Mudahnya Mengaji Al-Quran Dengan BeanaHomeQuran


Bismillah,

Semakin hari kita semakin terdedah dengan teknologi dan sistem yang lebih mudah. Ini mungkin kerana kekangan masa dengan keluarga, urusan kerja dan banyak aktiviti-aktiviti yang melibatkan komuniti setempat yang terpaksa kita lakukan setiap hari. Contohnya seperti mengaji Al Quran. Adakalanya hati nak sangat belajar mengaji Al Quran, ingin belajar agar bacaan jadi lebih baik tetapi bila mengenangkan usia lanjut dan malu terpaksa la lupakan kan? Ni alasan-alasan yang biasa kita dengar. Sedih memang sedih tapi nak buat macamana. Lagipun susah nak cari orang mengajar mengaji Al Quran sekarang ni.


Agak-agak kalau korang malu nak belajar mengaji macam aku ni dan tak ada masa nak keluar belajar mengaji Al Quran, aku ada cadangan lain yang lebih baik. Korang dah cuba panggil orang datang mengajar di rumah tak? Tak tau nak rujuk atau nak cari siapa? Ha korang try Beana Home Quran. Jangan kata korang, aku pun baru je tau ni padahal Beana Home Quran dah mula beroperasi sejak 2017 lagi.

Kelas mengaji Al Quran di Beana Home Quran ni bukan sahaja menekankan cara bacaan yang betul malahan turut ditekankan tentang ilmu asas Tajwid dan Fardhu Ain di dalam Al Quran

So actually fungsi Beana Home Quran ini adalah untuk membantu mereka di luar sana tentang bacaan Al Quran dan juga bagi ibu bapa yang tidak punya banyak masa untuk mengajar anak-anak mereka tentang fardhu ain dan belajar mengaji Al Quran di rumah. Dengan Beana Home Quran ni, korang boleh rancang pembelajaran Al Quran secara fleksibel mengikut masa dan kesesuaian waktu yang korang sendiri tetapkan. Minimum pelajar adalah seorang dengan seorang tenaga pengajar. Kalau nak belajar Al Quran dalam kumpulan kecil pun boleh, mungkin dalam anggaran 5 orang pelajar dengan seorang tenaga pengajar. Manakala maksimum yang ditetapkan oleh seorang tenaga pengajar adalah 10 orang pelajar. Mudah kan dengan Beana Home Quran?


Harga yuran Beana Home Quran pula bergantung kepada umur dan bilangan pelajar yang hendak diajar. Selain daripada itu ia juga bergantung kepada jumlah jam, hari pembelajaran dan masa yang diambil untuk sesi pembelajaran tersebut. Tapi jangan risau yuran yang dikenakan Beana Home Quran amatlah berpatutan lebih-lebih lagi bila melibatkan pembelajaran Al Quran. Bila kita mudahkan urusan orang lain, insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita juga.

Belajar mengaji Al Quran di Beana Home Quran hanya serendah RM60 sahaja di mana-mana lokasi di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan juga Putrajaya. Waktu pembelajaran fleksibel (kita tentukan sendiri) dan tenaga pengajar sendiri akan datang mengajar kita di rumah.


Beana Home Quran bukan sahaja menekankan tentang kelas mengaji dan pembelajaran Al Quran semata-mata malah Beana Home Quran juga menekankan beberapa pembelajaran lain dalam silibusnya. Antaranya seperti :


  • Kelas mengaji Al Quran bagi kanak-kanak dan dewasa
  • Kelas Fardhu Ain
  • Kelas Tasmi'
  • Kelas Tahsin Ibadah
  • Kelas Bahasa Arab
  • Kem Cuti Sekolah

Buat masa ni, Beana Home Quran hanya cover di sekitar kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja. Korang tak perlu risau kerana setiap tenaga pengajar di Beana Home Quran ni sangat berkelayakan dan mempunyai pengetahuan luas tentang teknik pengajaran paling berkesan untuk pelajar kanak-kanak, remaja dan juga dewasa. Kelas mengaji Al Quran di Beana Home Quran ni bukan sahaja menekankan cara bacaan yang betul malahan turut ditekankan tentang ilmu asas Tajwid dan Fardhu Ain di dalam Al Quran.


Korang boleh lah panjangkan info berkenaan Beana Home Quran ni kepada keluarga, jiran tetangga, kawan-kawan dan juga komuniti ye. Mana tau mereka tengah mencari cikgu-cikgu yang boleh mengajar mengaji Al Quran dari rumah ke rumah kan? Perkara yang baik eloklah kita war-warkan ye. Sekurang-kurangnya adalah sedikit sumbangan kita kepada masyarakat di luar sana dan adalah sedikit pahala daripada amalan yang kita lakukan ini.


Sebarang pertanyaan atau info lanjut berkenaan Beana Home Quran ni korang bolehlah rujuk maklumat yang aku longsikan di bawah ni ye. Sedikit sebanyak harap dapat membantu lah ye.


Beana Home Quran
(SSM :1255257-H)
No. 7-2, Jalan Sepah Puteri 5/1B
Seri Utama Business Centre Kota Damansara
47810, Petaling Jaya
Selangor

-------------------------------------------------------------------------

Email

-------------------------------------------------------------------------

Contact Person
Nadhirah 011-5223411 (Bahagian Klien)
Sofea 011-373919050 (Bahagian Tutor)

-------------------------------------------------------------------------

Laman Web

-------------------------------------------------------------------------






0 Comments