Azlan Typewriter Lancarkan Single Terbaru Dan Minuman Tenaga Turbo 3

12:05 PM


Bismillah,

Siapa yang tak kenal Azlan Typewriter kan? Seorang penyanyi versetail yang pernah merangkul sebagai juara di Anugerah Juara Lagu ke 23 dan juga Kumpulan Baru Terbaik di dalam Anugerah Planet Muzik 2008. Selain meneruskan karier seninya sebagai pemuzik, beliau juga kini bergelar usahawan dengan memasarkan produknya sendiri iaitu Turbo 3 yang kini sudah berada si pasaran tempatan.


Kenapa Turbo 3? Ia membawa maksud 3 bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Menurutnya lagi produk Turbo 3 yang dipasarnya ini merupakan 100% produk tempatan yang dijamin kebersihannya dan halal. Sebelum produk ni berjaya dipasarkan, beberapa proses penyelidikan telah dilakukan dan ia mengambil masa selama 3 tahun bagi memastikan produk bertenaga Turbo 3 keluarannya berkualiti dan setanding dengan minuman tenaga yang lain.


Bagi memastikan produk ini terus relevan dan mendapat tempat di pasaran tempatan, Azlan turut melancarkan muzik video Turbo yang turut dijadikan satu medium bagi mempromosikan produk Turbo 3 keluarannya. Turut menjayakan muzik Video ni adalah King Lhota (Sinegal) dan juga model dari Kazakhtan, Aidana. MTV ini dirakam di kawasan kilang Maxfinity dengan penglibatan TURBO3 dan PATMATA.


Malah dalam majlis yang sama, Azlan turut melancarkan single dan muzik video terbarunya yang bertajuk Kukuh. Ia merupakan lagu irama balada yang dicipta oleh beliau sendiri manakala lirikya ditulis oleh Mars. Ia mengisahkan tentang kehidupan masyarakat yang sering dilanda perasaan dan lagu ini dapat menguatkan lagi perasaan dan tekad agar teru KUKUH.


Permulaan yang cemerlang bagi insan seni bernama Azlan dan diharapkan agar beliau terus berjaya dalam industi seni dan seterusnya menempa nama sebagai usahawan yang berjaya satu hari nanti.

Tahniah Azlan Typewriter!


You Might Also Like

0 comments

Blog Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *