oh ya bagi memastikan kelancaran segala program dan bantuan yang diberikan kepada masyarakat, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) turut melancarkan KEMPEN 10 dimana dengan adanya bantuan daripada program ini dapatlah membantu persatuan menanggung kos perbelanjaan dan tadbir urus dalam usaha melaksanakan program yang dirangka setiap bulan.


CARA MENYUMBANG DI MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA
Muslim Volunteer Malaysia (MVM) juga mengalu-alukan mana-mana syarikat dan badan korporat untuk menyumbang dan menyuntik dana untuk kempen-kempen yang diperkenalkan oleh mereka dengan menghubungi :

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) – 03 8074 0434

Unit Fundraising MVM
(En Hasbullah) – 012 235 6854

Whatsapphttp://sumbanganmvm.wassap.my/

Manakala sekiranya korang nak bersedekah atau ingin memberikan sedikit sumbangan, boleh juga salurkan di dalam webpage Donation MVM di www.donation.mvm.org.my . Melalui laman sesawang tersebut, masyarakat dapat melihat kempen-kempen yang sedang dijalankan dan informasi tentang kempen tajaan.


Jika korang berminat nak apply bantuan, membuat sebarang aduan, ingin berkolaborasi, nak daftar Volunteer Malaysia atau sebarang pertanyaan berkaitan perogran yang diperkenalkan oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM) boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah ni ye.

No. Telefon :
03-80740484

Email :




TWITTER

YOUTUBE CHANNEL : http://bit.ly/youtubemvm


Atau korang boleh isi maklumat di dalam boring aduan pada link di bawah :

InsyaAllah dengan pelbagai usaha dan bantuan yang diberikan oleh pihak NGO seperti Muslim Volunteer Malaysia (MVM) ini, beban yang ditanggung oleh keluarga individu yang memerlukan dapat diringankan. Kita ikhtiar sama-sama, semoga hari kita hari ini lebih baik daripada semalam ye. Jika kita rasa buntu dan tak siapa yang ambil peduli, ingatlah masih ada insan-insan yang prihatin di luar sana yang sudi berhabis kudrat dan harta semata-mata untuk kita.


3 Comments

  1. Hebatlah MVM nie. Kagum sangat dengan pioneer diorang tu.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum macam mana nak mohon bantuan kewangan dgn segera

    ReplyDelete
  3. Hello Adakah anda memerlukan pinjaman peribadi atau perniagaan tanpa tekanan dan kelulusan yang cepat? Jika ya, sila hubungi kami kerana kami kini menawarkan pinjaman pada kadar faedah utama 3%. Pinjaman kami terjamin dan selamat, untuk maklumat lanjut dan permohonan, sila balas E-mel ini: kabelofinance@outlook.com
    WhatsApp +6580643329

    ReplyDelete