GILA GADGET | Repair iPhone Murah Milik Bumiputera Di Taman Permata

4:23 PM


Bismillah,

Ni aku nak share something ngan korang satu port best kalau korang nak repair iPhone face to face kat area Taman Permata, Kuala Lumpur. Aku tau pun sebab hari tu aku lalu area tu bawa anak aku pergi jenjalan kat Melawati Mall. Pusing punya pusing tup tup lalu depan kedai Gila Gadget ni. Sedang elok sebab kamera phone wife aku rosak sebab terjatuh. Nak kena repair gak tu.


Oh Gila Gadget ni bukan fokus on repair iPhone je, malah semua jenis phone dorang boleh baiki. Kedai Gila Gadget ni turut menjual pelbagai aksesori telefon yang murah-murah dan berkualiti. Rambang mata weh tengok aksesori phone yang banyak tu. Mujur tetapkan hati sebab nak repair phone wife aku je haha.


Mujur masa aku datang tu kedai Gila Gadget tu baru buka. Aku difahamkan yang waktu operasi dorang dari pukul 10 am hingga 10 pm SETIAP HARI. Haa takde cuti tau hahaha. So korang boleh la datang bila-bila masa je. Almaklumlah selalunya kita free pun time weekend je kan. Kebanyakan kedai repair phone plak cuti hari Ahad. Tapi mujur lah kedai Gila Gadget buka macam biasa.


Aku datang awal time tu orang pun tak ramai lagi. So bila check mujur sparepart phone wife aku ada kat situ. So tak perlu nak menunggu lama. On the spot gak dorang buat. Dorang bagitau dorang memang iPhone specialist sebab tak banyak kedai yang boleh repair iPhone sendiri. Selalunya kalau customer hantar iPhone yang rosak, dorang akan sub ke kedai lain dan harga yang dorang caj akan jadi mahal sebab dorang mark up harga. So kalau korang repair iPhone kat kedai Gila Gadget ni, korang boleh bandingkan harga dorang lebih murah daripada tempat lain.


Lagipun staf Gila Gadget ni mesra alam. Borak macam dah lama kenal hahaha. Antara masalah telefon yang boleh dibaiki di Gila Gadget ni adalah seperti LCD pecah atau rosak, phone masuk air, masalah bateri phone, masalah software, baiki tablet dan iPad. By the way korang jangan takut-takut nak check masalah phone korang ye sebab untuk check phone problem takkan dikenakan caj pun.


Kedai Gila Gadget ni dimiliki sepenuhnya oleh anak muda bumiputera dan selain cawangannya di Taman Permata, Kuala Lumpur ni dorang ada lagi cawangan lain di Senawang dan Shah Alam. Tapi cawangan Gila Gadget kat Taman Permata ni adalah HQ dorang. Senang kata dorang punya main branch la. Kalau dorang repair phone, paling cepat dorang boleh siapkan phone korang adalah dalam 30 minit tau. Expert kan? Of course sebab technician dorang semua expert dan terlatih.


So kalau korang berminat nak hantar repair iPhone, android, iPad dan tablet dengan harga lebih murah, berbaloi dan lebih puas hati boleh la hantar ke cawangan-cawangan Gila Gadget ni ye. Aku attached kan details di bawah ni.


Gila Gadgets
(Smartphone Repair & Service)
2759 Jalan Changkat Permata
Taman Permata
Kuala Lumpur

Contact
+6018-9666531
+603-84081531

Laman Web




You Might Also Like

0 comments

Blog Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *