Hotel De Art : Boutique Hotel Dengan Harga Bajet Di Shah Alam



Bismillah,

Before this aku ada ke Shah Alam, saja-saja nak bawak Jasmeen jenjalan. Hauk sangat kan jenjalan ke Shah Alam je. Orang lain bawak family bercuti jejauh, aku bawak family ke Shah Alam haha. Tak pe la rezeki  masing-masing Allah dah tentukan kan? Tunggu je la mana tau rezeki kita plak lain kali.


Ok berbalik pada cerita, jenjalan pusing Shah Alam dan puas makan bagai aku plan nak stay je kat Shah Alam. Lagipun weekend kan, ade apa nak dibuat pun. Tu la masalahnya nak stay kat mana ni? Sebelum ni aku pernah stay kat Kekaboo, Seksyen 15. Tapi takkan nak ke sana lagi. So pusing punya pusing aku perasan la Hotel De Art kat area seksyen 19 tu. Aku pernah nampak Hotel De Art ni kat Seksyen 7, kat iCity ngan USJ. Banyak gak cawangan dia kat Shah Alam ni rupanya. Pernah dengar je daripada kengkawan yang Hotel De Art ni cantik interior design dia. So tak fikir panjang aku pun walk in terus la.


Hotel De Art Seksyen 19 ni tak la besar mana. Lokasi dia kat sebelah Hotel D'Palma Seksyen 19 dan sebelah Speedmart 99. Even ruangnya terhad tapi serius interior design dia memang awesome. Smart dan simple. Ada lukisan mural permandangan di Paris kalau aku tak silap la. Aku pilih bilik bersaiz Art Queen Deluxe macam tu la. Harga RM95 semalam. Rate harga Hotel De Art Seksyen 19 ni takde la mahal mana. Average daripada RM85 hingga RM153 je. Itupun ikut saiz bilik dan cuti umum. Kalau weekdays memang murah la.


Saiz bilik yang aku pilih ni kecik je. Katil saiz queen, ada aircond yang sejuk giler, ada tv LCD, meja solek, cermin, tak ada tingkap, ada water heater, tak ada almari baju dan kalau korang nak iron baju, boleh iron kat luar. Iron ada disediakan di kaki lima bilik Hotel De Art Seksyen 19.


Kat Hotel De Art Seksyen 19 ni tak ada breakfast atau cafe tau so korang kena keluar cari makan sendiri. Kalau korang check in hari Sabtu, korang boleh pergi ke pasar malam pada sebelah petangnya yang terletak betul-betul di tepi Hotel De Art Seksyen 19 tu. Untuk parkir kenderaan pula, korang boleh parkir di tepi Hotel De Art Seksyen 19 atau di bahagian hadapan Speedmart 99. Tapi makesure korang maklumkan nombor plat kenderaan korang pada staf yang bertugas di kaunter ye kot-kot la MBSA buat rondaan ke.


Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms

So kalau korang ke Shah Alam atas urusan rasmi, adik beradik konvo atau undangan majlis kahwin dan cari tempat nak bermalam bajet, aku syorkan Hotel De Art Seksyen 19 ni. Selesa, cantik dan murah. Lagi best kalau 10 kali korang stay kat sini, korang boleh redeem 1 kali stay secara PERCUMA! Lagi satu kalau korang share gambar-gambar korang stay kat mana-mana cawangan Hotel De Art ni dan tag @hoteldeart dan Kat bawah ni aku kongsikan maklumat kot-kot la korang nak tau lebih details lagi pasal Hotel De Art Seksyen 19 ni kan?


Hotel De Art
19/D, Seksyen 19
40300 Shah Alam
Selangor

Tel : 03-58887090
Email : info19@hoteldeart.com.my
Web : seksyen19.hoteldeart.com.my

Facebook | Instagram


2 Comments

  1. Pernah servey hotel ni utk mak mertua. . Tapi xda cafe xjadi check in. .

    ReplyDelete
  2. Hotel ni lah yang banyak bilik cantik dan cute tu kan.

    ReplyDelete