Jom Menyumbang Misi Kemanusiaan Winter Mission Syria 3.0 Melalui Muslim Volunteer Malaysia


Bismillah,

Tatkala pengacara majlis menjemput Presiden MVM tampil ke hadapan untuk menyampaikan sepatah dua kata, aku agak terkejut. Aku sangkakan Presiden Muslim Volunteer Malaysia (MVM) adalah seorang yang agak berusia ataupun paling tidak pun umurnya sekitar 40 an. Tapi yang tampil ke hadapan ketika itu adalah seorang anak muda. Lagi mengejutkan umurnya hanya 24 tahun! Siapa sangka anak muda ini sudah memikul tanggungjawab besar membantu rakyat di dalam dan di luar negara dengan memberi pelbagai sumbangan melalui pelbagai program yang terancang.


Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2018 ini sebanyak 68 program bantuan telah berjaya dilaksanakan dan 6 daripadanya adalah program yang disasarkan kepada masyarakat yang berada diluar negara

Ini merupakan pertama kali aku menghadiri program yang dianjurkan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan bila aku perhatikan sekeliling, aku lihat kebanyakan tenaga-tenaga kerjanya terdiri daripada anak muda yang rata-ratanya berumur awal 20 an. Kagum aku dengan keupayaan anak-anak muda ini. Walaupun digalas dengan misi yang besar namun mereka membuktikan kemampuan mereka dan menafikan yang umur muda bukan penghalang untuk mereka menyalurkan bantuan kepada dunia.


Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2018 ini sebanyak 68 program bantuan telah berjaya dilaksanakan dan 6 daripadanya adalah program yang disasarkan kepada masyarakat yang berada diluar negara. Kebanyakan program yang dilaksanakan masih tetap mengkhususkan masyarakat di dalam negara secara amnya. Dengan kejayaan program yang dianjurkan pada 2018, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) mensasarkan sebanyak 89 lagi program yang akan dijadualkan pada tahun 2019. Banyak kan?


Banyak sangat program ni, ramai ke tenaga kerja dan sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia ni? Tak lah, Muslim Volunteer Malaysia cuma hanya ada 24 tenaga kerja je tapi mereka mempunyai seramai 60,000 orang volunteer di seluruh negara! 24 orang tenaga kerja pada mata korang mungkin kecil tetapi pada aku setiap seorang daripadanya memikul tanggungjawab dan bebanan tugas sepeti 10 orang. Dasyat betul keupayaan mereka ni.


Untuk pengetahuan korang baru-baru ni Muslim Volunteer Malaysia (MVM) telah berkerjasama dengan Global Peace Mission (GPM) untuk membantu rakyat Syria dalam menyalurkan bantuan dalam bentuk pakaian sejuk dan juga kotak makanan di kem pelarian Syria Gaziantep, Syria - Turki. Kempen pengumpulan dana untuk tujuan ini telah pun bermula dari bulan Disember 2018 sehingga Januari 2019 nanti. Target dana yang perlu dikumpulkan dianggarkan sebanyak RM300,000 dan mereka sangat mengalu-alukan sumbangan dan tajaan daripada masyarakat dan badan-badan korporat bagi merealisasikan misi kali ini.

Muslim Volunteer Malaysia cuma hanya ada 24 tenaga kerja je tapi mereka mempunyai seramai 60,000 orang volunteer di seluruh negara!


Ini merupakan misi kali ketiga mereka setelah mereka berjaya menyempurnakan misi menyalurkan bantuan sebanyak RM100,000 kepada kem pelarian Syria Turki dengan kerjasama Malaysia Life Line For Syria (MLLFS) pada misi pertama dan bantuan sebanyak RM200,000 masih dengan kerjasama Malaysia Life Line For Syria (MLLFS) bagi penghantaran bantuan berupa baju sejuk, selimut dan susu bayi. Untuk melihat sejauh mana keberkesannya dan berjayanya misi yang dibawa Muslim Volunteer Malaysia ini korang lihat sahaja lah jumlah dana bantuan yang dibawa mereka setiap tahun. Meningkat bukan? Dari situ kita tahu yang Muslim Volunteer Malaysia (MVM) ni bukan badan NGO yang biasa-biasa. Masakan la mereka boleh merangkul gelaran Top 5 NGO Terbaik di Malaysia pada tahun 2016!


Jadi bagi menggalakkan dan menarik minat masyarakat dalam menyalurkan bantuan dan bentuk kewangan atau tenaga kerja dengan mendaftar sebagai salah seorang volunteer, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) turut melantik duta dan ikon mereka untuk setiap tahun. Pada tahun 2014 mereka melantik Datin Umi Aida sebagai ikon mereka manakala pada tahun 2016, Datuk Prof. Dr Muhaya Mohamad telah dilantik menjadi penasihat Muslim Volunteer Malaysia. Malah sejak ditubuhkan telah ramai artis dan selebriti tempatan turut berkerjasama dengan menjadi ikon Muslim Volunteer Malaysia (MVM) ini antaranya Dato' Fadzilah Mohamad Khamsah, Helliza Helmi, Hazwani Helmi, Diana Amir dan Azmi Saat. Malah pada tahun 2019 nanti, Muslim Volunteer Malaysia turut memperkenalkan beberapa nama ikon mereka yang baru seperti Ustaz Dato' Dr.Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim (penyanyi dan usahawan Bizmilla Catering, Noorsyarmilla Binti Jirin, Kumpulan Inteam, Da'ie Ahmad Izzhar Bin Ahmad Nazri dan Puan Ernayanee Binti Nur Julaimi (CEO De'Xandra). Semakin meningkat tahun, semakin ramai penglibatan artis dan selebriti dalam mempromosikan program-program yang dianjurkan oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM) ini.

Dari situ kita tahu yang Muslim Volunteer Malaysia (MVM) ni bukan badan NGO yang biasa-biasa. Masakan la mereka boleh merangkul gelaran Top 5 NGO Terbaik di Malaysia pada tahun 2016!


Tujuan ikon MVM ini diwujudkan adalah untuk mempromosikan, mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat setempat dan antarabangsa tentang kewujudan dan fungsi Muslim Volunteer Malaysia dalam menyalurkan sumbangan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Dengan adanya ikon MVM insyaAllah ia dapat merapatkan jurang antara masyarakat dan pihak MVM dan memberi pendedahan yang secukupnya tentang tugas dan tanggungjawab Muslim Volunteer Malaysia.


Aku cuma berharap satu hari nanti aku juga dapat menceburkan diri dalam misi bantuan yang diberikan oleh Muslim Volunteer Malaysia ini. Kalau tak dapat ke Syria pun, dapat hantar bantuan ke dalam negara pun dah cukup bersyukur. InsyaAllah satu hari nanti jika diizinkan Allah ye. Semoa Allah perkenankan.


Sekiranya korang ingin menyalurkan bantuan dan sumbangan dalam merealisasikan bantuan-bantuan yang akan disalurkan kepada mereka yang tidak berkemampuan, boleh lah salurkan melalui akaun yang tertera di bawah :


Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia 
Maybank : 56480 164 7699 
CIMB : 8602 5378 07 
Bank Islam : 1230 0010 0030 65 
Media Sosial Muslim Volunteer Malaysia (MVM)


Laman rasmi

Laman sumbangan : https://donation.mvm.org.my/ 


Instagram


Sebarang maklumat boleh lah diajukan melalui :

Emel

Tel : 03-80740434 

Alamat
Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia, No 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor



11 Comments

  1. Ingat awak menjadi duta tadi hehehehe kalau awak kita sanggup menyumbang...

    ReplyDelete
  2. Bagus inisiatif anak-anak muda ni. Semangat dorang kuat untuk membantu golongan yang memerlukan. Semoga urusan mereka dipermudahkan.

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah semoga sumbangan rakyat malaysia boleh membantu dorang beli keperluaan musim sejuk. insyallah semoga kita murah rezeki selepas menderma nanti

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..murni sungguh usaha anak2 muda ini dalam melakukan misi kemasyarakatn sebegini. Harap menjadi ikutan anak-anak muda yang lain. Moga ramai yang menyumbang demi membantu mereka yang kurang berkemampuan ini

    ReplyDelete
  5. Jom bantu mereka yang memerlukan bantuan daripada kita. Tak dapat sumbang banyak, sikit pun dah cukup kan

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  6. saya memang sokong penuh program macam nih...ini sebahagian dari tanggungjawab kita sesama saudara dan juga atas nama kemanusiaan...semoga dipermudahkan segala urusan kita yang membantu dan yang dibantu...

    ReplyDelete
  7. Suka tgk sukarelawan cmni.. Membantu org2 yg susah di liar sana... Dan kawan wawa juga ada join muslim volunteer ni.. Tgk dia update kdg2 rse seronok je jiwa ni..

    ReplyDelete
  8. Seronok bila duit sumbangan kita nampak kemana tujuannya. Misi ke Syria ni kita Ingat simple. Bagi itu ini dah selesai. Tp sebagai volunteer yang berperikemanusiaan pasti rasa hiba tengok keadaan anak-anak kecil. Ingat negara timur tengah takda salji? Syria ni ada salji tau. Sejuk. Kita sejuk pun sering lapar. Mereka lagi la. Ni yang nak nangis ni.

    ReplyDelete
  9. I wanna share this to my Muslim friends... Hopefully will have now awareness about this

    ReplyDelete
  10. Bagus apa yang dilakukan mvm ni. Banyak kerja amal yang diaorang buat. Selalu nak tgk ig diaoranng. Terongin nak jafi volunteer mvm ni.. Tapi belum ada masa sesuai lagi. Terbaikla

    ReplyDelete
  11. Baguslah program cenggini.. Mengetengahkan anak muda dan melibatkan mereka dlm bidang cenggini.. Membentuk masyarakat menjadi lebih berwibawa, punya jati diri dan berhemah.. Syabas buat anak2 muda MVM

    ReplyDelete