Tony Roma's Memperkenalkan 3 Menu Istimewa Sempena Ulangtahun Ke 12


Bismillah,

Aku nak kongsikan sesuatu yang menarik perhatian aku tentang Tony Roma's. Baru-baru ni cawangan Tony Roma's di seluruh Malaysia telah meraikan ulangtahun mereka ke 12. Yes 12 tahun ye, bukan suatu jangkamasa yang singkat. Dalam tempoh 12 tahun ini, telah banyak menu yang diperkenalkan oleh cawangan Tony Roma's di Malaysia ini. Justeru itu bersempena ulangtahun ke 12 kali ini, Tony Roma's telah memperkenalkan 3 menu terbaru kepada para pelanggannya. Tapi ada sesuatu yang menarik tentang menu-menu yang ditampilkan mereka kali ini.


Kali ni sempena ulangtahun ke 12 Tony Roma's, mereka telah menyajikan menu masakan barat yang mengetengahkan ciri-ciri masakan tempatan. Siapa sangka korang boleh makan steak cicah ngan sambal hijau kat Tony Roma's ni haha. Yes tu salah satu menunya iaitu Ribeye with Green Chilli Sauce yang berharga RM85.90. Cili hijau tu dipetik daripada ladang tempatan Cameron Highland.


Kemudian korang kena cuba salah satu killer menu yang menjadi pilihan pengunjung Tony Roma's selama ini iaitu Lamb Shoulder tapi kali ni dimprovasi menjadi Grilled Lamb Shoulder with Pineapple Sauce & Salsa yang berharga RM89.90. Ok aku dah rasa menu ni. Rasa sos dia macam korang makan siakap masam manis tu. Ada nenas dan sayur-sayur yang dipotong dadu menjadi salsa. Manis-manis rasanya dan ofkos la sedap. Mana tak nya nenas ni dorang dapatkan daripada peladang di Ayer Hitam, Johor. Unik kot rasanya bila korang makan ngan Grilled Lamb Shoulder tu. Rasa sweet-grill lamb shoulder tu blend ngan rasa masam-manis nenas, aku rasa 2 lamb shoulder memang tak cukup hahaha. Korang sendiri pun tau kan dia punya lamb shoulder kemain lembut. Perghhh mengigau beb!


Last but not least menu terakhir yang korang kena cuba sempena ulangtahun ke 12 Tony Roma's di Malaysia ni. Maaf aku nak bagitau betapa menyesalnya aku order menu ketiga ni. Menyesal sangat sebab aku tak bawak kawan-kawan aku sekali. Giler lah aku tak tau dorang guna ayam apa yang besar-gemuk sangat macamtu. Betul ke ayam atau aku makan ayam belanda tu? Saiz separuh kot tapi isk malas la aku nak bebel. Pastu dimasak plak dengan sos halia menjadikan ia menu Half BBQ Chicken with Automatic Ginger Sauce berharga RM39.90. Rasa tak pedas sangat dan sangat sesuai dimakan dengan ayam yang separuh dan gemuk tu haha.


Actually sempena 12 anniversary Tony Roma's kali ni, Tony Roma's telah berkolaborasi dengan petani-petani dan peladang tempatan bagi memperkenalkan dan mempromosikan produk rakyat tempatan. Nah sekarang mereka membuktikan steak dan grill boleh dimakan dengan cara dan menu masyarakat tempatan. FAMA sebagai wakil dan orang tengah benar-benar percaya dengan adanya promosi dan RND seperti ini daripada Tony Roma's, kedua-kedua belah pihak akan mendapat kelebihan dan keuntungan secara tidak langsung di atas kerjasama seperti ini.


So kalau korang nak cuba menu-menu  western dengan citarasa masyarakat tempatan, mohon bawa sekali keluarga dan kawan-kawan cuba menu-menu ni di -cawangan-cawangan Tony Roma's di seluruh Malaysia.






0 Comments