Yusa Food Products Memasarkan Produk Bumiputera Berkualiti Dan Halal Di Malaysia

11:34 AM


Bismillah,

Baru-baru ni aku berkesempatan ke Majlis Perasmian Yusa Food Product di Sunway Putra Mall. Majlis dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail. Wah nice lah sebab selama ni yang aku tau produk-produk daripada usahawan tempatan dijual atau dipasarkan secara sendirian sahaja. Tapi dengan adanya Yusa Food Product ni, produk-produk keluaran tempatan dapat dikumpulkan dan dipasarkan bersama-sama. Lagi best produk-produk ni halal, berkualiti dan merupakan produk bumiputera!


Ada antara produk-produk ini yang telah mendapat tempat di pasaran luar negara dan rata-ratanya merupakan produk yang laris di pasaran tempatan. Bila ditanya tentang produk-produk yang ada dipamerkan, pemilik Yusa Food Products iaitu Puan Norli Binti Yusop menekankan mereka akan lakukan saringan secara berperingkat dalam pemilihan produk. Ia adalah untuk memastikan yang produk-produk yang akan dipasarkan di bawah naungannya menepati piawaian dan standard yang ditetapkan supaya produk-produk tersebut mudah dipasarkan dan sudah mendapat tempat di kalangan pengguna dan rakyat tempatan.

Kalau korang berminat nak dapatkan doorgift untuk sebarang majlis keraian, Yusa Food Products pun ada menyediakan khidmat seperti itu

Antara produk-produk yang ada dipasarkan di bawah jenama Yusa Food Product ini adalah seperti Kerepek Popia Rumpai Laut, Jejari Ketam Berempah, Samza's Sambal Hijau, Samza's Perencah Masak Merah, Wansha Rempah Sup Utara, Freezy Layer Cake Chocolate, Daffodil Crunchy Karamel Nuts, Fruitissimo Marble Cheese Brownies dan Royale Fruitcake Almond Flakes, Salis Bawang Goreng dan banyak lagi. Selain daripada itu korang juga boleh membeli pelbagai jenis sambal yang ada dijual di Yusa Food Products ni. Ada juga kerepek, rempeyek, variasi kek dan biskut, makanan segera, frozen food seperti roti canai dan paratha, coklat dan bermacam-macam lagi.


Actually Yusa Food Products ini bukan sahaja bertanggungjawab memasarkan produk-produk usahawan bumiputera tempatan malahan juga mereka turut memasarkan produk-produk keluaran mereka sendiri. Dengan cara sebegini dapat memudahkan pengguna mendapatkan produk keluaran tempatan dan bumiputera tanpa perlu mencari dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Produk-produk yang bernaung di bawah Yusa Food Products ni pun sudah melebihi 200 jenis dan akan bertambah lagi pada masa hadapan.


Yusa Food Products di Sunway Putra Mall merupakan cawangan yang kelima mereka sejak sejak ditubuhkan pada 2015 yang lalu. Antara cawangan-cawangan Yusa Food Products lain adalah :

  • SACC Mall, Shah Alam
  • The Curve, Damansara
  • Publika, Solaris Dutamas
  • Melawati Mall, Wangsa Maju


So kalau korang nak dapatkan produk-produk keluaran bumiputera yang dijamin bekualiti dan halal, boleh la datang ke cawangan-cawangan Yusa Food Products yang berhampiran korang ye. Memang rambang mata kalau tengok produk-produk yang ada lebih-lebih lagi aneka jenis sambal. Tak boleh ada lebih daripada satu sambal kat rumah takut makan bertambah-tambah nanti hahaha. Satu lagi nak bagitau kot-kot kalau korang berminat nak dapatkan doorgift untuk sebarang majlis keraian, Yusa Food Products pun ada menyediakan khidmat seperti itu. Lebih banyak yang korang beli, lebih murah la harga yang mereka tawarkan.

Puan Norli Binti Yusop menekankan mereka akan lakukan saringan secara berperingkat dalam pemilihan produk. Ia adalah untuk memastikan yang produk-produk yang akan dipasarkan di bawah naungannya menepati piawaian dan standard yang ditetapkan supaya produk-produk tersebut mudah dipasarkan dan sudah mendapat tempat di kalangan pengguna dan rakyat tempatan.

So aku mengajak semua marilah kita support produk-produk keluaran tempatan lebih-lebih lagi produk bumiputera. Produk-produk tempatan kita sekarang tak macam dulu-dulu dah. Sekarang aku rasa setanding malah mungkin lebih baik daripada produk jenama luar negara. Ini kerana negara kita juga telah ada badan yang mengawal selia kualiti, kebersihan dan khasiat produk. Jadi mengapa bayar lebih jika produk kita setanding dan lebih baik kualitinya berbanding yang lain kan?


Korang boleh follow Instagram mereka YUSA FOOD PRODUCTS atau melalui Facebook mereka YUSA FOOD PRODUCTS untuk mendapatkan info lanjut berkenaan produk-produk yang mereka pasarkan.


Jom ke Yusa Food Products!





You Might Also Like

1 comments

  1. Amboi banyaknya beli tu awak bestnya tak nak kasi kat kita sikit ker hehehehe..

    ReplyDelete