Yoodo Menganjurkan Yoodo Community Meet-Up Day Di Starling Mall, Damansara


Bismillah,

Baru-baru ni aku dijemput untuk memeriahkan program yang dianjurkan oleh Yoodo iaitu Yoodo Community Meet-Up Day yang bertempat di Starling Mall, Damansara. Best gak program yang julung-julung kali diadakan oleh Yoodo ni. Actually program Yoodo Community Meet-Up Day ini adalah sebagai tanda penghargaan Yoodo kepada para pelanggannya di atas kesetiaan mereka  memilih pelan kad sim Yoodo.


Di sana kami beratur mendaftarkan diri untuk mendapat goodies bag daripada Yoodo dan pada masa yang sama kami juga mendapatkan tayangan khas percuma di MBO Cinema untuk filem Robin Hood. Bukan setakat filem, setiap subscriber yeng bertuah akan mendapat set popcorn dan air secara percuma juga. Keseronokan program Yoodo Community Meet-Up Day tak berhenti setakat itu sahaja. Dalam goodies bag yang diberi tu, ada tshirt Yoodo dan ada pek sim baru bagi mereka yang ingin mendaftar pelan yangdiperkenalkan oleh Yoodo. Malah sebelum tayangan bermula, pelanggan-pelanggan yang bertuah disajikan dengan beberapa booth permainan di sekitar pawagam di mana sekiranya mereka menang, mereka berpeluang untuk mendapatkan RM5 yang akan dimasukkan ke dalam akaun Yoodo mereka. Perghhh memang best sangat!!


Actually kalau korang masih belum tahu Yoodo mula dilancarkan pada Januari 2018. Ia mula beroperasi di bawah Celcom di mana ia menawarkan perkhidmatan telekomunikasi secara digital dan mensasarkan golongan digital pada masa kini. Bezanya Yoodo dengan pelan yang dipekenalkan oleh syarikan telekomunikasi yang lain, Yoodo membolehkan penggunanya merangka pelan mereka mengikut keperluan mereka sendiri menerusi aplikasi, memilih kuota data, panggilan, sms mengikut keperluan dan kegunaan mereka setiap hari sahaja.


Dari situ mereka boleh tetapkan bajet penggunaan dan jumlah yang perlu di bayar setiap bulan. Almaklumlah bukan semua orang berkerjaya dan mampu malah ada dikalangan mereka merupakan pelajar yang masih bergantung kepada bantuan ibu bapa mereka. Jadi pelan Yoodo sangat membantu mereka untuk merangka bajet pada setiap bulan.


Malah sebelum tayangan bermula Ketua Pengarah Eksekutif Yoodo, Tuck Mun turut berkongsi beberapa pembaharuan yang diperkenalkan oleh Yoodo. Antaranya memperkenalkan Roam Like Home Plus plan di mana setiap pengguna Yoodo boleh menikmati akses internet di 41 buah negara di seluruh dunia pada kadar yang sama. Selain daripada itu pembayaran melalui online banking juga turut diperkenalkan pada akhir Disember 2018 ini bagi memudahkan pengguna membuat pembayaran tanpa perlu ke cawangan-cawangannya. Antara lain yang turut diperkenalkan adalah Flexi Booster. Melalui kaedah ini pengguna yang membeli booster hampir dengan tarikh tamat tempoh, harganya akan jadi lebih murah. Sangat menarik dan menjimatkan pengguna!


Pada program yang sama, Yoodo turut menyampaikan beberapa anugerah kepada pengguna setia mereka melalui tiga kategori antaranya Longest Active SuperUser, Most Active SuperUser dan Most Promising SuperUser. Mereka menerima hadiah berupa Huawei P20, Huawei Y7 Prime dan juga Samsung Galaxy J1 sebagai tanda penghargaan dan sokongan mereka selama ini.


Aku harap program seperti ini dijadikan acara tahunan sebagai tanda sokongan dan terima kasih Yoodo kepada para pelanggannya. Kita sebagai pelanggan akan rasa dihargai dan sudah pastinya akan terus menyokong perkembangan Yoodo dan terus setia bersamanya di masa akan datang.


1 Comments